Jumaat, 26 Disember 2008

Tambah Pendapatan

Kebelakangan ni, ramai orang mula dah terasakan ledakkan ekonomi yang tidak menentu, kilang-kilang dah mula kurangkan orang. Mana yang dulu ada overtime dah start di catu, ada juga yang dimansuhkan terus overtime. Memang dah keadaan dunia sekarang ni mengalami krisis ekonomi yang amat besar.

Ramai yang mula mengambil langkah lebih berhati-hati bila berbelanja. Termasuk saya juga. Sebagai penternak kita kena bijak juga nak berbelanja. Langkah pertama yang telah saya buat adalah menanam rumput napier. Kini perbelanjaan makanan kambing saya dapat dijimatkan.

Langkah saya kedua, adalah menjual rumput. Setelah membeli mesin potong rumput saya pun buat jualan secara kecil-kecilan untuk rumput yang telah dipotong seguni dengan berat 20kg saya jual dengan harga RM9, oklah ada sambutan jugak.

Langkah ketiga, dengan adanya mesin potong rumput ada juga rakan-rakan yang menternak kambing dan kebanyakan mereka ni ada tanam rumput, cuma mereka tak ada mesin potong rumput jadi saya ambil kesempatan ini memberi khidmat potong rumput, setiap satu guni penuh caj nya RM3, lepas duit elektrik ngan air untuk kandang jadilah.

Langkah keempat, ini saya baru nak buat sementara nak memenuhi masa lapang dan dah ada kemudahan internet ni saya cadang nak tambah pendapatan dengan join satu program MLM yang baru diperkenalkan.

Ahhhh saya tau ramai yang tidak suka dengan MLM, tapi di Amerika perniagaan inilah yang memberi peluang mereka yang berusaha untuk berjaya menjadi jutawan.

Tadi baru aja telefon kementerian pengguna di Kementerin Dalam Negeri untuk semak kedudukan syarikat tersebut.
Sekarang ni banyak yang menipu jadi kita kena bijak sebelum tertipu, setakat maklumat yang diterima company ni memang sah, dan menjalankan proses MLM dengan betul.

Itulah diantara perkara-perkara yang saya lakukan untuk tambah pendapatan. Masa kita pun tak terbuang begitu saja.

Saya rasa anda juga ada cadangan untuk tambah pendapatan bolehlah kita kongsikan bersama diruangan comment.

Selamat maju jaya.

Khamis, 25 Disember 2008

Mesin Rumput untuk Kambing

Akhirnya jumpa jugaklah mesin rumput untuk kambing, selama ni cari jugak masa expo MAHA lalu tapi kos yang agak tinggi cecah hingga RM3600, jadi niat tu saya tangguhkan dulu.




Kini saya sudah miliki sebuah mesin potong rumput yang amat berpatutan dan buatan tempatan. Harganya kurang dari RM3000. Mudah digunakan, menggunakan motor buatan China.




Dengan adanya mesin rumput ni, kerja-kerja memotong rumput hanya mengambil masa 5 minit saja untuk 20 kg rumput.




Kalau dulu potong rumput pakai secara manual amat memenatkan, mengambil masa 2 jam untuk dapatkan 30 kg. Kini ada mesin ni legalah sikit. Secara tak sengaja bila dah ada mesin ni ada pulak orang cari untuk beli rumput.



Jual jugaklah dengan harga RM19 untuk 40 kg rumput. Saya jual memang timbang, oleh kerana rumput terhad jadi saya jual cuma 80kg seminggu.


Bukanlah niat saya untuk jual rumput, keutamaan saya untuk ternakkan saya dulu kalau ada lebihan baru saya jual pada orang lain.



Selasa, 23 Disember 2008

Rezeki Hujung Tahun 2008

Pada 2 minggu sudah, saya menerima berita yang amat mengembirakan dimana kambing saya telah selamat melahirkan anak dengan 5 ekor sekali gus. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan dalam menternak kambing kini sudah mula terasa bahang kejayaan.

Ramai yang terkejut termasuk juga mentor saya Cikgu Halim juga terkejut dan tumpang gembira dengan berita tersebut.
Pada hujung minggu yang lalu baru kesempatan pulang ke kampung untuk melihat sendiri anak-anak kambing tersebut, tapi dukacita anak kambing tersebut tinggal 4 ekor aje, sebab yang sekor tu dah mati mungkin tak cukup susu, tambahan pula badannya agak kecil dari yang lain.

Walaupun mati seekor tapi digantikan pulak sekor dengan kelahiran baru dari induk kambing lain. Jadi ibu saya tumpangkan seekor anak kambing tadi dengan ibu yang ada anak sekor tersebut.

Kepuasan dan keseronokkan terpancar dari wajah ibu saya serta penjaga ternakkan saya Abang Awang yang telah sama-sama berusaha dengan sabar untuk menjayakan projek ini tanpa pinjaman atau bantuan kewangan dari mana-mana pihak. Maklumlah projek kecil tak ada siapa pun yang pandang, tunggulah kalau dah ada 200 hingga 500 ekor barulah dia orang nak tengok.
Begitulah adat dunia penternakkan.

Bersama ni adalah gambar-gambar yang boleh di kongsi bersama.
Untuk menjadi penternak, dapatkan ebook panduan penternakkan kambing hari ini.






Khamis, 18 Disember 2008

Kebersihan Kandang Kambing

Dah hampir sebulan tak menulis dalam blog ni, maklumlah sibuk sikit dengan urusan harian, tambahan line internet tak begitu bagus pada kebelakangan ni.

Semalam sempat gi Syarikat Lazuli Sdn. Bhd jumpa dengan Dr. Suwaibatul Aslamiah Abas.... hah...susah sebut, tapi lebih mesra panggil dia Dr. Su aje.
Tujuan pergi tu nak dapatkan khidmat nasihat tentang ubat-ubat untuk kambing saya.

Yang menariknya Dr. Su ni memang amat membantu, macam-macam info yang diberikan cuma masa tak mengizinkan sebab ramai yang datang jumpa dia pada masa tu.

Apa yang paling penting yang saya nak kongsikan dengan penternak yang lain adalah tentang kebersihan kamdang.

Kadang kala ada yang terlepas pandang perkara ini. Kandang merupakan tempat yang amat penting untuk kambing. Kandang yang bersih akan mewujudkan kambing yang sihat dan cergas.

3 Perkara perlu anda buat untuk memastikan kandang bersih, iaitu:-

1. Sapu kandang kambing setiap 2 hari. Kalau rajin tiap-tiap hari lagi bagus.

2. Hari ke 4 atau ke 5, cuci kandang tersebut dengan menggunakan cecair
pembersihan yang sesui. Saya baru beli semalam harganya taklah mahal
sangat.

3. Kenal pasti juga kambing yang mempunyai tinja yang pelic sepeti cair,
warna lain dari biasa dan cacing. Boleh nampak kalau kita bersihkan
kandang.

Tambah Dr. Su lagi kalau, kandang bersih kambing akan jadi sihat dan cergas, bila kambing sihat dan cergas akan mengurangkan penyakit, bila penyakit kambing dah kurang akan mengurangkan juga kos-kos perubatan.

Jadi pastikan persekitaran kandang sentiasa bersih. Barulah kambing sihat cergas dan bermutu.

Tahukah anda kos untuk menjaga kebersihan kandang?

Email saya di faridsulaiman@gmail.com

Sekian.

Isnin, 10 November 2008

Projek Kambing Fasa terkini






Salam Sejahtera,
Pada beberapa minggu lalu, ternakkan kami dah mula kurangkan pemakanan pallet oleh kerana harga yang kian meningkat. Jadi kami start beri makan rumput napier yang di potong-potong untuk mengantikan pallet.



Lokasi cadangan projek tanah untuk di sewa... kalau dapatlah...


Ini laluan kereta yang tidak digunakan, apa lagi selit... lah napier...

Alhamdulillah amat menggalakkan, kambing tambah selera makan rumput, bertambah montel.

Dalam masa yang saya ada juga beberapa penternak sekitar yang tahu hal rumput napier ni mula datang untuk berurusan dan nak beli rumput...wah satu business baru. Jadi kami pun mulalah supply rumput kepada mereka yang nakkan rumput sebagai makanan utama ternakkan.

Tapi kami mula keluarkan dalam skala kecil-kecilan dulu sebab rumput tak banyak. Cuti minggu lepas saya mula berunding dengan pemilik tanah terbiar di kampung untuk sewa tanah mereka dan tanam rumput. Masih diperingkat perbincangan, harap-harap menjadilah projek ni, kalau dapat sewa projek pembajakan, pagar dan tanam rumput akan disegerakan, rancang juga untuk membeli mesin pemotong rumput.

Tentang kambing ternakkan yang ingin dijual masih menerima kunjungan penternak yang lain yang sedang mencari baka penjantan yang sesuai.



Inilah gambar baka kambing kacukan tu....






Selangkah menjadi jutawan

Jumaat, 31 Oktober 2008

Kambing untuk Dijual






Salam sejahtera,






Pada 7 ke 8 bulan yang lalu beberapa orang rakan saya telah menceburi diri dalam bidang ternakan kambing.






Tapi yang uniknya ternakkan beliau agak unik dimana mereka ada kambing tapi tak ada kandang dan mereka kerja makan gaji macam biasa, kambingnya diuruskan oleh orang lain.






Hah...sekarang ni memang macam-macam boleh jadi, cara mereka ni dah ramai orang buat, dimana anda boleh tumpang kepada mereka yang ada kandang dan menyediakan perkhidmatan penjagaan termasuk ubat yang berkaitan ternakkan, cuma anda perlu beli kambing dan membayar upah penjagaan dengan hanya RM1.00 sehari untuk seekor...






Ia RM1.00 aje sehari, saya pinggil kaedah ni sebagai kaedah perkhidmatan sewaan kandang.






Yang lebih menariknya rakan-rakan saya ni, mereka menternak tak sampai 1 tahun tapi dah dapat anak kambing 3 ekor dengan mula menternak hanya 5 ekor dan kebetulan masa beli induk tu ada yang dah bunting....wah hebatnya....




Kambing untuk dijual

Jadi dipendekkan cerita rakan-rakan saya ingin menjual kambingnya yang berusia 6 bulan dengan harga yang amat berpatutan.

Berikut adalah biodata anak-anak kambing tersebut:

1. 3 ekor kambing jantan

2. Usia: 6 bulan
3. Ibu Jenis Boer

4. Bapaknya Jenis Jamnapari

Harga yang menarik yang rakan tawarkan adalah RM500 seekor...wah harga yang agak murah bukan. Ohh Lokasinya dekat Batang Berjuntai, Kuala Selangor.
Tauke ni (kawan saya) namanya, Dazaly (o133461979), Mazuan dan Hafiz (0173623654) jadi kalau anda berminat nak pergi tengok anak kambing bolehlah hubungi mereka ni, diaorang boleh bawak anda dari KL ke Kuala Selangor.

Bersama ni mereka sertakan gambar anak-anak kambing tersebut....comelnya...









Selangah menjadi jutawan

Khamis, 9 Oktober 2008

Selamat Hari Raya

Salam Sejahtera,

"Selamat Hari Raya"


Dikesempatan ini saya dan keluarga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Macam mana dengan raya anda, tentu seronok? Saya dan keluarga macam biasalah beraya di Melaka dan Kuala Lumpur.



Ramai juga saudara mara yang datang, sambil beraya sempat juga jengah kandang kambing saya pada hari raya lalu.

Dalam diam tak diam bilangan kambing saya telah genap 20 ekor, pada bulan puasa yang lalu beranak lagi 2 ekor kambing, sekor betina dan sekor jantan.



Ada juga beberapa pelanggan ebook saya Rahsia Kambing yang telah memulakan projek ternak kambing dan telah mula berkembang. Alhamdulillah.




Promosi Jualan Raya

Sempena hari raya ini juga saya ada membuat promosi untuk menjual seekor kambing jantan berusia 1 tahun 3 bulan, baka ini elok untuk dijadikan penjantan. Berat kambing kacukan kampung Jamnapari dianggarkan 68kg. Harga pasaran dianggarkan RM1200 hingga RM1300.

Inilah baka Penjantan kacuk

Hariz seronok main dengan Kajal (nama kambing tu...)

Hah...tengok dia dengan Hariz diatas tentu dah boleh agak besar kambing ni kan...


Untuk pelawat blog ini anda boleh membeli dengan harga RM950 sahaja (tidak termasuk transport)





Kalau sesiapa yang berhajat bolehlah hubungi saya di 0133643101.





"Selamat Hari Raya"





Selangkah menjadi jutawan

Ahad, 14 September 2008

Broadband Masalah

Salam sejahtera,

Fuhh dah hampir 3 minggu saya mengalami masalah broadband... agak lama jugak tak update info dalam blog ni.

Tidak terlewat juga saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Macam mana persiapan untuk saya, dah siap kambing untuk di jual menjelang hari raya nanti?

Kali ni perkongsian agak ringkas.

Selamat Berpuasa....

Selangkah menjadi jutawan

Selasa, 26 Ogos 2008

Nutriblock from Mardi

Salah sejahtera,

Terbaca artikel dari laman web Mardi ingin dikongsikan bersama....(artikel dalam Bahasa Inggeris)


A practical dietary supplement for ruminants. Supply adequate energy, protein, mineral, and vitamins. Specially formulated. Utilizing local feed resources to suit requirements for local animals-

Benefit

Improve appetite.

Overcome imbalances and deficiences.

Increase rate of growth.

Suitable for animals raised under various feeding systems.

Suitable for animals raised under plantation.

Medicated type practical for controlling parasite infection.

Nutritive value (according to specific animal requirement)
Dry matter (%) 90 - 94 Mg (%) 0.16 - 0.26
Energy (cal/g) 2800 - 3600 K (%) 0.60 - 0.90

Crude protein (%) 15.0 - 30.0 Na (%) 1.80 - 7.00
Crude fibre (%) 4.0 - 10.0 S (%) 0.20 - 0.30
Ether extract (%) 0.9 - 1.6 Fe (ppm) 260 - 420
Ash (%) 25.0 - 40.0 Cu (ppm) 4.5 - 13.0
Ca (%) 3.5 - 5.0 Zn (ppm) 25 - 60
P (%) 0.15 - 0.35 Mn (ppm) 45 - 70

Recommended daily intake

Goat and Sheep 80 -120 g
Cattle and Buffalo 600 - 800 g

Compare the following data:

Characteristics Nutriblok Salt Block
Supply energy YES NO
Supply protein YES NO
Supply mineral YES YES
Supply vitamin YES PARTLY
Cost/kg RM 1.90 RM 4.00
Overcome parasite YES NO

sources from MARDI
Selangkah menjadi Jutawan

Ladang Ternakan Kambing Jamnapari di Sarawak

Salam sejahtera,

Hah, macam mana lawatan ke pameran MAHA 2008 lalu ok ke?
Kali ni saya nak kongsi rencana yang saya baca didalam Berita Harian bertajuk Handalas pusat biak Kambing Jamnapari.

Ladang ternakkan seluas 16 hektar yang terletak di Sri Kandong, Jalan Matang/ Lundu dekat Kuching, Sarawak. Telah diusahakan oleh Kassim Mohd Mahruf, sebagai Pengarah Urusan Handalas Sdn. Bhd. pada awal tahun 2005.



Operasi ladang ternakan ini lebih tertumpu kepada pembelian baka Jamnapari dari Indonesia untuk di gemukkan dan kemudian dijual untuk pasaran Sarawak.





Oleh kerana dalam proses pembelian dari Indonesia adakalanya tidak begitu menjadi akibat daripada kematian ternakkan, permintaan yang tinggi akhirnya, En. Kassim telah mempelajari teknik permandian hadas di Indonesia khusus untuk baka Jamnapari yang berasal dari Etawah di negeri Uttar Pradesh, untuk mengembangkan baka kambingnya di Sarawak.



En. Kassim mengakui bahawa Jamnapari ini baka yang tahan lasak dan mempunyai ketahanan yang tinggi untuk melawan penyakit.

Statistik Jabatan Haiwan sehingga tahun 2006, menunjukkan 9,800 ekor kambing dan 603 Penternak berdaftar telah direkodkan.



Berita penuh anda boleh perolehinya disini








Selangkah menjadi Jutawan

Ahad, 24 Ogos 2008

Pamearan Penternakkan MAHA 2008 Selesai

Salam sejahtera,

Hah, nampaknya ramai yang telah mengunjungi MAHA 2008, saya difahamkan hampir 1.2 juta pelawat, datang ke pameran tersebut, yang amat dinantikan oleh segenap rakyat Malaysia. Malah ramai juga rakyat asing yang datang untuk melihat pameran ini.

Selain daripada pameran terdapat juga gerai-gerai yang menjual apa juga hasil pertanian dan ternakkan. Malah pelbagai Jabatan Kerajaan juga telah turut serta memberi maklumat terkini tentang dunia pertanian, seperti MARDI, Jabatan Haiwan, Jabatan Pertaian dan banyak lagi.

Fuhh, memang pameran ini mengumpulkan para usahawan ternakkan malah membuktikan usahawan tani juga boleh menjadi Jutawan.
Walaubagaimanapun sekalung tahniah kepada Menteri Pertanian yang telah berusaha meningkatkan taraf usahawan tani. Cuma kepada mana-mana institusi kewangan, janganlah nak terlalu ketat soal nak memberi pinjaman, jika dah betul pertanian merupakan perniagaan bantulah kami para petani dan penternak kerana pulangan untuk negara amat tinggi.

Tahniah kepada merek yang terlibat dengan pameran MAHA 2008.
Semoga jumpa lagi pada MAHA 2010.




Selangkah menjadi Jutawan



Khamis, 21 Ogos 2008

Lawatan Pameran Ternakkan MAHA 2008


Keadaan pintu dewan A jam 9.40 pagi...




Ya! Serang...apabila pintu telah dibuka...


Salam sejahtera semua,
Fuhh.....penat jugak gi pameran ternakkan MAHA 2008 pagi tadi, jam 9.40 pagi dah ada kat pintu dewan A, tak sabar nak gi tengok pameran kali ni.

Pelbagai maklumat ternakan terbaru yang diperolehi. Tahniah juga diucapkan kepada MARDI sebab kali ini agak tersusun dan selesa bagi pelawat.... tapi kena banyakkan tempat berteduh... pagi tadi hujan, nasib baik tak lebat bolehlah redah....nasib baik saya bawa payung, kalau tak kuyup...

Kepada mereka yang belum pergi dan cadang-cadang nak pergi pada hari Sabtu ni adalah hari terakhir pameran ternakkan ni....kalau tak pergi rugi nanti. Kalau ada yang nak tengok laman ternakkan saya syorkan anda parking di pintu 2 sebab kat pintu ni dekat sikit dengan laman ternakkan tak payah naik bas atau trem.






Janganlupa beli tiket berbentuk gelang....kena pakailah kat tangan, baru boleh naik trem atau bas. Hari ni saya pergi pengangkutan memang amat memuaskan... cukup, cuma hari hujan menyebabkan kurang selesa sikit.




