Memaparkan catatan dengan label kesihatan anak kambing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan anak kambing. Papar semua catatan

Isnin, 9 Februari 2009

Kambing dah beranak

Salam sejahtera,

Semuanya ok kan....

Kali ni nak cerita apabila kambing beranak. Macam biasa kita perhatikan ibu kambing tersebut. Tengok kalau-kalau air ketubannya dah pecah. Bila dah pecah kita akan nampak kaki dan kepala anak kambing akan keluar dengan perlahan-lahan. Tapi jika tiada pergerakkan atau kesukaran anak kambing tersebut, jadi tindakan anda adalah untuk menjadi bidan.

Basuh kedua-dua tangan anda bersih, kemudian lumurkan dengan minyak kelapa, jika tak ada memadai dengan melumur dengan sabun basuh pingan mangkuk jenis cecair supaya mudah untuk anda seluk kedalam ruang peranakkan ibu kambing tersebut.

Seluk sebelah tangan dan mula raba untuk dapatkan kaki depan atau belakang. Pastikan anda dapat kedua-dua belah kaki tersebut dan mula tarik perlahan-lahan.

Ada juga sesetengah anak hanya dapat keluar kaki depan tapi kepalanya sangkut maka masukkan semula kakinya dan cari kepalanya dan tarik kepala dan kakinya perlahan-lahan.

Apabila anak dah dilahirkan pastikan ibu jilat lendir dibahagian hidungnya. Jika ibu tak jilat pastikan anda membersihkan sedikit dibahagian hidungnya supaya anak kambing tadi tak lemas.

Kemuadian biarkan saja, jangan sentuh anak kambing baru lahir dikhuatiri ibu tak nak dekat dengan anak kerana ada bau lain pada anak kambing tersebut.

Sesudah kelahiran pastikan juga anak kambing tersebut mendapatkan susu ibu pertama yang mengandungi kolestrum dalam tempoh 72 jam atau 3 hari kalau tidak anak ini akan mati.

Susu awal ibu ni amat penting memberi tenaga dan ketahan badan anak kambing tersebut. Macam susu ibu jugaklah.

Semuanya dah ok pastikan anda sembur iodin pada tali pusat anak kambing. Pada masa ini uri mungkin dah jatuh dan bolehlah tanam. Kadang-kadang ia mengambil masa 1 hari juga untuk uri jatuh, kalau kambing dah makan tak apa.

Pada masa ini bersihkan kandang sekali lagi dan bersihkan kawasan peranakkan ibu kambing supaya tiada kuman atau ulat yang hinggap oleh kerana bau darah.

Ada juga ibu kambing yang mengeluarkan macam tali pusat yang tergantung. Awas jangan tarik, sebaliknya ambil batu yang sedang-sedang beratnya ikat tali tersebut dan biar ia tercabut dengan sendir, takut tali pusat itu masih ada urinya dan jika ditarik takut uri tinggal dalam dan ini akan menyebabkan kematian ibu kambing nanti.

Tali pusat yang tergantung tadi, perlu di sembur dengan iodin untuk mengelakkan daripada serangan kuman.

Ok segalanya dah selesai kalau anak yang keluar lebih dari 2 maka susu bantuan perlu diberikan selepas mendapat susu ibu yang pertama.

Mamimune boleh diberi 1 pam sekali sahaja. Dan diberikan tiap-tiap hari sekali kepada anak-anak yang masih lemah.

Mamimune ni harga di Lazuli Sdn Bhd lebih kurang RM35 sebotol. 1 Botol ada 200ml.

Seekor anak kambing perlukan 1 pam sahaja, 1pam = 2ml jadi 1 botol boleh diberi kepada 100 ekor anak kambing untuk sekali pam.

Cuma jika anak kambing yang bermasalah aje diberi lebih daripada 1 hari. Taklah mahal sangat. Harap Lazuli Sdn. Bhd. tak naikkan hargalah... he...he.

Penjagaan anak tak remeh sangat cuma pastikan anak kambing dengan ibu dan anak tak boleh keluar kekandang lain takut terpijak dengan kambing lain.

Pada seterusnya tentang penjagaan ibu selepas beranak dan ubat yang diperlukan.


Jumpa lagi.....

Rabu, 4 Februari 2009

Kesihatan Anak Kambing

Salam Sejahtera,

Nampaknya ibu kambing dah pun sihat. Pada minggu ini saya nak kongsi bab penjagaan anak kambing selepas beranak.

Seperti terdahulu susu awal ibu perlu diberikan kepada anak kambing, adakalanya anak kambing susah nak menyusu. So kalau boleh suakan mulut anak ke punting ibunya dan perahkan sikit susu tersebut.

Kalau anak kambing dah boleh menyusu dengan senang maka takyah risau lagi.

Ada kalanya terdapat tinja/ tahi pada anak kambing yang keluar warna kekuningan dan pekat serta melekat pada buntut kambing, jangan panik, dulu saya pun panik juga.... itu adalah tahi dari makanan yang dimakan semasa didalam perut ibunya, ini perkara biasa dan mengambil masa 2 hingga 5 hari.

Cara untuk bersihkan tinja yang melekat tu mudah aje, ambil kain buruk dengan air suam basuhkan perlahan-lahan sehingga tinja tersebut jatuh dengan sendirinya.

Untuk tempoh 1 hingga 2 bulan biarkan anak dapatkan susu ibu, mana yang lemah tu bolehlah diberikan mamimune untuk memastikan anak kambing itu tegap dan sihat.

Pada usia 3 bulan lebih anak kambing tersebut bolehlah diberi makanan untuk anak kambing berbentuk pallet. Makanan ni mahal sikit, seeloknya beri pada anaknya sahaja, kalau bagi pada ibu memang sukalah si ibu nanti sekejap aje habis.

Pada usia 3 bulan dan keatas bolehlah cuba-cuba asingkan anak dengan ibunya.

Begitulah proses penjagaan anak kambing. Penjagaan ini penting untuk memastikan tumbesaran tidak terbantut.

Semoga berjaya.
Powered By Blogger