Sabtu, 9 Februari 2008

Anda Penternak Kategori Mana?

Semalam baca suratkahbar utusan ada sisipan Mega di mukasurat 4 adalah rencana yang ditulis oleh sekretariat Wlayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan tajuk " Mengukuhkan industri daging kambing"



Keratan akhbar Utusan Malaysia, Jumaat, 8 Feb 2008

Apa yang menariknya tentang rencana ni adalah maklumat tentang bekalan ternakan tempatan sehingga kini hanya diparas 8% sahaja. Hah bayangkanlah hanya banyak itu sahaja yang ada kat Malaysia ni mana perginya 92%? dah tentulah di import dari luar. Masih ragu-ragu untuk mencari pasaran?

Dalam rencana itu juga menteri asas tani telah mengumumkan bahawa negera telah membelanjakan lebih RM3 billion untuk mengimport daging lembu dan kambing pada tahun 2007. Apakah petanda ini? dah tentulah duit kita banyak keluar bukan.

Bagi memastikan bekalan daging kambing di Malaysia mencukupi kita perlu memiliki 793,037 ekor kambing dan biri-biri pada tahun 2010 wah banyak tu. Bagi penternak yang memiliki 10 ke 20 ekor kambing di kategorikan sebagai penternak kampung, 200 hingga 500 ekor adalah penternak di kategori pertengahan. Jadi kategori kampung ni selalunya akan mengalamai masalah pemasaran kambing mereka. Hanya sekadar memenuhi permintaan disesebuah kampung atau mukim, ini perlukan perubahan, supaya kategori kampung ini boleh melonjak ke ketagori sederhana.

Walaubagaimanapun usaha kerajaan bagi merancakkan industri ini perlu dipuji kerana telah membuka mata dan minda masyarakat untuk menggunakan tanah pertanian sepenuhnya. Kat kampung saya pun dah kurang tanah terbiar, paling tidak pun mereka dah start tanam rumput ternakan yang boleh dijual kepada penternak kambing dan lembu, oleh kerana kos pallet yang agak tinggi.


Para penternak dan bakal penternak jaga pandang belakang lagi.... kuatkan semangat dan berusahalah bersungguh-sungguh anda pasti berjaya kerana masih banyak lagi peluang yang ada.



Selangkah menjadi jutawan.

Jumaat, 8 Februari 2008

Hotel Ternakan

Hah yang ni topik menarik, saya ada terbaca dalam beberapa akhbar tempatan tetang kewujudan banyaknya hotel untuk penternak.

Teringat jugak dulu semasa lawatan ke Animal Hotel kat Mas Kargo.

Maklumat lanjut boleh tengok disini Animal Hotel Mas Kargo


Sistem ini sesuai untuk mereka yang ingin berkecimpung dalam dunia penternakan tapi tak ada modal besar nak buat kandang dan orang nak jaga pun susuh nak dapat.

MJ Fatonah Enterprise di Teluk Penyamun, Selangor juga menyediakan sistem ini, baru-baru ni kawan saya ada juga melawat kandang di Boervilla untuk mendapatkan maklumat lanjut. Dia kata sistemnya macam ni....

Pelanggan beli kambing betina (harga ikut baka) dan diletakkan dikandang tersebut dengan bayaran RM1 lebih untuk sehari.

Kos RM1 lebih tu dah termasuk makanan dan ubat-ubatan. Berapa lama? Itu terpulang kepada pelanggan. Lepas tu pelanggan boleh datang bila-bila masa untuk untuk melihat ternakan mereka. Disini mereka boleh beljar dengan lebih dekat lagi perangai kambing mereka.

Kalau nak tau lanjut bolehlah contact pemilik boervilla (012-3241460 carilah nizam @ badul) , atau MJ Fatonah di 03-78460830, 017-3343800, 012-3343800

Saya rasa sistem ini sesuai bagi mereka yang nak memulakan penternakan kambing tapi tak pasti kebolehan sendiri. Anda boleh belajar tentang kambing disini, cuma kosnya mungkin dikatakan tinggi sikit, iaitu RM1.30 untuk sehari kalau 1 tahun dah jadi RM475.80 nak jual mungkin harganya RM600 ke RM700. Pasaran anda kena usahakanlah sendiri.