Tapi banyak maklumat yang saya perolehi dan memang berbaloi saya bangun pagi untuk gi lihat MAHA, walaupun tak sempat nak habis semua tapi matlamat nak melawat laman ternakkan dan tengok kambing, saya rasa puas juga....

Bila nak balik, jangan lupa bayar parking RM2. Kalau tak nak sesak gunalah pengangkutan awam.

Siapa yang tak pergi lagi cepat jangan lepaskan peluang....






Selangkah menjadi jutawan

Ahad, 10 Ogos 2008

Segalanya Bermula Esok.....

Salam sejahtera semuanya

Wah tengah buat apa tu? Hah perancangan? Perancangan apa?

Ohhh lawatan MAHA2008 esok... hah nak lawatan pun kena ada perancangan ke?

Hah memang betul semuanya perlu ada perancangan supaya kita tak melilau bila sampai ketempat tu nanti. Maklumlah tempat tu besar bila dah sampai mulalah rambang mata semuanya nak pergi, akhirnya matlamat utama tak tercapai sebab dah keletihan dan kaki mula tak larat untuk melangkah lagi....

Walaubagaimanapun masa pameran MAHA inilah kita perlu mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat terkini....

Saya pun tak nak bercakap panjang lagi.... cuma ingin mengucapkan Selamat melawat MAHA 2008.

Nak tidur awal....nak mimpikan kambing 3G.


Selangkah menjadi Jutawan

============================
sudahkah anda mendapatkan ebook
terhanga dipasaran Rahsia Kambing
============================

Rabu, 6 Ogos 2008

Malaysia Agriculture Horticulture & Agrotourism @ MAHA 2008


Salam sejahtera.....

Pameran yang ditunggu-tunggu telah tiba kini....

Kali terakhir saya pernah pergi pameran ini adalah pada kali pertama mereka adakan di Mardi, Serdang, Selangor.

Lawatan tersebut telah memberi banyak pengajaran dan membuatkan saya bertekat untuk menjadi seorang penternak kambing yang berjaya. Lepas lawatan tersebut saya mula menyusun langkah menghadiri kursus dan terus merangka....walaupun mengambil masa hampir 6 bulan untuk mengkaji beberapa faktor sebelum memulakan dunia penternakkan ini. Dan sehingga kini Alhamdulillah segalanya di permudahkan oleh Allah.

MAHA kali ini diadakan di Mardi, Serdang, Selangor. Bermula pada 11 hingga 23 Ogos 2008.

Dulu saya pergi dengan isteri saya keluar rumah jam 8.00 pagi... bukan apa nak menggelakkan anak-anak ikut.... walaupun isteri saya kurang berminat bab-bab ternakan ni tapi dia terus bagi sokongan sehingga hari ini.

Sampi jam 8.45 dapatlah parking depan sikit tapi kereta dah start banyak datang.... maklumlah hari Sabtu.... saya fokus lebih di tempat ternakan kambing sahaja... sehingga isteri saya hampir pitam cemas juga....

So, sempena MAHA 2008 yang akan tiba tak lama lagi saya nasihatkan anda bawalah payung, bawa juga air mineral untuk hilangkan dahaga nanti. Kalau bawa anak-anak pastikan mereka sentiasa berada pada pengawasan anda.

MAHA kali ini saya pergi bersama teman saya pada hari Kahmis, 21 Ogos 2008, InsyaAllah... jika tiada aral melintang....jumpa disana.....
Selangkah menjadi usahawan

Rabu, 30 Julai 2008

Insuran Ternakan?

Salam sejahtera,
Hah! Pelik ya tajuk pada kali ni.... tapi cubalah baca dan fikirkan bersama mungkin inilah yang dinantikan oleh para penternak.
Persatuan Insurans Kebangsaan (NIAM) memperkenalkan produk insurans baru iaitu insurans khas untuk penternak komersial tempatan yang dinamakan Tani Malaysia.

Tani Malaysia akan dimulakan perkhidmatannya pada September depan dan ia dijayakan oleh sebuah konsortium yang dianggotai 10 ejen insurans dan takaful.

Syarikat-syarikat yang terlibat dalam konsortium tersebut adalah Tani Management (M) Sdn. Bhd., Malaysia Reinsurance Berhad., Labuan Reinsurance
(L) Ltd., Malaysia Reinsurance Berhad dan MUI Continental Insurance Berhad.

Turut serta ialah Oriental Capital Assurance Berhad, Progressive Insurance Berhad, RHB Insurance Berhad, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. dan Uni Asia General Insurans Berhad.

Presidennya, Koh Heng Kong berkata, produk tersebut adalah satu permulaan yang baik kerana berjaya menarik minat 10 ejen insurans tempatan dan takaful.

Produk tersebut, menurut beliau, mampu memberi faedah kepada penternak komersial yang selama ini berhadapan dengan pelbagai risiko bencana dan kemalangan.

''Produk ini memberi perlindungan sepenuhnya kepada para penternak yang mengalami kerugian akibat kerosakan tanaman dan ternakan.

''Ia sesuai dengan keadaan iklim di negara ini yang tidak menentu termasuk kejadian seperti kebakaran, tanah runtuh dan banjir,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

NIAM pernah mencadangkan usul projek perintis seperti Tani Malaysia pada
2002 yang sepatutnya ditaja oleh kerajaan iaitu Skim Insurans Kekurangan Hasil Padi, namun, skim itu tidak diluluskan.

Sehingga kini, NIAM mempunyai 32 ahli berdaftar termasuk 15 syarikat insurans am, lima syarikat insurans komposit, empat syarikat insurans nyawa, empat syarikat takaful dan empat lagi merupakan syarikat diinsurankan semula.

Heng Kong menambah, sebelum memikirkan produk Tani Malaysia, NIAM sudah menjalankan kajian dan penyelidikan selama enam tahun dengan mengambil pengalaman-pengalaman lalu.

Katanya, selepas membuat persediaan selama dua tahun, pihaknya bersedia untuk melancarkan produk berkenaan.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depan NIAM, Heng Kong menambah, pihaknya mahu memperluaskan perlindungan insurans kepada sektor ternakan ayam, itik dan akuakultur.
Selangkah menjadi jutawan

Isnin, 28 Julai 2008

Rumput Napier Taiwan Kaya Protein

Salam sejahtera,

Apa khabar? Diharapkan semua pelawat blog ini berada didalam keadaan sihat-sihat aje.
Pada hari Khamis 24 July 2008, saya ada terbaca rencana tentang En. Mustafa Ahmad dari Kg. Senawar, Kuala Kangsar beliau telah menanam pelbagai rumput napier di sekitar kawasan seluas 4 hektarsejak hampir 4 tahun yang lalu di pinggir Sungai Perak di kampung beliau.

Beliau mendapati rumput napier Taiwan merupakan rumput yang menjadi pilihan ternakan tidak kira lembu atau pun kambing malah rumput ini juga amat digemari oleh binatang lain seperti rusa.
Dari rencana ini apa yang menarik, rupanya rumput napier ini walaupun berasal dari Taiwan tapi telah diselidik mutunya oleh saintis Thailand.

Rumput napier Taiwan ini memiliki protein sebanyak 13% hingga 14% berbanding rumput napier tempatan yang hanya mengandungi 10% sahaja proteinnya. Ini dinyatakan oleh hasil kajian makmal Mardi.



En. Mustafa juga menjual benih napier dari keratan tunasnya sebanyak RM1.60 setiap kilogram. Beliau bercadang untuk menghasilkan pallet berasaskan daipada rumput napier serta sagu, hasil daripada pallet napier ini boleh dijual dengan hargaRM0.35 sekilogram berbanding pallet sawit yang dijual pada harga RM0.55.



Walaubagaimanapun saya amat kagum dengan En. Mustafa dengan usaha beliau untuk membantu para penternak lain bagi mengurangkan kos makanan ternakan yang kian meningkat kini. Sama-samalah kita berdoa semoga beliau memperolehi kejayaan.








Selangkah menjadi jutawan

Jumaat, 25 Julai 2008

Cacing

Salam sejahtera,

Apa macam hari ni adakah lebih baik dari semalam? Ya! sudah tentu hari ini akan lebih CEMERLANG dari semalam....
Wah dah macam Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pulak ya.....

Hari ni saya nak cerita satu penternakkan yang boleh dibuat secara sampingan jika anda penternak Lembu atau Kambing.
Lain dan tak bukan adalah ternakan cacing.....



Tengok aje gambar kat atas tu dah geli geleman kan??

Tapi apa yang menariknya cacing ni untuk penternak kambing macam saya?

Cacing merupakan haiwan yang mempunyai 2 alat kelamin macam kunsa jugalah. Ia boleh membiak seganda setiap bulan. Cacing boleh menghasilkan baja vamicompos....lebih kuranglah ejaannya. Tinja atau tahi cacing memberi hasil baja yang amat berkualiti tinggi. Lebih menariknya cacing ini memerlukan makanan daripada tinja atau tahi kambing dan lembu yang dicampur dengan habuk papan.

Hah, saya dah nampak riak kegembiraan dari muka anda sekelian. Dengan ada nya ternakan cacing ni harga tahi kambing menjadi lebih berhargalah....

Untuk proses makanan cacing yang berasaskan tahi kambing, caranya adalah dengan mengeringkan dulu tahi kambing tu selama 3 hingga 4 hari kemudian gaulkan dengan habuk papan yang telah direndam selama 1 minggu. Campurannya adalah 30% tahi kambing dan 70% habuk papan dan di gaulkan bersama.....

Nah dah siap makanan untuk ternakan cacing, harga makanan yang telah siap diproses ni berharga RM1.50 sekilo. Nampak memang sikit tapi kena ingat 1kg cacing memerlukan makanan sebanyak 1kg untuk sehari (anggaran) So cuba kita lihat kiraan, sekiranya seorang pelanggan anda menternak 1kg cacing

1kg cacing x 1kg makanan(yang telah dicampur) x 30 hari (sebulan)

= 1kg cacing x RM1.50 harga makanan x 30 hari

= RM45.00 sebulan

RM45, itu untuk tempoh sebulan bagi seorang penernak yang menternak 1kg cacing, macam mana jika ada 10 orang penternak cacing yang menternak 2kg cacing setiap seorang?

RM45(makan untuk 1 bulan untuk 1 kg cacing) x 10 orang x 2 kg

= RM900.00 sebulan hasil jualan makanan cacing yang berasaskan tinja atau tahi kambing....wah dah dapat xtra income.

Siapa kata tahi kambing tak laku??

Kepada bakal penternak jangan tunggu lagi mulalah projek ternakan kambing hari ini juga.

Kepada penternak, belajar dengan lebih lanjut untuk buat makan cacing.

Maklumat tambahan;

Rakan saya akan mengadakan satu kursus tentang ternakan cacing, maklumat lanjut sila ke link sini

Rebutlah peluang dan ruang yang ada untuk memperolehi pendapatan tambahan daripada ternakan kambing anda supaya boleh menampung kos-kos yang lain.

Perlu bijak untuk mencari dan mengintai peluang yang ada.

Selamat mencuba.

Selangkah menjadi Jutawan

Khamis, 24 Julai 2008

Mentor Jutawan

Salam sejahtera,

Kali ni saya nak menceritakan perkara yang agak lari dari topik biasa kita tentang kambing.

Hari ni saya nak ceritakan tentang satu produk ebook yang perlu dimiliki oleh semua orang tidak kira apa pekerjaan dan dari mana punca pendapatan kita yang pastinya kita mempunyai cita-cita untuk berjaya dan menjadi seorang jutawan.....tipulah kalau tak ada orang yang beranggan nak jadi jutawan.

Mungkin ada yang kurang mengenali Dr. Irfan Khairi pakar internet dan menjadi jutawan seawal usia 20an lagi.
Beliau telah berpeluang menjadi pengacara rancangan Radio 24, program itu banyak bual bicara dengan mereka yang telah bergelar jutawan. Hasil daripada temubual tersebut maka lahirlah Ebook ini, memuatkan transkripsi temuramah bersama-sama 8 orang jutawan. Iaitu, Dr. Irfan Khairi, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah hah... siapa tak kenal dia ni kan? Sebut nama aje saya ingat anda dah membayangkan rupanya, Azizi Ali jutawan hartanah dan penulis buku pengurusan kewangan dan hartanah, Chef Li (Dato’ Dr Rusly) penulis Jutawan Senyap, Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM), Billi Lim, Dato’ Hussamuddin, dan juga Abang Abu (seorang usahawan dari singapura).

Saya baru aje order buku ni masih menunggu untuk mendapatkan buku ini, tak sabar rasanya nak membaca buku yang amat berkualiti.
Saya dapatkan komen dari beberapa rakan yang telah memiliki ebook ini rata-rata menyatakan satu kerugian bagi saya jika tidak membaca ebook ini.

