Sabtu, 31 Januari 2009

Ibu Kambing Bunting

Salam Sejahtera,

Memang seronok bila dengar kambing dah bunting. Ya lah apa tak seronoknya kandang kita akan bertambah anggota keluarganya.

Biasanya bila kambing telah dikahwinkan dengan jantan, maka kambing tu pun akan bunting. Tempoh purata dianggarkan adalah selama 145 ke 150 hari atau lebih kurang 4 ke 5 bulan.

Jadi kambing ni boleh beranak hampir 3 kali setahun dan 50% kembar 2, ada yang beranak sekali empat ekor, itu rezekilah.

Ibu yang bunting ni elok diasingkan dengan kambing lain especilly kambing betina yang lain sebab ada diantara mereka yang jelous.

Kalau boleh berilah makanan yang secukupnya sebab kambing ni makan untuk anak dalam kandungan sekali. Pastikan air minuman bersih. Berikan multivitamin untuk menguatkan tenaga ibu kambing.

Bagi mereka yang mengamalkan sistem lepas dalam kawasan, saya nasihatkan pantau kambing yang bunting ni apabila dilepaskan dipadang yang luas kerana pada ketika inilah adakalanya kambing lain cuba menanduk atau berlaga sesama mereka.

Ini pengalaman saya apabila kambing bunting cuba ditanduk kambing jantan, jadi waktu lepas ke kawasan lapang saya tambat kambing jantan ni supaya tidak begitu bebas sangat.

Sesekali kambing bunting ni kena juga lepas di kawasan lapang untuk senaman, jadi senanglah nanti bila nak beranak. Ya! macam manusia juga kena jalan banyak-banyak supaya mudah bersalin nanti.

Pemeriksaan dengan kaedah rabaan juga perlu dibuat terhadap kambing yang bunting ni supaya kita dapat kesan dengan cepat jika berlakunya sebarang penyakit yang berkaitan dengan kulit dan lain-lain.

Ohh ya terlupa juga nak cerita, kaedah pengasingan juga membantu kita mengenal pasti jika kambing tadi mengalamai cirit birit atau terdapat cacing dalam perutnya, kebiasaannya ini jarang berlaku. Tapi pengawasan penting untuk mencegah dari berlaku.

Begitulah pengawasan dan penjagaan kambing bunting. Untuk maklumat tentang ubat atau multivitamin anda dinasihatkan menghubungi Pegawai perubatan Jabatan Haiwan Daerah untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang perkara tersebut.

Pencegahan adalah lebih baik dari mengubati.

Minggu depan persediaan untuk ibu kambing beranak.

Jumpa lagi

=====================================================
RahsiaKambing.com
Ebook Panduan Penternakkan yang lengkap dan dipenuhi dengan
gambar-gambar yang menarik. Dapatkan hari ini.
=====================================================

Tiada ulasan: