Isnin, 19 Januari 2009

Menternak boleh jadi JUTAWAN SEGERA

JUTAWAN SEGERA !

Ya, siapa nak jadi jutawan mulalah menternak tak kiralah kambing ke, lembu ke, kerbau ke, ayam ke....macam-macam lagi.

Tapi kalau bab yang SEGERA tu saya ada keraguan sikit.

Semua orang nak jadi JUTAWAN SEGERA.... yalah siapa tak nak bergelar jutawan segera. Tapi sebenarnya tak semua orang bernasib baik, contoh mereka yang boleh menjadi JUTAWAN SEGERA.

1. Apabil tanah dibeli oleh Syarikat Swasta.
2. Apabila no ekor naik
3. Pelaburan kewangan mendapat pulangan
4. Pengasas Syarikat Jualan Langsung
5. Pengasas Perisian Komputer
6. Pewaris Harta yang ditinggalkan.


Perkara diatas adalah mereka yang mungkin menjadi JUTAWAN SEGERA. Apa yang menarik minat saya beberapa hari lalu apabila membaca akhbar Uusan Malaysia tentang seorang yang kena tipu dengan salah sebuh Syarikat yang menjalankan sistem kontrak penternakkan.

Dengan bermodalkan RM15,000 anda boleh memiliki 100 ekor lebu. WOW! Tawaran yang amat menakjubkan. Yang lagi bestnya tu ia di sokong oleh Medec. Lagilah bertambah yakin orang.

Tapi hakikatnya lepas bagi RM15,000, sehingga pelanggan tersebut membuat laporan polis beliau masih tak nampak lembunya walaupun seekor.

Apa yang menjadi pengajaran dari cerita ini, ada syarikat yang mengambil kesempatan dari keghairahan untuk menjana pendapatan tambahan dari penternakkan. Tapi mereka mempergunakan orang yang benar-benar mencari pendapatan tambahan.

Kita perlu mengkaji terlebih dahulu untuk memastikan syarikat yang menawarkan perkara sebegini wujud. Semak mana ladangnya, semak dengan kengkawan pernah tak mereka jumpa projek ni. Siapa pemiliknya. Semak pendaftaran syarikatnya.

Sebab jika tersalah melabur, silap-silap leburlah wang kita.

Sebenarnya tiada yang mudah untuk menjadi JUTAWAN dalam dunia penternakkan, cuma kena kerja kuat, bersungguh dan berdoa. Mentor saya yang memiliki 4 ekor kambing dan kini dah ada 1000 ekor kambing kalau di kalikan dengan RM600 setiap seekor beliau dah ada RM600,000 dah hampir jutawan dah. Tapi bukan sehari dua untuk mencapai angka tersebut, beliau mengambil masa 7 tahun untuk berjaya.

Bagi pandangan saya untuk melabur kita kenalah cari asas yang sebenar dan kalau boleh buatlah sendiri walaupun 2 ekor kita bermula pasti segala usaha akan mendatangkan hasilnya.

KEARAH JUTAWAN PENTERNAK KAMBING.

Selamat Menjadi Jutawan.

3 ulasan:

Naz berkata...

15K untuk 100 lembu?? Hehehee... Compom yg join tu x reti maths. Atau ayat penganjur tu power sangat dan ditambah disokong Medec (konon2nya). Criter jiran aku pulak lebih kurang sama, tp pasal ternak lintah. Dia lebur Rm6,7K lebih kurang.

Kalau ada ikan sudah tentu ada pemancing. Biasanya yang jadi ikan tu ada sifat nak kaya cepat (maaf jika ada yang terasa). Bila si pemancing dapat lubuk, apa lagi... diletaknya umpan yang lazat berkrim sampai ikan2 yang lapaq x sabar2 nak catuk. Bila dan kena... jeng3x...

Ikan2 yang lain cuma memandang. Si pemancing letak lagi umpan yang lain. Agak2 mengena lagi tak? Aku yakin tentu mengena lagi pasal ikan2 yang lain tu pun lapaq juger. Mana depa tahu dalam umpan tu ada mata kail.

Begitulah sifat manusia, kurang sabar, kurang teliti dan kurang arif tentang apa yang mereka nak buat. Akhirnya kekurangan tu sendiri yang buat mereka gigit jari... Kesiankan??? Ada yang tergadai segala2nya.

*Wat masa ni, aku cuma ternak blog. Nak ternak binatang tu bila sampai seru baru aku jumper ko, nak mintak nasihat.

Penternak Kambing berkata...

Ya lah Naz nak buat macam mana ramai yang nak jadi kaya cepat tanpa usaha.

Kalau nak ternak blog pun kena usaha. Tapi diaorang tak fikir kos tak ada, cuma masa untuk menulis dan perah idea untuk tulis. Tapi kalau tau caranya tak susah kan bro. Bulan ni income dari blog kau dah cecah USD500 ke?? He...He... aku dalam USD50 aje.... yalah tak macam kau agressive.....

Naz berkata...

Buat biz via blog ni boleh jadi free dan boleh jadi pakai modai sket. Yang nyatanya kosnya masih lagi murah klo nak dibanding ngan kos offline biz. Tp, biasalah... aku still pakai lg yg pree.

Earning bulan ni ok2 jer. Nak tunggu 28hb ni gaji dr depa. Jng ada invalid click udah ler... Tak memasal ac aku kena banded.

Actually apa saja mender yg kita nak wat kena ada ghairah. Bukan ghairah 18sx tu... Tp ghairah bekerja. Tak kira kerja makan gaji atau bekerja sendiri, keghairahan bekerja kena ada. Biasanya kita akan ghairah kalau melakukan perkara2 yang kita suka. Jadi kita boleh pancing keghairahan tu dengan melakukan apa yang kita paling2 suka nak wat.

Hasilnya... biasanya kita akan lebih suksess dan sebagai bonus, kita akan merasa puas kerana melakukan sesuatu kerja itu dng sempurna. Kepuasan itu tidak boleh dijual beli kerana ianya tidak terdapat dimana2 kecuali dlm diri kita sendiri.

Nak kata aku aggressive tu la kot. Pasal aku pun ikut mood. Kalo mood ok, baru on. Kalo x der mood, 1 mender pun aku maleh nak wat. Tido lg best...heheheee...

Memang sekarang ramai org tau boleh wat side income pakai blog. Kalo x, masakan RahsiaBlogger laris di pasaran macam pisang panas. Tapi, berapa kerat yang berjaya? Masalahnya cuma 1 jer. Masalah 'sikap' dan 'motivasi' dlm diri masing2. Kita ni kan hidup kat Malaysia bumi tercinta. Ada subsidi tu, subsidi ni... Jadi mungkin pasal tu depa maleh nak rebut peluang yang terbuka luas baik di internet atau sebaliknya. Cuba kalo depa jadi Bangla atau Indon dan mai negara kita... Aku fikir mesti mereka akan rajin serajin2nya macam wak maintenance kat taman prumahan aku ni... heh...