Isnin, 5 Oktober 2009

Saham Penternakkan

Salam sejahtera,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, rasanya belum terlambat lagi mengucapkan selamat kepada semua pembaca blog ini.

Kali ini saja nak berkongsi berita yang saya tengok di tv3 semalam tentang saham penternakkan, ya lah saya pun sempat tengok sebahagian aje, para pelabur memohon untuk syarikat yang berkaitan mengembalikan wang pelaburan mereka. Saya pun tak taulah syarikat pelaburan mana yang terlibat.

Dulu pun ada juga terbaca syarikat buat pelaburan penternakkan lembu yang dapat pengiktirafan kementerian pembangunan usahawan kalau tak silap saya, samapai pelabur tersebut minta campur tangan menteri...

Sebelum ini pun ada saya menerima panggilan telefon dari sebuah syarikat yang membuat saham ternakkan ini yang beroperasi di Bangsar, tapi saya kurang berminat tentang saham ternakkan, saya lebih suka buat sendiri atau pergi lihat tempat tersebut dan buat research tentang projek tu.... sekarang nak buat research tak susah taip aje apa nama projek dan syarikat kat dalam internet lepas tu nanti macam-macam akan keluar..... kat situ kita bacalah komen diaorang.

Saya tak nafikan ramai yang pelabur yang terlibat semalam kebanyakannya terdiri dari mereka yang telah berumur, mungkin mereka melabur untuk persaraan nanti.
Apa yang saya ingin kogsikan kepada para pembaca blog ni, saya pernah terbaca buku Azizi Ali, katanya dalam dunia ni jarang sangat perniagaan yang boleh memberi pulangan yang melebihi 30% keatas untuk setahun... Ya SETAHUN. Ada pun mungkin sikit kot dan bukan 1 bulan....

Jadi berhati-hatilah bila nak melabur, sebab orang sekarang tak takut hukum Tuhan, mereka cuma nak keseronokkan dan kemewahan dunia semata.


BERHATI-HATILAH SELALU.....

Khamis, 17 September 2009

Selamat Hari Raya

Salam sejahtera,

Kepada semua pembaca blog penternakkan ini saya ingin mengambil kesempatan pada minggu terakhir Ramadhan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf Zahir dan Batin andai kata ada perkara-perkara yang saya tulis selama ini di blog ini menyebabkan ada yang terasa hati.

Kepada anda yang mulakan perjalanan balik ke kampung, saya mengucapkan selamat jalan dan berhati-hati di jalan raya, jagalah tingkah lauku dan bersabarlah selalu sewaktu di jalanraya.

Selamat Hari Raya

Selasa, 1 September 2009

Kambing untuk dijual

Salam sejahtera,

Kali ni nak buat promosi sikit, kepada anda yang berminat untuk membeli kambing janganlah segan-segan telefon saya, Harga diantara RM400 hingga RM600. Hah.... kenapa tak percaya? Ya, saya tau harga pasaran kambing sekarang pun paling murah RM650. Sempena bulan Ramadhan ni saya jual murahlah supaya dapat keberkatan dan di tambah lagi rezeki.

Ok, ni saya sertakan gambar kambing yang sedia untuk dijual.




Kepada anda yang berminat bolehlah telefon saya di 0133643101. Kandang kambing saya di Melaka.
Selamat Berpuasa.



=====================================

Dapatkan ebook panduan menternak kambing di sini

=====================================

Selasa, 21 Julai 2009

Ubat Ternakkan Kambing

Salam sejahtera,

Masalah mendapatkan ubat-ubatan yang sesuai amat sukar terutama jika kita menternak dikawasan luar bandar.

Memang saya tak nafikan, kalau tak, takkan mentor saya akan datang ke KL untuk mendapatkan bekalan ubat yang sesuai. Mahal tak apa janji berkualiti itu yang penting.

Beberapa hari lalu ada seorang pelanggan Ebook Rahsia Kambing saya yang telefon dari Terengganu min ta nasihat tentang kambing yang kena puru, saya nyatakan kambing yang terkena puru kena asingkan dan disapukan dengan iodin dan disuntik bawah kulit dengan ubat Sulphadimidine.

Dia kata amat sukar nak cari ubar tersebut, jadi dia minta saya belikan pada mulanya agak keberatan tapi saya bantu juga harganya RM27 tambah pos jadi RMRM35 jadi dia bayar saya RM40, katanya RM5 upah saya..... he....he saya cuma menolong saya bukan Ah Long....he he...
tapi saya rasa puas jugak sebab dah dapat membantu sahabat penternak kambing lain untuk memajukan perniagaan bersama.

Kita perlu menanam sifat ini jangan tamak dan hapuskan sifat hasad dengki, jadilah penternak dan perniaga yang mulia hatinya InsyaAllah ada imbuhan yang akan menanti...

Sehingga ketemu lagi....

Ahad, 19 Julai 2009

Kerja Kahwin

Salam sejahtera,

Minggu ni ramai pulak yang mengadakan kerja kahwin, hai susuah jugak nak jadualkan. Pada majlis macam nilah yang amat menyeronokkan apabila kita dapat bertemu sanak saudara dan bersembang pelbagai perkara termasuklah kes bunuh diri Setiausaha Exco Seri Kembangan baru-baru ni yang pastinya saya amat kurang berminat tentang politik.

Tapi apa yang menjadi tertarik pada majlis kerja kahwin selain nak tengok pengantin, adalah lauk pauk yang dihidangkan. Pada Sabtu (semalam) berkesempatan kerumah sepupu yang mengadakan majlis nikah anaknya di Subang Jaya... dah dapat menantu dah.... sepupu aku.

Pada majlis tu yang saya amat tertarik dengan masakan yang amat simple, ada ayam goreng, lauk lemak cili api daging salai, rendang, ikan masin dan telur masin serta ulam-ulaman....wah memang mengancam lauk masak lemak cili api yang cukup sodap..... memang terasa daging tu disalai atas kayu atau arang bukan atas tungku gas...

Hah.... dah nampak anda air liur yang dah meleleh dah dengar pasal makan ni... Saya sempatlah bersembang dengan orang yang mengurus lauk pauk tersebut, dia kata dia beli daging yang telah siap disalai di Seremban dengan harga RM30 sekilogram.

Wah jual daging salai pun laku nampaknya.... yang penting rajin. Sebagai penternak kambing kita kenalah berusaha lebih gigih dan kreative untuk memajukan perniagaan kita.

Semalam kambing saya beranak lagi jantan kali ni bilangan dah bertambah ke 37 ekor.... Alhamdulillah segala usaha dah start berkembang.


Sehingga jumpa lagi....

===================================================
Dapatkan ebook "Rahsia Kambing" dan dapatkan bonus-bonus menarik.
===================================================

Rabu, 15 Julai 2009

Jual Kambing

Salam sejahtera,




Pada minggu lepas sungguh menyeronokkan apabila segala usaha yang telah dicurahkan mendatangkan hasil.

Pada pertama kalinya saya dah mula menjual ternakkan kambing dengan 4 ekor sekali gus.... Seronok bila dapat duit hasil menternak kambing selama ni.





Saya memang tak kenakan harga yang tinggi ada yang kurang dari harga pasaran sebab saya jual pun pada cucu jiran saya yang berhasrat nak mula menjadi penternak kambing macam saya jugak.


Bila dah sampai ke tahap penjualan kambing kita rasa bersyukur yang amat sangat, sebab segala penat lelah dan usaha yang ditaburkan telah mendatangkan hasil.


Saya pada mulanya keberatan jugak nak jual tapi kambing dah mula cecah 38 ekor saya pun fikir dah tiba masa untuk jual.


Ibu saya pun bersungguh-sungguh suruh saya jual. Memang adatlah untuk pembeli nak tengok dulu dan memilih kambing yang sesuai sebelum membeli.


Bagi saya siapa cepat dia bolehlah ambil kambing.... urusan Tunai..... he....he....



Jual kambing ni memang memerlukan masa jugak, sebab saya taklah buat promosi sekadar memaklumkan kepada rakan-rakan dan saudara-saudara terdekat sahaja, agak lambatlah sikit prosesnya.

Tapi kalau dah cecah 50 ekor nanti saya akan naikkan papan tanda tentang ternakkan supaya semua orang tahu. Seperti yang saya nyatakan dalam ebook Rahsia Kambing

Selasa, 7 Julai 2009

Mentor Penternak Kambing yang berjaya

Salam sejahtera,

Pada beberapa minggu ni sibuk sikit di kandang kambing dengan menerima beberapa kunjungan pelawat yang bakal membeli anak-anak kambing. Harga yang ditawarkan agak menarik dari RM250 hingga RM350.

Pelbagai gelagat pelawat yang datang tapi kebanyakannya mereka yang baru nak berjinak dengan dunia penternakkan kambing.

Jadi saya pun berilah sedikit panduan dan penerangan kepada mereka. Ada yang mintak diadakan kursus, tapi saya ni belum layak jadi penceramah..... he...he..

Bila kita curah ilmu penternakkan ni saya teringat kata-kata mentor saya, kita ajar orang kalau mereka inginkan bantuan dan berikan ilmu kepada mereka insyaAllah ada imbuhannya.....
Yang saya ingin kongsikan dengan anda tentang pelanggan yang membeli buku Rahsia Kambing saya, saudara Faizul namanya, sebelum beli ebook saya dia telah menghubungi saya dan tanya tentang pandangan dan pendapat... so niat ingin membantu saya pun terangkan serba ringkas, maklumlah telefon susahlah sikit....
Sekarang beliau dah mula menternak. Alhamdulillah. Dan baru baru ni dia kirimkan gambar kandang dan anak kambing yang di ternak....... cuba lihat gambarnya.....




Kandang milik Faizul Baka Betina


Baka Penjantan



Fuhh.... rasa seronok dan puas, sebab ada juga pelanggan saya dah memulakan penternakkan kambing ni.... saya tanya apa perasannya bila dah tengok kambing tersebut? Katanya satu kepuasan dan seronok tengok gelagat anak kambing tersebut dan mungkin nak besarkan lagi projek ternakkan nya.


Ohhh lupa nak cakap.... ternakkan faizul ni abang dia yang duduk kampung jaga.
Anda bila lagi??

Selasa, 9 Jun 2009

10 Persoalan Dunia Penternakkan Kambing

Salam sejahtera ketemu lagi.

Kali ni saya nak cerita sikit pengalaman saya semenjak menjual ebook Rahsia Kambing saya ramai pelanggan yan mengajukan soalan yang sama, jadi saya rasa memang inilah persoalan yang standard yang mereka fikir sebelum memulakan penternakkan kambing.

1. Mana nak dapat modal

Modal susah nak cakap kena keluar duit sendiri atau buat pinjaman.... tapi jangan dengan Ah
Long tak dapat nak menolong.
Kadang-kala terdengar jugak orang mengeluh, kerajaan macam -macam cakap ada dana
untuk tolong penternaqk dan pertanian, tapi bila sampai kat bank, nak dokumen itulah nak
dokumen inilah dan macam-macam lagi. Itulah sebabnya saya mulanak ternakkan saya
dengan 7 ekor aje.... biarlah buat sikit-sikit lama-lama jadilah gunung.

2. Kat mana nak mula

Ini tertakluk kepada lokasi anda, kalau boleh tanah sendiri dan dekar dengan rumah supaya
senang nak jengok. Kalau nak sewa tanah orang pastikan buat perjanjian untuk tempoh yang
berbaloi.

3. Mana nak dapat latihan atau kursus

Latihan ada banyak kalau rajin masuk laman web yang berkaitan tengok kat blog ni pun
banyak ada link dengan blog lain.

4. Mana nak dapat pallet

Ini kena rajin sikit sebab penjualan pallet ni tertakluk kepada tempat penjualan. Ada harga
yang murah dan ada yang mahal. Kalau nak beli terus kena ada kuantiti pulak. Jadi yang ni
kenalah rajin sikit.

5. Mana nak jual kambing

Bab jual kambing ni kenalah buat promosi, buat flyers edarkan dalam surat kahbar keatau
buat poster tampal kat kedai-kedai, tapi kena mintak kebenaran tuan kedai ya jangan main
tampal aje.

6. Boleh untung ke ternak kambing

Bab ni saya rasa kalau terus nak cerita untung memang susah tapi untuk 2 tahun pertama
mungkin belum boleh dikatakan untunglah sebab nak kira kos dan modal yang dah keluar.
Tapi lepas tu mungkin ok kot, dan anggaran untung setiap penjualan kambing adalah
dianggarkan 60%. So ambillah kalkulator dan kiralah berapa untungnya.

7. Macam mana nak dapat bekalan ubat?

Ni kena dapatkan dari Jabatan Haiwan yang berhampiran, tapi kalau ada modal lebih sikit
dan nak kan kualiti kambing bagus eloklah dapatkan di LAZULI SDN BHD no telefonnya 03-
78749244.
Yang bagunya Lazuli ni siap ada doktor yang bertugas untuk memberi khidmat nasihat lagi.
Apa lagi call lah cakap dengan doktor Su.

8. Bila kambing boleh jual

Yang bab ni memang seronok sebabbila jual dapat duit, saya pernah jual kambing dengan
usia 8 bulan dengan harga RM600 kalau ikut mentor saya harga kambing tu sepatutnya lebih
dari tu.... sebab orang nak bela buat baka saya jual murah aje...

9. Apa masalah ternak kambing?

Setakat ni tak ada masalah yang kritikal semaunya ok aje, masah puru, tanduk patah badan
luka itu biasalah...

10. Mana nak dapat baka kambing

Nak dapat kat saya pun boleh.... he....he

Ok Dah terjawab 10 persoalan, kita sambung lagi kalau ada.... kalau nak tanya saya silalah.

Jutawan Segera Penternakkan

Salam sejahtera semuanya,

Lama sudah tak update blog ni, maaflah atas perkara yang tidak dapat dielakkan.

Post kali ni saya nak kongsi tetang Jutawan Segera, ha.... siapa yang tak nak jadi jutawan segera bukan? Tambahan dalam dunia penternakkan yang memang telah terbukti boleh jadi jutawan kalau kena gaya dan usahanya.... saya kata usaha ya bukan duduk saja....

Tapi kali ni saya nak cerita tentang orang yang mengambil kesempatan didalam kesempitan ekonomi kini.

Ahhhh ada yang sanggup menipu.....


Pada minggu lepasa saya balik kampung adalah kenalan yang saya jumpa dia baru saja dapat VSS, so pampasan taklah banyak dia dapat lebih kurang RM20 k aje, ialah dah kerja kilang. Tapi apa yang sedihnya duitnya dah tinggal separuh aje.... ikut kawan melabur dalam pelaburan penternakkan.

Di pendekkan cerita dari mana agen tersebut dapat nombor telefon dia, mulalah dia telefon dan terangkan tentang program pelaburan ternakkan. Modal permulaan cuma RM3000, setiap bulan akan dapat RM300 selama berapa tahun pun saya dah lupa....

Atas desakan rakan yang sama-sama dapat VSS dan ada rakan dah mula dapat imbuhan pada bulan pertama, kawan saya ni pun mula masuk dengan RM3000.

Lepas 1 bulan berlalu, dia semak dalam akaun bank memang ada RM300. Nah perasan tamak dah mula nampak, dia mula gandakan pelaburan kepada RM 9000 jadi bolehlah dia dapat RM900 sebulan.... senangkan tak buat apa-apa boleh dapat RM900 tiap-tiap bulan.

Tapi..... hanya dapat 3 bulan aje pulangannya, masuk pada bulan keempat....dah tak dapat apa-apa, dia dan rakan yang lain cubalah menghubungi agen tersebut tapi tak dapatdah, pergi KL cari alamat ofice memang tak wujud.....

Jadi dah tentulah kena tipu, dapatlah dia balik RM2100 aje yang lain lesap...

Saya pun tanya dia, kau tak pergi kemelawat kandang ternakkan yang agen tu cakap? Tak, dia tunjuk gambar saja, dia kata kandang ada kat Terengganu, Kelantan Sabah dan Sarawak.

Dia lepas jumpa agen, dia bawak pulak jumpa tuan punya projek ni, pakai keta besar, nampak macam berpendidikan tinggi....

Apa boleh buat nak cepat kaya.....

Jadi kepada rakan yang lain hati-hatilah untuk melabur, biar pergi tengok kandang walaupun kena pergi Kelantan sekali pun.

Jangan mudah tertipu.... sebenarnya banyak cara yang boleh anda labur untuk dunia penternakkan, tanpa kena tipu....

Segalanya ada saya kongsi dalam ebook bonus Rahsia Kambing .... dapatkannya hari ini.


Berhati-hati untuk menjadi jutawan......

Selasa, 5 Mei 2009

Virus dari Haiwan Babi

Salam sejahtera,

Sekarang dah mula kecoh juga tentang keadaan penyakit virus khinzir. Telah kita ketahui dari dulu lagi tentang ternakkan ini memang mempunyai sejenis kuman yang memang tidak boleh di hapuskan dalam pelbagai bentuk dan cara.

Oleh itu kita dinasihatkan untuk mempertingkatkan lagi mutu kesihatan kita, kalau ada cadangan yang nak melancong luar negara tu, cubalah tangguhkan dulu atau tukar aje plan pergi melancong ke dalam negara.

Kebersihan amat penting. Begitu juga dengan kebersihan kandang kambing jangan di abaikan. Ia juga merupakan faktor utama untuk memperolehi baka kambing yang sihat.

Hari minggu yang lalu bapa mertua saya ada berjumpa dengan seorang rakannya, beliau menasihatkan saya supaya mula menjual ternakkan kambing saya, sebab kambing ini kalau dah kena penyakit habis satu kandang.

Saya tak nafikan ia memang benar tentang perkara ini, tapi kena tengok juga penyakit apa? Kebersihan kandang macam mana? Pengasingan ada tak dibuat dan lain- lain lagi.

Nasihat saya jaga kebersihan kandang dan jagalah kesihatan kita untuk hidup lebih sihat dan baka kambing yang gemuk, gempal dan gebu..... (3G)


Sekian



============================================
Sudahkah anda memperolehi ebook Rahsia Kambing?
Dapatkan ebook tersebut hari ini, ada bonus menanti anda...
============================================

Rabu, 18 Februari 2009

Ibu Kambing selepas beranak.

Salam sejahtera ketemu lagi...

Hah lega nampaknya.... kambing pun dah beranak dan mulalah tambahan keluarga dalam kandang ni....

Bila bermain dengan anak kambing ni tentu seronok sebab comel dengan telatahnya.

Tapi jangan lupa juga dengan kesihatan ibu kambing yang perlu dijaga.

2 minggu lepas beranak ibu kambing tadi eloklah di suntik dengan Vitamin ADE3C/ADE Fortex 3-5ml, boleh didapati di farmasi haiwan atau di Lazuli, saya suka guna Lazuli sebab semua ubat mereka ada dan mereka juga menyediakan khidmat oleh Doktor Haiwan yang khusus untuk menjawab pemasalah penternak. Bukan saya pemilik atau pekerja Lazuli.



Vitamin ADE3C/ADE



Pemiliknya pun saya tak kenal, kalau dia baca ni bolehlah belanja saya pekena teh tarik...kah...kah...

Ok pastikan ubat tersebut di suntik setiap 2 minggu sekali. Suntikan perlu diberi bawah kulit.

Kemudian diberikan ubat Minerasol 3ml setiap 1 bulan sekali. Ini pun disuntik bawah kulit jugak.

Harga ubat Vit ADE3C/ADE Fortex = RM36 untuk 100ml. Untuk Minerasol pula = RM36 untuk 100ml.

Kos ubat memang berpatutan. Pemberian multivitamin ni bukan apa untuk memastikan kecergasan dan kesihatan ibu terjamin supaya boleh bunting dan beranak lagi. Jika ibu kambing sihat ia boleh memberi anak yang sihat dan cergas kepada penternak.

Jika ini tidak diambil peduli maka susah juga penternak nak dapat anak kambing yang banyak dan sihat serta cergas.

Pada masa ini ibu perlu diberikan makanan yang banyak dan berzat, dapatkan juga pallet untuk ibu menambah tenaganya. Makanan yang cukup akan memberi tenaga serta memberi susu yang banyak untuk anak kambing membesar.

Rumput amat sesuai diberikan kerana mengandungi protein yang banyak. Ibu kambing perlu diberi 0.5 kg dan ditambah kepada 0.8 hingga 1 kg untuk seekor pada tiap-tiap hari.

Bagaiman sekarang? Mudah kan nak jadi penternak kambing jika kita tahu cara dan belajar kaedahnya.


Pada minggu depan saya akan berkongsi tentang penjagaan anak kambing pula.

======================================================
Ebook, RahsiaKambing.com rahsia penternakkan yang perlu dimiliki oleh semua orang. Lengkap untuk mereka yang ingin mengetahui dunia penternakkan.
======================================================

Isnin, 9 Februari 2009

Kambing dah beranak

Salam sejahtera,

Semuanya ok kan....

Kali ni nak cerita apabila kambing beranak. Macam biasa kita perhatikan ibu kambing tersebut. Tengok kalau-kalau air ketubannya dah pecah. Bila dah pecah kita akan nampak kaki dan kepala anak kambing akan keluar dengan perlahan-lahan. Tapi jika tiada pergerakkan atau kesukaran anak kambing tersebut, jadi tindakan anda adalah untuk menjadi bidan.

Basuh kedua-dua tangan anda bersih, kemudian lumurkan dengan minyak kelapa, jika tak ada memadai dengan melumur dengan sabun basuh pingan mangkuk jenis cecair supaya mudah untuk anda seluk kedalam ruang peranakkan ibu kambing tersebut.

Seluk sebelah tangan dan mula raba untuk dapatkan kaki depan atau belakang. Pastikan anda dapat kedua-dua belah kaki tersebut dan mula tarik perlahan-lahan.

Ada juga sesetengah anak hanya dapat keluar kaki depan tapi kepalanya sangkut maka masukkan semula kakinya dan cari kepalanya dan tarik kepala dan kakinya perlahan-lahan.

Apabila anak dah dilahirkan pastikan ibu jilat lendir dibahagian hidungnya. Jika ibu tak jilat pastikan anda membersihkan sedikit dibahagian hidungnya supaya anak kambing tadi tak lemas.

Kemuadian biarkan saja, jangan sentuh anak kambing baru lahir dikhuatiri ibu tak nak dekat dengan anak kerana ada bau lain pada anak kambing tersebut.

Sesudah kelahiran pastikan juga anak kambing tersebut mendapatkan susu ibu pertama yang mengandungi kolestrum dalam tempoh 72 jam atau 3 hari kalau tidak anak ini akan mati.

Susu awal ibu ni amat penting memberi tenaga dan ketahan badan anak kambing tersebut. Macam susu ibu jugaklah.

Semuanya dah ok pastikan anda sembur iodin pada tali pusat anak kambing. Pada masa ini uri mungkin dah jatuh dan bolehlah tanam. Kadang-kadang ia mengambil masa 1 hari juga untuk uri jatuh, kalau kambing dah makan tak apa.

Pada masa ini bersihkan kandang sekali lagi dan bersihkan kawasan peranakkan ibu kambing supaya tiada kuman atau ulat yang hinggap oleh kerana bau darah.

Ada juga ibu kambing yang mengeluarkan macam tali pusat yang tergantung. Awas jangan tarik, sebaliknya ambil batu yang sedang-sedang beratnya ikat tali tersebut dan biar ia tercabut dengan sendir, takut tali pusat itu masih ada urinya dan jika ditarik takut uri tinggal dalam dan ini akan menyebabkan kematian ibu kambing nanti.

Tali pusat yang tergantung tadi, perlu di sembur dengan iodin untuk mengelakkan daripada serangan kuman.

Ok segalanya dah selesai kalau anak yang keluar lebih dari 2 maka susu bantuan perlu diberikan selepas mendapat susu ibu yang pertama.

Mamimune boleh diberi 1 pam sekali sahaja. Dan diberikan tiap-tiap hari sekali kepada anak-anak yang masih lemah.

Mamimune ni harga di Lazuli Sdn Bhd lebih kurang RM35 sebotol. 1 Botol ada 200ml.

Seekor anak kambing perlukan 1 pam sahaja, 1pam = 2ml jadi 1 botol boleh diberi kepada 100 ekor anak kambing untuk sekali pam.

Cuma jika anak kambing yang bermasalah aje diberi lebih daripada 1 hari. Taklah mahal sangat. Harap Lazuli Sdn. Bhd. tak naikkan hargalah... he...he.

Penjagaan anak tak remeh sangat cuma pastikan anak kambing dengan ibu dan anak tak boleh keluar kekandang lain takut terpijak dengan kambing lain.

Pada seterusnya tentang penjagaan ibu selepas beranak dan ubat yang diperlukan.


Jumpa lagi.....

Jumaat, 6 Februari 2009

Kursus Ternakkan Kambing

Salam sejahtera,

Ni saja nak mencelah kat Edisi Khas tentang kursus ternakkan kambing yang akan diadakan oleh mentor saya Cikgu Halim di Bukit Payung, Alor Gajah, Melaka 20 meter dari susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah.

Berikut maklumat tentang kursus tersebut:-

Tarikh : 14 - 15 Februari 2009 (2 hari)

Masa : 8.30 pagi - 6 petang

Kepada mereka yang berhajat nak jadi penternak tu eloklah pergi, kalau datang luar dari Melaka jangan risau kat situ pun ada Homestay kadarnya pun murah.

Gi kursus ni tak rugi, banyak boleh diajar. Hah... hari kedua paling seronok dapat buat praktikal, bermain dengan kambing, suntik kambing, buat makanan kambing sendiri dengan menggunakan fomular Cikgu Halim yang sememengnya tak kedekut ilmu. Walaupun dah hampir 2 tahun saya gi kursus dia tapi sampai sekarang dia masih membantu.

Bab makan pun best jugak, sebab waktu ni merasalah lauk pauk kampung.
Bab bayaran kalau tak silap saya hanya RM200 sahaja. Hah mana nak dapat gi kursus, ada makan, minum untuk 2 hari belajar suntik kambing lagi Kos cuma RM200, Fuhhh murah tu.

Biasanya diakhir kursus Cikgu Halim ada menjemput mereka yang dah berjaya dalam bidang pertanian dan ternakkan, masa saya dulu ada brother ni berjaya buat ladang mangga.

Kepada mereka yang berhajat sila hubungi Cikgu Halim terus di talian 013 6560995, tempat terhad siapa cepat dia dapat.

Selamat berkursus.


========================================
Panduan Asas penternakkan yang perlu dimiliki
www.RahsiaKambing.com
========================================

Persediaan Ibu Kambing Beranak.

Saat yang dinantikan telah tiba, selama hampir 4 bulan lebih ditunggu, saat beranak kambing kita akan memberi kegembiraan kepada pemiliknya.

Sebelum kambing tadi beranak, persediaan berikut perlu dibuat

1. Bersihkan kandang untuk mengelakkan dari kekotoran dan semut.

2. Sediakan guni sabut terpakai untuk dialas pada ruangan kandang ibu itu
sebelum ibu kambing beranak. Ia bertujuan untuk mengelakkan kaki anak
termasuk pada celah lantai yang jarang.

3. Sediakan kain yang bersih, tujuan untuk lap lendir pada hidung anak
kambing yang baru lahir jika ibu kambing tak jilat. Sediakan ubat iodine
jenis sembur untuk di sembuh pada tali pusat anak kambing dari dijangkiti
kuman.

4. Jika boleh beli juga mamimune, merupakan susu tambahan anak kambing
jika terdapat lebih dari satu ekor yang keluar nanti. Pengalaman saya apabila
ibu kambing saiz biasa bila melahirkan empat ekor anak dan susu ibu tak
cukup. Seekor anaknya mati sebab tak cukup susu. Fuhhh sebak jugak, yalah
dianugerahkan 4 ekor tapi tak dapat nak jaga semuanya....sedih rasanya.

Ok nampaknya semuanya dah sedia, kena tengok juga ibu kambing. Jika dia dah mula mencakar-cakar lantai, dibahagian buntutnya dah mula menunjukkan kemerah-merahan, dia dah mula duduk aje, so standby ajelah untuk beranak bila-bila masa. Kalau boleh kurangkanlah aktiviti keluar, duduk aje rumah untuk memastikan bila kambing beranak anda ada.

Saya bersyukur juga bila saya keluar kadang-kadang jiran Abang Zali, turut membantu.

Jadi masa untuk menunggu untuk beranak....

Jumpa lagi minggu depan apabila kambing beranak........bab ni yang best ni.

Rabu, 4 Februari 2009

Kesihatan Anak Kambing

Salam Sejahtera,

Nampaknya ibu kambing dah pun sihat. Pada minggu ini saya nak kongsi bab penjagaan anak kambing selepas beranak.

Seperti terdahulu susu awal ibu perlu diberikan kepada anak kambing, adakalanya anak kambing susah nak menyusu. So kalau boleh suakan mulut anak ke punting ibunya dan perahkan sikit susu tersebut.

Kalau anak kambing dah boleh menyusu dengan senang maka takyah risau lagi.

Ada kalanya terdapat tinja/ tahi pada anak kambing yang keluar warna kekuningan dan pekat serta melekat pada buntut kambing, jangan panik, dulu saya pun panik juga.... itu adalah tahi dari makanan yang dimakan semasa didalam perut ibunya, ini perkara biasa dan mengambil masa 2 hingga 5 hari.

Cara untuk bersihkan tinja yang melekat tu mudah aje, ambil kain buruk dengan air suam basuhkan perlahan-lahan sehingga tinja tersebut jatuh dengan sendirinya.

Untuk tempoh 1 hingga 2 bulan biarkan anak dapatkan susu ibu, mana yang lemah tu bolehlah diberikan mamimune untuk memastikan anak kambing itu tegap dan sihat.

Pada usia 3 bulan lebih anak kambing tersebut bolehlah diberi makanan untuk anak kambing berbentuk pallet. Makanan ni mahal sikit, seeloknya beri pada anaknya sahaja, kalau bagi pada ibu memang sukalah si ibu nanti sekejap aje habis.

Pada usia 3 bulan dan keatas bolehlah cuba-cuba asingkan anak dengan ibunya.

Begitulah proses penjagaan anak kambing. Penjagaan ini penting untuk memastikan tumbesaran tidak terbantut.

Semoga berjaya.

Sabtu, 31 Januari 2009

Ibu Kambing Bunting

Salam Sejahtera,

Memang seronok bila dengar kambing dah bunting. Ya lah apa tak seronoknya kandang kita akan bertambah anggota keluarganya.

Biasanya bila kambing telah dikahwinkan dengan jantan, maka kambing tu pun akan bunting. Tempoh purata dianggarkan adalah selama 145 ke 150 hari atau lebih kurang 4 ke 5 bulan.

Jadi kambing ni boleh beranak hampir 3 kali setahun dan 50% kembar 2, ada yang beranak sekali empat ekor, itu rezekilah.

Ibu yang bunting ni elok diasingkan dengan kambing lain especilly kambing betina yang lain sebab ada diantara mereka yang jelous.

Kalau boleh berilah makanan yang secukupnya sebab kambing ni makan untuk anak dalam kandungan sekali. Pastikan air minuman bersih. Berikan multivitamin untuk menguatkan tenaga ibu kambing.

Bagi mereka yang mengamalkan sistem lepas dalam kawasan, saya nasihatkan pantau kambing yang bunting ni apabila dilepaskan dipadang yang luas kerana pada ketika inilah adakalanya kambing lain cuba menanduk atau berlaga sesama mereka.

Ini pengalaman saya apabila kambing bunting cuba ditanduk kambing jantan, jadi waktu lepas ke kawasan lapang saya tambat kambing jantan ni supaya tidak begitu bebas sangat.

Sesekali kambing bunting ni kena juga lepas di kawasan lapang untuk senaman, jadi senanglah nanti bila nak beranak. Ya! macam manusia juga kena jalan banyak-banyak supaya mudah bersalin nanti.

Pemeriksaan dengan kaedah rabaan juga perlu dibuat terhadap kambing yang bunting ni supaya kita dapat kesan dengan cepat jika berlakunya sebarang penyakit yang berkaitan dengan kulit dan lain-lain.

Ohh ya terlupa juga nak cerita, kaedah pengasingan juga membantu kita mengenal pasti jika kambing tadi mengalamai cirit birit atau terdapat cacing dalam perutnya, kebiasaannya ini jarang berlaku. Tapi pengawasan penting untuk mencegah dari berlaku.

Begitulah pengawasan dan penjagaan kambing bunting. Untuk maklumat tentang ubat atau multivitamin anda dinasihatkan menghubungi Pegawai perubatan Jabatan Haiwan Daerah untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang perkara tersebut.

Pencegahan adalah lebih baik dari mengubati.

Minggu depan persediaan untuk ibu kambing beranak.

Jumpa lagi

=====================================================
RahsiaKambing.com
Ebook Panduan Penternakkan yang lengkap dan dipenuhi dengan
gambar-gambar yang menarik. Dapatkan hari ini.
=====================================================

Isnin, 26 Januari 2009

Edisi Khas Penternak Kambing

Salam sejahtera semuanya.

Macamana dengan kedatangan tahun baru ni? Kepada merak yang dah mula berkecimpung dalam dunia penternakkan saya ucapkan tahniah! Pada yang masih nak kumpul modal tu, kumpullah cepat-cepat kalau dah niat baik akan ada imbuhannya.

Pada mereka yang masih ragu-ragu, dapatkan buku Rahsia Kambing supaya hilang keraguan dan dapat penetapan diri.

Pejam celik dah hampir 1 tahun 6 bulan, saya menceburkan diri dalam dunia penternakkan kambing ni, setakat ni dah ada 27 ekor kambing. Tanpa pinjaman atau subsidi semuanya hasil usaha sendiri dan galakkan keluarga.

Kalau tak ada apa-apa halangan target tahun ni untuk dapat 50 ekor kambing mungkin akan tercapai. Doalah sesama ya...

Pada edisi khas ni saya akan banyakkan berkongsi pengalaman tetang kambing bunting, beranak serta penjagaan anak yang baru lahir.

Kepada mereka yang berminat nak dapat info percuma ni hantarlah email kepada saya dengan tajuk Edisi Khas Kambing di faridsulaiman@gmail.com ingat jangan spam, ke email saya pulak, saya ingin menolong....jadi janganlah salah guna email saya.

Edisi khas ni saya akan menceritakan pengalaman tentang penjagaan ibu kambing yang bunting, selepas beranak dan penjagaan anak. Saya harap ini salah satu cara saya dapat membantu mereka yang mahu berjinak-jinak dengan dunia penternakkan.

Jangan lupa hantar email anda.

Jumpa lagi.....

Isnin, 19 Januari 2009

Menternak boleh jadi JUTAWAN SEGERA

JUTAWAN SEGERA !

Ya, siapa nak jadi jutawan mulalah menternak tak kiralah kambing ke, lembu ke, kerbau ke, ayam ke....macam-macam lagi.

Tapi kalau bab yang SEGERA tu saya ada keraguan sikit.

Semua orang nak jadi JUTAWAN SEGERA.... yalah siapa tak nak bergelar jutawan segera. Tapi sebenarnya tak semua orang bernasib baik, contoh mereka yang boleh menjadi JUTAWAN SEGERA.

1. Apabil tanah dibeli oleh Syarikat Swasta.
2. Apabila no ekor naik
3. Pelaburan kewangan mendapat pulangan
4. Pengasas Syarikat Jualan Langsung
5. Pengasas Perisian Komputer
6. Pewaris Harta yang ditinggalkan.


Perkara diatas adalah mereka yang mungkin menjadi JUTAWAN SEGERA. Apa yang menarik minat saya beberapa hari lalu apabila membaca akhbar Uusan Malaysia tentang seorang yang kena tipu dengan salah sebuh Syarikat yang menjalankan sistem kontrak penternakkan.

Dengan bermodalkan RM15,000 anda boleh memiliki 100 ekor lebu. WOW! Tawaran yang amat menakjubkan. Yang lagi bestnya tu ia di sokong oleh Medec. Lagilah bertambah yakin orang.

Tapi hakikatnya lepas bagi RM15,000, sehingga pelanggan tersebut membuat laporan polis beliau masih tak nampak lembunya walaupun seekor.

Apa yang menjadi pengajaran dari cerita ini, ada syarikat yang mengambil kesempatan dari keghairahan untuk menjana pendapatan tambahan dari penternakkan. Tapi mereka mempergunakan orang yang benar-benar mencari pendapatan tambahan.

Kita perlu mengkaji terlebih dahulu untuk memastikan syarikat yang menawarkan perkara sebegini wujud. Semak mana ladangnya, semak dengan kengkawan pernah tak mereka jumpa projek ni. Siapa pemiliknya. Semak pendaftaran syarikatnya.

Sebab jika tersalah melabur, silap-silap leburlah wang kita.

Sebenarnya tiada yang mudah untuk menjadi JUTAWAN dalam dunia penternakkan, cuma kena kerja kuat, bersungguh dan berdoa. Mentor saya yang memiliki 4 ekor kambing dan kini dah ada 1000 ekor kambing kalau di kalikan dengan RM600 setiap seekor beliau dah ada RM600,000 dah hampir jutawan dah. Tapi bukan sehari dua untuk mencapai angka tersebut, beliau mengambil masa 7 tahun untuk berjaya.

Bagi pandangan saya untuk melabur kita kenalah cari asas yang sebenar dan kalau boleh buatlah sendiri walaupun 2 ekor kita bermula pasti segala usaha akan mendatangkan hasilnya.

KEARAH JUTAWAN PENTERNAK KAMBING.

Selamat Menjadi Jutawan.

Jumaat, 2 Januari 2009

Extra Income

Pada 2 hari yang lalu, terjumpa rakan sekampung yang lama tak jumpa, sambil pergi minum kat warong mamak sambil tu rancak jugaklah bercerita.

Rupanya rakan saya ni baru aje ditawarkan VSS, ya...lah walaupun dapat duit pampasan, tapi duit kalau di guna tiap-tiap hari lama-lama habis juga. Jadi member saya ni mulalah nak buat apa yang patut untuk menampung kos perbelanjaan hariannya.

Dari situ macam-mcamlah yang difikirkan, saya rasa anda pun tahu apa yang dia nak buat bukan?

Berniaga.

Saya bukanlah tak setuju cuma saya nyatakan pada beliau, berniaga ni banyak risikonya lagi pun kena fikirkan apa yang nak di niagakan. Sekarang semua orang dah mula berjimat cermat dan tak nak boros berbelanja.

Terlintas pulak cerita, masa mula-mula saya nak buat projek ternakkan dulu, dia pernah cakap pada saya, kerja dah bagus gaji pun dah ok buatapalah nak susah-susah nak ternak kambing. Simpan ajelah kat bank duit tu. Tapi matlamat saya lain ternak kambing untuk dapat Extra income dan juga persediaan untuk hari tua saya bila dah pencen. Kalau masa dah umur 56 baru nak buat saya rasa tak larat.

Kawan saya mula teringat apa yang pernah kami sembangkan dulu, kalaulah dia ikut cara saya mungkin kambing dia pun dah banyak. Tapi perkara dah lepas.... dia pun terkejut juga bila tahu bilangan kambing saya dah mencecah 27 ekor, dan 2 ekor telah saya jualkan dengan harga RM650 dan RM900.

Kalau dapat VSS dan dah ada ternakkan kambing boleh jugak aku balik kampung bela kambing... ini baru nak start...bila pulak nak dapat hasinya.

Apa yang boleh saya kongsi kat sini, walaupun kita dah ada kerja tetap dan selesa tapi kita perlu persiapkan diri dengan kemungkinan yang akan berlaku. Jika saya masih bertangguh untuk memulakan projek ternakkan saya, mungkin hingga kini pun saya tak mulakan.

Sokongan dari orang sekeliling kita juga amat diperlukan terutama ibu bapa, isteri dan anak-anak kerana ia akan melibatkan pengorbanan mereka, adakala kita cuma bercuti dikampung untuk menjaga ternakkan kita, sedangkan rakan-rakan mereka pergi bercuti ke Langkawai atau bercanda di tepi pantai.

Apa pun langkah pertama adalah terus mulakan projek anda secara kecil-kecilan dahulu dari situ baru kita rancang untuk membesarkan projek kita.


Kepada mereka yang diberhentikan kerja, jangan putus asa, ini bukan penamat riwayat hidup kita, masih banya perkara yang boleh dilakukan untuk terus hidup, cekalkan hati kuatkan semangat dan sentiasa berdoa.


Selamat maju jaya hendaknya.