Isnin, 26 Januari 2009

Edisi Khas Penternak Kambing

Salam sejahtera semuanya.

Macamana dengan kedatangan tahun baru ni? Kepada merak yang dah mula berkecimpung dalam dunia penternakkan saya ucapkan tahniah! Pada yang masih nak kumpul modal tu, kumpullah cepat-cepat kalau dah niat baik akan ada imbuhannya.

Pada mereka yang masih ragu-ragu, dapatkan buku Rahsia Kambing supaya hilang keraguan dan dapat penetapan diri.

Pejam celik dah hampir 1 tahun 6 bulan, saya menceburkan diri dalam dunia penternakkan kambing ni, setakat ni dah ada 27 ekor kambing. Tanpa pinjaman atau subsidi semuanya hasil usaha sendiri dan galakkan keluarga.

Kalau tak ada apa-apa halangan target tahun ni untuk dapat 50 ekor kambing mungkin akan tercapai. Doalah sesama ya...

Pada edisi khas ni saya akan banyakkan berkongsi pengalaman tetang kambing bunting, beranak serta penjagaan anak yang baru lahir.

Kepada mereka yang berminat nak dapat info percuma ni hantarlah email kepada saya dengan tajuk Edisi Khas Kambing di faridsulaiman@gmail.com ingat jangan spam, ke email saya pulak, saya ingin menolong....jadi janganlah salah guna email saya.

Edisi khas ni saya akan menceritakan pengalaman tentang penjagaan ibu kambing yang bunting, selepas beranak dan penjagaan anak. Saya harap ini salah satu cara saya dapat membantu mereka yang mahu berjinak-jinak dengan dunia penternakkan.

Jangan lupa hantar email anda.

Jumpa lagi.....

1 ulasan:

Naz berkata...

Berkongsi pengalaman merupakan 1 cara untuk menyampaikan ilmu yang berkesan. Kalau sekadar teori saja susah untuk menerangkan dengan tepat situasi yang sebenarnya. Apa yang ko buat ni memang sangat-sangat bagus untuk memberi gambaran tentang penjagaan kambing bunting kepada panternak-panternak baru. Mungkin ia sesuai digunakan untuk ternakan lain seperti lembu...

Powered By Blogger