Tapi bagi saya usaha ini amat baik untuk mereka yang nak belajar menternak. Tahniah kepada mereka yang mengusahakan sistem ini. Saya pun mungkin nak buat sistem ni tapi kena buat beberapa kajian dulu.

Pelbagai sitem dah disediakan kini semoga anda memulakan projek ternakan ini sekarang.




Selangkah menjadi jutawan

Kandang Fasa II dah siap

Alhamdulillah, akhirnya siap juga kandang fasa II ni. Sekarang saya dah memiliki kandang berukuran 50' x 15', hah lepas ni kena fikir nak tambahkan kambing pulak.

Tapi ada berita kurang enak pulak, pekerja saya nak berhenti pulak,bila ditanya apa masalah dia tak cakap apa-apa pulak, ini masalah yang amat berat siapa pulak nak take over?

Semoga Allah dapat merungkaikan kekusutan ini. Mungkin dia nak gaji lebih sikit kot? Tapi kambing baru ada 15 ekor, cadang nak tambah lagi 5 ekor, tapi bila dah tak ada penjaga ni berat juga nak tambah.

Ok kat sini saya sertakan gambar-gambar kandang lama dan tambahan untuk tatapan.

Tangga ke kandang fasa I




Kini tangga kandang fasa II, adalah improvement sikit.


Ini pandangan sebelah dalam pulak, gambar keselurhan kandang dari luaran dah terpadam. Nanti kalau balik kg saya ambil semula.

Khamis, 7 Februari 2008

Mindset

Pada Sabtu lalu (19 Januari 2008) saya ada menonton rangcangan Astro Awani, atu rancangan yang dikendalikan oleh pengacara terkenal Saudara Suhaimi Sulaiman.

Rancangan ini turut mengundang beberapa pensyarah malah professor IPTA yang membincangkan tentang pertanian.
Pada kali ni barulah saya nampak pengusaha casserose agrofarm
Apa yang menarik minat saya ialah tentang menetapkan mindset kita, sebagai manusia untuk memajukan diri kita.
Tetamu yang hadir terdiri daripada penternak kambing, penternak ayam organik dan juga pengusaha ladang buah naga (dragon fruit), program ini memberi pendedahan kepada pelajar IPTA yang hadir tentang pertanian merupakan satu business yang amat berpotensi dan menggalakkan mereka menceburi bidang ini.

Apa yang menarik minat saya apabila diperkatakan tentang mindset. Mindset kita kena jelas dan nyata. Kalau kita ceburi apa bidang sekali pun. Bidang pertanian atau penternakan memerlukan mindset yang jelas dan ketahanan diri untuk menempuhi cabaran. Ramai yang kecundang kerana mindset mereka kurang jelas dan tidak diberikan penekanan yang serius. Mereka mula menternak dan terus nak dapatkan habuan, ini tak mungkin. Tetamu yang hadir juga menyatakan mereka mengambil masa yang lama sehingga lebih daripada 4 tahun untuk berjaya, tapi mereka masih belum mendabik dada untuk menyatakan mereka telah berjaya.
Saya pernah bertanyakan kepada arwah ayah saya masa saya umur 15 tahun, bila dia tanam pokok petai, saya Tanya berapa lama kita nak dapatkan hasil petai ni dia kata 5 ke 7 tahun. Saya kata sempat ke kita nak rasa, apa yang arwah ayah saya katakan, jika kita tak dapat rasa mungkin ada orang yang akan dapat habuannya dan anggaplah itu sebagai amal jeriah kita.

Begitu juga ternakan saya ceburkan diri dalam bidang ternakan ini adalah dengan niat supaya anak, cucu dan generasi saya ada sesuatu yang boleh mereka usahakan jika pada masa akan datang sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Malah saya juga dapat membantu saudara-mara yang nak buat aqikah anak atau cucu mereka dengan membeli harga yang amat istimewa dengan saya, sekurangnya saya membantu meringankan beban mereka bukan. So itulah mindset saya dan saya perlu memlalui cabaran ini sekurang-kurangnya 2 ke 3 tahun baru saya boleh fikirkan labanya.


Selangkah menjadi jutawan
Powered By Blogger