Jumaat, 2 Januari 2009

Extra Income

Pada 2 hari yang lalu, terjumpa rakan sekampung yang lama tak jumpa, sambil pergi minum kat warong mamak sambil tu rancak jugaklah bercerita.

Rupanya rakan saya ni baru aje ditawarkan VSS, ya...lah walaupun dapat duit pampasan, tapi duit kalau di guna tiap-tiap hari lama-lama habis juga. Jadi member saya ni mulalah nak buat apa yang patut untuk menampung kos perbelanjaan hariannya.

Dari situ macam-mcamlah yang difikirkan, saya rasa anda pun tahu apa yang dia nak buat bukan?

Berniaga.

Saya bukanlah tak setuju cuma saya nyatakan pada beliau, berniaga ni banyak risikonya lagi pun kena fikirkan apa yang nak di niagakan. Sekarang semua orang dah mula berjimat cermat dan tak nak boros berbelanja.

Terlintas pulak cerita, masa mula-mula saya nak buat projek ternakkan dulu, dia pernah cakap pada saya, kerja dah bagus gaji pun dah ok buatapalah nak susah-susah nak ternak kambing. Simpan ajelah kat bank duit tu. Tapi matlamat saya lain ternak kambing untuk dapat Extra income dan juga persediaan untuk hari tua saya bila dah pencen. Kalau masa dah umur 56 baru nak buat saya rasa tak larat.

Kawan saya mula teringat apa yang pernah kami sembangkan dulu, kalaulah dia ikut cara saya mungkin kambing dia pun dah banyak. Tapi perkara dah lepas.... dia pun terkejut juga bila tahu bilangan kambing saya dah mencecah 27 ekor, dan 2 ekor telah saya jualkan dengan harga RM650 dan RM900.

Kalau dapat VSS dan dah ada ternakkan kambing boleh jugak aku balik kampung bela kambing... ini baru nak start...bila pulak nak dapat hasinya.

Apa yang boleh saya kongsi kat sini, walaupun kita dah ada kerja tetap dan selesa tapi kita perlu persiapkan diri dengan kemungkinan yang akan berlaku. Jika saya masih bertangguh untuk memulakan projek ternakkan saya, mungkin hingga kini pun saya tak mulakan.

Sokongan dari orang sekeliling kita juga amat diperlukan terutama ibu bapa, isteri dan anak-anak kerana ia akan melibatkan pengorbanan mereka, adakala kita cuma bercuti dikampung untuk menjaga ternakkan kita, sedangkan rakan-rakan mereka pergi bercuti ke Langkawai atau bercanda di tepi pantai.

Apa pun langkah pertama adalah terus mulakan projek anda secara kecil-kecilan dahulu dari situ baru kita rancang untuk membesarkan projek kita.


Kepada mereka yang diberhentikan kerja, jangan putus asa, ini bukan penamat riwayat hidup kita, masih banya perkara yang boleh dilakukan untuk terus hidup, cekalkan hati kuatkan semangat dan sentiasa berdoa.


Selamat maju jaya hendaknya.

1 ulasan:

Naz berkata...

Wow... banyaknya kambing. Kalo tunggu lagi 3 tahun boleh jadi berganda2. Member aku ada wat gak kat Kedah. Situasi dia sama cam ko, maksud aku secara part time, orang lain jaga kambing dia. Tapi problem banyak... Mungkin dia kena belajar ngan ko untuk xplore rahsia kambing ni. Dia ternak dari baka boey.Kalau parents dia jaga mungkin dah beranak pinak dah...