Dan tidak ada sesuatu yang mustahil untuk menjadi JUTAWAN.
Bagi mereka yang masih ragu-ragu dan tertanya-tanya bagaimanakah Dr. Irfan Khairi boleh menjadi seorang jutawan? Dapatkanlah ebook ini dan baca. Insyallah.. anda akan tahu..
Harga ebook ini RM40 sahaja. Saya kira ianya berbaloi untuk mendapatkan ilmu & pengalaman dari 8 orang jutawan.. diulangi.. “JUTAWAN”!..
Bagi yang masih belum memilikinya.. usah berlengah lagi, dapatkannya sekarang!

Rabu, 23 Julai 2008

Kandang Kambing Guna Pasir

Salam sejahtera semuanya,

Harap anda berada dalam keadaan sihat. Beberapa hari yang lalu ada pelanggan Rahsia Kambing.Com bertanyakan kepada saya tentang ternakan kambing yang di ternak didalam kandang yang berlantaikan pasir. Senang cerita dia tak ada lantai cuma ada bumbung, pagar keliling dan pasir sebagai lantai.

Cerita ini telah saya kongsikan dahulu apabila terdapat kumpulan yang menternak menggunakan pasir sungai. Kalau dah lupa klik disini.

Tapi apa yang saya nak kongsikan disini, saya ingin mendapatkan pandangan dari pakar, Alhamdulillah saya dapat pandangan dari Doktor Abdul Rashid Baba, Pengarah Mardi Kluang.

Beliau memberi padangan tentang cara ternakan ini antaranya:

1. Konsep ternakan menggunakan pasir boleh digunakan untuk
ternakan yang berskala kecil diantara 10 ke 20 ekor ternakan
sahaja.

2. Pasir hendaklah selalu dibersihkan untuk menggelakkan penyakit
cacing, kuku dan lain-lain yang berpunca daripada kebersihan
yang tidak dijaga.

3. Cara ini tidak begitu digalakkan memandangkan keadaan cuaca di
negara kita yang adakalanya hujan boleh menyebabkan takungan
air pada pasir nanti. Di negara barat mereka menternak dikawasan
yang amat luas dan keadaan cuaca yang amat kering di kawasan-
kawasan tertentu adalah sesuai untuk menternak dengan
menggunakan pasir, malah mereka menggunakan batang oat dan
barli sebagai alas pada tanah itu tadi. Kerana mereka mempunyai
ladang oat dan barli yang amat luas.

4. Memandangkan tinja kambing amat berharga kini, cara ternakan
menggunakan pasir tidak begitu praktikal untuk mendapatkan
tinja kambing tersebut.

Walaubagaimana cara ini boleh digunakan jika nada boleh mendapatkan pasir dengan harga yang amat murah atau dengan percuma.

Terima kasih juga En. Noor dari Kelantan, pelanggan saya yang bertanyakan soalan ini dan apa yang menariknya beliau telah memulakan ternakan dengan mendapatkan panduan dari ebook saya. Saya sedang menunggu projek ternakkan kandang menggunakan pasir beliau. Mengikut apa yang dirancangkan agak tesusun dan menarik minat saya InsyaAllah bila siap projek beliau saya akan ke Kelantan untuk tengok sendiri dengan lebih dekat dan saya akan kongsikan bersama anda.

Selangkah menjadi jutawan

Isnin, 14 Julai 2008

Boer Brown Head DOEs

Salam sejahtera semua,

Lama jugak tak mencurah idea di blog ni maklumlah sibuk dengan projek baru....hah nanti saya ceritakan projek baru saya. Tapi kali ni saya nak cerita tentang kawan saya Jo.... masih ingat tak kawan saya yang bagi vitamin B Complex Amway pada kambingnya.... hah ...ingatkan kalau sesiapa yang terlepas baca boleh klik disini

Jo, ada berita baik untuk anda semua, dia ada 20 ekor baka kambing Boer Brown Head DOEs dengan harga yang AMAT BERPATUTAN, iaitu
RM 950. YA! tak percaya boleh telefon dia sekarang dan tanya.... itu pun kalau ada lagilah no telefon dia 019-6677001 saya difahamkan berat kambing tersebut melebihi 35kg. Penghantaran juga disediakan untuk Lembah Klang sehingga Johor sahaja, sebelah Pantai Timur dan Utara minta maaflah kena tanggung atau ambil sendiri di KL kot.....

Apa-apa hal pun telefonlah Jo tu cepat kalau lambat nanti melepas harga baik ni susah nak dapat......

Sekian dulu.

Selangkah menjadi jutawan

Rabu, 2 Julai 2008

Lawatan ke Kandang Rahsia Kambing.com

Salam sejahtera semua,

Lama jugak tak update blog ni, sibuk sikit dengan kandang dan juga lawatan pelanggan RahsiaKambing.com pada 28 Jun 2008 tempoh hari. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun peserta yang datang cuma 2 orang, mungkin pelanggan lain ada program lain pada tarikh berkenaan.

En. Khusairy dari Melaka dan En. Masruh dari Kajang telah hadir pada sesi lawatan kandang pada kali ini.

Selain dari itu sahabat baik saya, saudara Suhaimy @ Shuth turut turun padang, tengok sendiri sesi lawatan tersebut. Banyak juga info yang dapat kami kongsi bersama. Sesi berkenaan telah bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari.

Selain kandang saya, kami juga turut melawat kandang rakan-rakan saya yang agak besar, supaya pelawat dapat melihat dan idea untuk menjadi penternak dan serius dalam bidang ternakan ini.

Sayang seribu kali sayang..... segala rakaman video oleh Shuth tak menjadi sebab tapenya rosak.... so kali ni tak dapatlah kongsi gambar-gambar untuk dipaparkan diblog ni. InsyaAllah mungkin pada lawatan lain akan datang.

Cadangan lawatan akan datang adalah pada 26 Julai 2008. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Sekian

Selangkah menjadi jutawan

Khamis, 19 Jun 2008

Penternak Kambing yang tertekan

Salamsejatera,

Beberapa minggu ni tak sempat nak update blog, ada beberapa projek yang sedang diusahakan disamping untuk persediaan lawatan kandang untuk pelanggan RahsiaKambing pada 28 Jun 2008 nanti.

Pada 5 Jun 2008 yang lalu, merupakan hari yang penuh sejarah apabila harga minyak diumumkan naik sebanyak RM0.78, satu lonjakan harga yang amat tinggi....semuanya mengeluh dengan kehadiran harga baru ni...lepas beberapa hari semuanya naik.

