Salam sejahtera semuanya,
Harap anda berada dalam keadaan sihat. Beberapa hari yang lalu ada pelanggan Rahsia Kambing.Com bertanyakan kepada saya tentang ternakan kambing yang di ternak didalam kandang yang berlantaikan pasir. Senang cerita dia tak ada lantai cuma ada bumbung, pagar keliling dan pasir sebagai lantai.
Cerita ini telah saya kongsikan dahulu apabila terdapat kumpulan yang menternak menggunakan pasir sungai. Kalau dah lupa klik disini.
Tapi apa yang saya nak kongsikan disini, saya ingin mendapatkan pandangan dari pakar, Alhamdulillah saya dapat pandangan dari Doktor Abdul Rashid Baba, Pengarah Mardi Kluang.
Beliau memberi padangan tentang cara ternakan ini antaranya:
1. Konsep ternakan menggunakan pasir boleh digunakan untuk
ternakan yang berskala kecil diantara 10 ke 20 ekor ternakan
sahaja.
2. Pasir hendaklah selalu dibersihkan untuk menggelakkan penyakit
cacing, kuku dan lain-lain yang berpunca daripada kebersihan
yang tidak dijaga.
3. Cara ini tidak begitu digalakkan memandangkan keadaan cuaca di
negara kita yang adakalanya hujan boleh menyebabkan takungan
air pada pasir nanti. Di negara barat mereka menternak dikawasan
yang amat luas dan keadaan cuaca yang amat kering di kawasan-
kawasan tertentu adalah sesuai untuk menternak dengan
menggunakan pasir, malah mereka menggunakan batang oat dan
barli sebagai alas pada tanah itu tadi. Kerana mereka mempunyai
ladang oat dan barli yang amat luas.
4. Memandangkan tinja kambing amat berharga kini, cara ternakan
menggunakan pasir tidak begitu praktikal untuk mendapatkan
tinja kambing tersebut.
Walaubagaimana cara ini boleh digunakan jika nada boleh mendapatkan pasir dengan harga yang amat murah atau dengan percuma.
Terima kasih juga En. Noor dari Kelantan, pelanggan saya yang bertanyakan soalan ini dan apa yang menariknya beliau telah memulakan ternakan dengan mendapatkan panduan dari ebook saya. Saya sedang menunggu projek ternakkan kandang menggunakan pasir beliau. Mengikut apa yang dirancangkan agak tesusun dan menarik minat saya InsyaAllah bila siap projek beliau saya akan ke Kelantan untuk tengok sendiri dengan lebih dekat dan saya akan kongsikan bersama anda.
Selangkah menjadi jutawan
Rabu, 23 Julai 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan