Jumaat, 26 Disember 2008

Tambah Pendapatan

Kebelakangan ni, ramai orang mula dah terasakan ledakkan ekonomi yang tidak menentu, kilang-kilang dah mula kurangkan orang. Mana yang dulu ada overtime dah start di catu, ada juga yang dimansuhkan terus overtime. Memang dah keadaan dunia sekarang ni mengalami krisis ekonomi yang amat besar.

Ramai yang mula mengambil langkah lebih berhati-hati bila berbelanja. Termasuk saya juga. Sebagai penternak kita kena bijak juga nak berbelanja. Langkah pertama yang telah saya buat adalah menanam rumput napier. Kini perbelanjaan makanan kambing saya dapat dijimatkan.

Langkah saya kedua, adalah menjual rumput. Setelah membeli mesin potong rumput saya pun buat jualan secara kecil-kecilan untuk rumput yang telah dipotong seguni dengan berat 20kg saya jual dengan harga RM9, oklah ada sambutan jugak.

Langkah ketiga, dengan adanya mesin potong rumput ada juga rakan-rakan yang menternak kambing dan kebanyakan mereka ni ada tanam rumput, cuma mereka tak ada mesin potong rumput jadi saya ambil kesempatan ini memberi khidmat potong rumput, setiap satu guni penuh caj nya RM3, lepas duit elektrik ngan air untuk kandang jadilah.

Langkah keempat, ini saya baru nak buat sementara nak memenuhi masa lapang dan dah ada kemudahan internet ni saya cadang nak tambah pendapatan dengan join satu program MLM yang baru diperkenalkan.

Ahhhh saya tau ramai yang tidak suka dengan MLM, tapi di Amerika perniagaan inilah yang memberi peluang mereka yang berusaha untuk berjaya menjadi jutawan.

Tadi baru aja telefon kementerian pengguna di Kementerin Dalam Negeri untuk semak kedudukan syarikat tersebut.
Sekarang ni banyak yang menipu jadi kita kena bijak sebelum tertipu, setakat maklumat yang diterima company ni memang sah, dan menjalankan proses MLM dengan betul.

Itulah diantara perkara-perkara yang saya lakukan untuk tambah pendapatan. Masa kita pun tak terbuang begitu saja.

Saya rasa anda juga ada cadangan untuk tambah pendapatan bolehlah kita kongsikan bersama diruangan comment.

Selamat maju jaya.

1 ulasan:

Naz berkata...

Ramai member2 aku yg kerja di kilang dipaksa ambil cuti untuk kurangkan kos. Ada juga yang dulu beli rumah dan beli kereta baru terpaksa cari inisiatif untuk tambah income. Depa tak bleh buat ot. Itulah masalahnya kalo terlalu bergantung ngan ot. Kalau kerja gomen no hal. Kalau kerja kat sykt swasta yang belum kukuh memang jadi masalah besar.

Join MLM memang dari dulu terbukti boleh berjaya jika kena caranya. Aku dulu ada gak buat, tp tak lama, just 4,5 bulan jer. Pas tu setop pasal :
1. Referral aku kebanyakannya tunggu duit dari langit. Tak buat promotion. Asyik2 aku jer tolong depa carik dline.
2. Bila aku bukak mulut nak promote kat kengkawan, depa just dengar dan kurang berminat.
3. Kena maintain poin bulanan. Kadang2 ada juga bulan yang aku sesak, so x boleh nak maintain tiap2 bulan. Heheee...
4. Company tu tutup kedai pasal ada kes ngan kem. kesihatan. Ish... frust btul aku time tu. Dline aku start cakap belakang2 pasal depa belum dpt profit atau sebarang bonus lg padahal dah berpuluh dan beratus RM dilabur untuk join.

Bila pikir2 balik, dunia MLM sama seperti perniagaan yang lain. Ada cabaran yang kena hadapi. Beruntung kalau join MLM yang ada killer produk dan ada tols marketing yang mudah digunakan spt vcd, pamplet dan sebagainya.

Situasi ekonomi semasa memang kita tidak boleh ubah dan kita kena menyesuaikan diri dengannya. So, mungkin kita kena lebih berjimat cermat. Macam yg ko buat tu.