Termasuklah makanan kambing yang berbentuk pallet....pun naik...fuh kalau harga dulu boleh dapat RM28 kini dah cecah RM36 untuk 50kg....pengsan jadi penternak macam ni.

Jadi untuk mengatasi masalah ini marilah kita cari mana2 tanah kosong pakat dengan tuan tanah kita tanam rumput napier dan jadikan rumput makanan utamanya....boikotkan pallet ni....kurangkan orderlah....kalau tak beli langsung pun tak boleh juga tapi kalau kita kurangkan bolehlah jimatkan kos sikit.....

Jom pakat tanam napier.....

Selangkah menjadi jutawan

Isnin, 9 Jun 2008

Ternak Cacing

Salam Sejahtera,

Pada minggu lalu, rakan saya telah ketemui saya untuk membincangkan projek terbaru beliau. Menternak cacing..... berita ni dah pun tersebar luas semenjak Majalah 3 memaparkan kisah penternakkan cacing tersebut pada beberapa minggu lalu.

Makanan cacing adalah terdiri daripada tinja @ tahi kambing....wah ini sudah bagus, tinja kambing kini tidak terbuang lagi dan boleh digunakan.

Saya pun seronok jugak mendengar cerita teman ni... tapi satu aje yang saya agak terkejut, 1kg cacing berharga RM450... Wah mahalnya! Kalau saya tambah RM50 boleh dapat sekor kambing katjang.

Bila dah denganr harga yang mahal hati yang bersemangat tadi jadi pudar....baik saya beli kambing dari cacing sekilo..

Rakan saya dapat membeli baka cacing yang dikenali sebagai Lubricus Rubellus lebih kurang macam tulah bunyinya...dapat dengan harga yang amat istimewa iaitu RM250 sekilo dari beberapa teman yang sanggup menjual dengna harga tersebut.

Hah macam tulah hendaknya kita tolong menolong untuk memajukan rakan-rakan kita. Tujuan utama penternakkan cacing ini adalah kerana baja dari tahi cacing itu sendiri bukannya menjual baka cacing tu, cuma kebetulan di Malaysia ni masih kekurangan baka cacing jadi adalah orang yang mengambil kesempatan kot?? Entalah...mungkin mereka dalam industri ini saja yang boleh menjawabnya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menternak cacing yang senang nak jaga bolehlah menghubungi rakan saya di 013-3089892, tanyalah dia akan membantu, kalau nak baka murah juga tanyalah dia....

Selamat berjaya

Selangkah menjadi jutawan

Ahad, 8 Jun 2008

RahsiaKambing.com di YouTube

Salam Sejahtera,

Rahsia Kambing. com di YouTube. Anda boleh melihat segala video di kandang rahsia kambing. com terus dari rumah atau pejabat atau CC anda.

Untuk video berkenaan anda boleh klik disini

Selamat menontont

Selangkah menjadi Jutawan

Isnin, 2 Jun 2008

Mendalami ilmu ternakan kambing

Salam sejatera,

Kalau nak jadi penternak kambing kenalah pandai membebek.... ha...ha...ha,


Itu cuma bidalan orang tua, bukan apa ada betulnya juga kalau kita nak mahir dalam sesuatu perkara itu kita kenalah berusaha untuk mempelajari bidang berkenaan supaya kita dapat menempuh dan mengharungi segala cabaran dan dugaan sebelum merasa manisnya.


Kalau nak jadi penternak tapi takut nak belai kambing atau perah susu kambing, habislah ....susah nak jadi penternak yang berjaya dan jauhlah matlamat untk menjadi jutawan ternak.

Pada kali ini saya nak berkongsi dengan anda tentang

Bengkel Usahawan Kambing Mega-Utusan

Iklan tersebut diterbitkan pada Utusan Malaysia, sisipan Mega Agro pada 30 Mei 2008. Maklumat lanjut anda boleh membacanya disini

Ringkasannya bengkel berkenaan akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 14 dan 15 Jun 2008

Tempat : Banghuris Homestay, Sepang

Penyertaan : Terhad kepada 150 orang

Usahasama bengkel ini diantara pengimport kambing terbesar tempatan Perfect Agro dan Agro Bank.

Saya telah cuba menghubungi En. Faris dari Utusan, beliau berkata tempat masih ada banyak lagi tapi pertanyaan dah ramai yang bertanya cuma tunggu mereka buat pembayaran aje.

Pembayaran adalah sebanyak RM250, program tu katanya sampai malam tu pasal tempat tinggal disediakan supaya mudah untuk para peserta.

Segala pembayaran boleh dibuat melalui bank draf wang pos/ kiriman wang pos atau cek atas nama "UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD" sebelum 11 Jun 2008 dan selagi tempat masih ada.

Hah...apa tunggu lagi kalau dah ada niat nak tuntut ilmu tu apa salahnya joint bengkel ni untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Saya tak dapat joint sebab ada majlis kenduri kahwin.

Maklumat lanjut anda boleh hubungi En. Faris di 012-3417112 atau En. Rosli 012-2846811 atau En. Sopian 017-8725716

Selangkah menjadi jutawan

Lawatan Kandang Rahsia Kambing.Com

Salam Sejahtera,

Pada minggu ni ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti di samping keluarga, sempena cuti sekolah 2 minggu ada yang dah ambil minggu lepas, so minggu ni start kerjalah balik kan bagi kengkawan pulak cuti.


Untuk makluman semua, RahsiaKambing.com belum lagi memulakan program Lawatan kandang untuk bonus ketiga yang diberikan kepada para pelanggan yang telah membeli ebook rahsia kambing. (Sesiapa yang belum beli lagi bolehlah klik disini )


Lawatan ke kandang akan diadakan pada 28 Jun 2008 (cadangan). Maklumat lanjut akan saya maklumkan terus kepada para pelanggan RahsiaKambing.Com.

Ahhhh, tak ada ke tarikh lain? Jangan risau kepada mereka yang terlepas kerana pas lawatan akan diadakan setiap sebulan sekali atau 2 bulan sekali tertakluk kepada keadaan.


Saya berharap agar pelanggan ebook Rahsia Kambing.com bersabar untuk sesi lawatan ini, jika ada persoalan tentang kambing bolehlah kita berkongsi sama-sama pada sesi lawatan itu nanti.


Selangkah menjadi jutawan

Rabu, 28 Mei 2008

Penyakit PURU

Salam sejahtera,
Kali ni saya nak cerita tentang kambing yang mengalami penyakit puru.
Jangan risau kalau dapat dikesan pada peringkat awal tak perlu di korbankan kambing tu....
Penyakit puru ni biasa berlaku pada kambing dan ia boleh disembuhkan tapi sebelum tu kenalah buat langkah berikut:
1. Pengasingan
Kambing yang terkena puru ni perlulah diasingkan dari kandang utama, sebab puru ni boleh menjangkit melalui udara jadi untuk mengelakkan ternakan lain terkena elok diasingkan di kandang atau tempat lain. Memandangkan saya tiada kandang lain saya letakkan sementara didalam reban angsa.....bolehlah asalkan ada pengasingan.


2. Ubat
Sapukan tempat yang terkena puru tu dengan ubat biru atau ubat kuning yang bole diperolehi di jabatan haiwan atau klinik kerajaan aje....nama lainnya iodin.

3. Ubat tambahan
Kalau ada modal sikit belilah ubat Sulphadimidine disuntik dalam daging untuk mempercepatkan proses penyembuhan penyakit puru ini. Mungkin penyakit ini akan sembuh 3 hingga 5 hari kalau betul penjagaannya.


Tapi kalau tak sembuh juga....ehmm, janganlah segan-segan minta bantuan dengan doktor kat jabatan haiwan yang berhampiran mereka amat berbesar hati untuk membantu.

Itulah pengalaman saya yang dapat bila kambing saya kena penyakit puru, kalau ada sesiapa yang boleh kongsi pengalaman penyakit ni bagus juga sama-sama kita kongsi maklumat dan bantu kengkawan lain untuk mencegah penyakit ini.

===============================================
Dapatkan ebook yang terhangat dipasaran
http://www.rahsiakambing.com/
===============================================
Selangkah menjadi jutawan



Jutawan Kambing

Salam sejahtera semua,
Harap semuanya dalam khabar yang baik, pada minggu cuti sekolah ni mungkin ada yang dah plan nak cuti panjang bersama keluarga.
Pada minggu lalu, saya balik kampung dan dapat berita yang amat menggembirakan.... kambing saya dah beranak dapatlah 4 ekor dari 3 ibu. Alhamdulillah ini durian runtuh dan berkat kesabaran sebagai penternak selama ini.
Walaupun sedih dengan kehilangan penjantan yang bergelar Sharukkhan, tapi ada jugalah peninggalannya yang baru lahir 4 ekor ni.
Seronok tengok anak-anak kambing ni, hilang strees kerja kejap. Pada minggu lalu juga ada pelanggan, Rahsia Kambing.com yang berjumpa saya di KL, dia ni dari Kelantan kebetulan ada kat KL so sembang-sembang tentang nak mulakan projek ternakan kambing ni....jadi saya pun kongsilah ilmu setakat yang saya tau.
Mungkin dalam bulan Jun dia nak mulakan projek ni, kayu kandang semuanya dah ada, cuma nak start cari baka.
Jadi matlamat untuk jadi jutawan kambing akan tercapai tapi bukanlah dalam masa yang singkat seperti skim cepat kaya, perlu ada usaha, kesabaran dan doa untuk terus maju.
Bersama ni saya paparkan gambar-gambar anak kambing.....


Kasihnya ibu pada anak-anaknya


Hariz (4tahun) pun dah tunjuk minat nak jadi penternak....

Selangkah menjadi jutawan
===================
Kini terhangat di pasaran
===================

Jumaat, 16 Mei 2008

Mesin Potong Rumput untuk Ternakan

Salam sejahtera,

Apa khabar pembaca sekelian? Harapnya sihat-sihat belaka. Pada penulisan saya yang lalu, saya ada cerita tentang rumput napier yang siap di potong dan dijual untuk ternakan seperti kambing, lembu dan kerbau.

Nah minggu ini saya sertakan gambar mesin berkenaan yang sempat saya ambil bila saya singah di rumah Cikgu Halim, di Simpang Ampat Alor Gajah.







Mesin ini mudah digunakan untuk memotong rumput ternakan. Rumput yang biasa digunakan adalah rumput napier kerana ia panjang dan mudah untuk disorong masuk kedalam mesin ni.

Harga mesin ni, saya difahamkan hampir RM3,000.00 dan menggunakan kuasa elektrik.

Jadi kepada penternak yang memiliki ternakan melebihi 300 ekor eloklah memiliki mesin ini kerana ia boleh menjimatkan pembelian pallet tapi pastikan rumput napier sudah ditanam.


Selangkah menjadi jutawan

Sudahkah anda mendapatkan ebook RAHSIA KAMBING? Dapatkannya hari ini.

Rabu, 7 Mei 2008

Pemilihan Baka perlu teliti Episod 2

Salam sejahtera,
Hah macam mana bila baca dan lihat gambar kandang milik Mahathir, terujak tak??
Selepas tu saya pergi pulak kat Melaka dekat area Bukit Pulai....jumpa dengan Jo pulak penternak kambing kat Melaka ni, dia ada lebih kurang 30 ekor kambing, tapi kebanyakan kambing jantan dah jual ada beberapa ekor aje kat kandang.

Inilah kambing-kambing yang ada di kandang Jo
Jo ni pun bagus juga orangnya tak lokek ilmu, rata-rata penternak kambing yang saya jumpa tak lokek untuk berkongsi ilmu tentang dunia penternakan dan juga masalah yang sering dihadapi.
Dengan Jo ni macam-macam maklumat tentang ubat yang dia beritahu. Jangan tak caya si Jo ni sebulan sekali kambing dia diberi makan vitamin B complex dari Amway, kalau tak silap saya.... hah...hah....ingatkan kita aje makan jenama Amway tapi kambing pun dah start makan.
Inilah antara ubat yang Jo minta saya tengok kat Lazuli, kalau saya pergi sana nanti.
Kandang ketiga saya pergi...hah yang ini milik Mr. Ah Ling. Inilah kandang ternak kambing orang cina yang pertama saya lawat, jadi bolehlah kita dapat timba ilmu dari Mr. Ling ni, tapi kambing dia ni semuanya baka yang memang dijual untuk baka sahaja.

Inilah signboard syarikat Mr. Ling, Evergain Farming, dia ada jual ikan juga.

Kat sini macam-macam jenis kambing yang ada semuanya boleh buat baka yang menarik dari baka jamnapari dan boer. Tengoklah sendiri gambar-gambar dibawah semuanya dari kandang Mr. Ling.




Selangkah menjadi jutawan

Powered By Blogger