Ahad, 30 Disember 2007

Anak Kambing Bermasalah?

Apa masalah anak kambing ni?
Tahinya jadi kekuningan dan lekit...memanglah nampak kotor tapi sebagai penternak kita perlu tahu masalah anak kambing yang baru di lahirkan dan apa masalahnya.

Dah diselidik dan minta pandangan beberapa pakar, perkara ni benda biasa aje, sebab anak ni baru lahir jadi mungkin ada lagi saki baki makanan sewaktu dalam perut dulu masih belum keluar sepenuhnya. Itu yang saya difahamkan.
Tahinya pelik sikit sebab dia macam gam getah dunlop....lekit dan kena basuh dengan air suam, tarik pelahan supaya kambing tak sakit.
Basuh bersih...kambing ni tak macam kambing lain diam aje monyok aje tak aktif.

Jangan takut kepada bakal penternak, ini perkara biasa dan perlu kita lalui sebagai penternak, macam perah susu kali pertamalah....

"Selangkah menjadi jutawan"

Selasa, 25 Disember 2007

Kuasa Matlamat

Terima kasih kepada rakan yang telah mengirimkan email kepada saya untuk mengetahui kuasa matlamat.

Sebenarnya dalam kehidupan harian kita telah menggunakan kuasa ini. Cuba kita renungkan sejenak, bila kita nak tidur kita akan fikir...esok aku nak gi sekolah, ada kelas jasmani lepas tu petang ada kelas pertukangan, seronoknya esok.
Tapi keesokan hari cuaca kurang baik hari hujan kelas jasmani di batalkan dan petang pulak ada kebakaran kelas pertukangan di batalkan.

Ini merupakan perancangan yang kita buat untuk hari esok dan seterusnya.

Ibu bapa kita sering berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh hingga boleh masuk Universiti, lepas tu dapat kerja elok, pakai kereta besar, bergaji besar duduk bilik aircond dan lain-lain. Jadi kita pun belajar bersungguh2 untuk tidak menghampakan mereka, lepas tamat agak sukar untuk mendapat pekerjaan.

Ini senario biasa dalam kehidupan.

Bila kita dah kerja syarikat telah menetapkan hala tuju syarikat dengan Visi dan Misi, untuk mencapai objektif dan matlamat syarikat.

Begitu jugalah kita sebagai penternak perlu ada matlamat untuk menternak. Pada mulanya saya menternak dengan 6 ekor pada bulan Julai 2007 dan kini saya telah memiliki 15 ekor kambing dan matlamat saya sehingga bulan Jun 2008 saya perlu memiliki 30 ekor kambing. Itulah matlamat saya.

Untuk menetapkan matlamat ada lima perkara yang perlu di beri perhatian iaitu:

Khusus

Setiap matlamat yang hendak anda tulis atau buat perlulah khusus. Seperti saya ingin mendapatkan 20 ekor kambing. Jadi matlamat anda khusus.

Boleh diukur

Matlamat perlu ada sesuatu kayu pengukur seperti " Saya perlu memperolehi 30 ekor kambing hasil dari ternakan kini 15 ekor dalam tahun 2008".

Boleh di capai

Matlamat anda boleh dicapai, nak dapat 30 ekor kambing 2008.

Berkaitan

Matlamat anda perlu berkaitan dengan pekara yang anda lakukan kini. Jika ternak kambing matlmat kena berkaitan dengan kambing dan lain-lain.

Tempoh masa

Setiap matlamat perlu ada tempoh masa yang ditetapkan supaya ia menjadi garis panduan kepada kita untuk berjaya.

Contoh matlamat adalah seperti berikut

"Saya ingin memperolehi 30 ekor kambing pada bulan Julai 2008 dengan hasil ternakan sebanyak 15 pada tahun 2007.

Kuasa matlamat amat kuat. Mengikut Azizi Ali penulis buku jutawan yang terkenal, matlamat perlu di tulis dan di letakkan di tempat yang boleh dilihat supaya tiap-tiap hari anda melihat matlamat anda. Sebelum tidur adalah waktu yang amat baik jika dapat melihat, membaca dan mengamati matlamat anda kerana minda bawah sedar akan memberi sesuatu keajaiban kepada anda supaa fokus kepada matlamat anda.

Saya juga ada terbaca beberapa rencana dimana Warren Buffet, diantara orang terkaya dunia juga menulis matlamat dan melihatnya setiap hari.

Sempena tahun baru ni fikir2kanlah apa matlamat anda dan tetapkannya, tulis dan tatapkannya setiap hari, cuba buat hari ini dan beritahu saya pada bulan Jun 2008 nanti.

"Selamat Tahun baru 2008"

Selangkah menjadi jutawan

Rabu, 19 Disember 2007

Kaprima Livestock Sdn. Bhd.

Semalam (19 Disember 2007) terbaca kisah Kaprima Livestock Sdn. Bhd. yang diusahakan oleh Encik Jasmin Bin Jasin yang merupakan seorang pembantu Veterinar Kanan selama 20 dan bersara awal untuk mengejar impian dan cita-cita beliau.
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah mengusahakan penternakan lembu dan kambing serta baja organik. Bermula pada tahun 2002 dengan baka 400 ekor ibu dan anak diatas tanah seluas 1 hektar.
Apa yang menarik disini beliau telah menceburi bidang ini selama hampir 6 tahun, ia jika kita kaji dan lihat kebanyakan penternak akan mengambil masa antara 5 ke 7 tahun untuk berjaya menjadi penternak jaya. Tapi mesti ada kesungguhan.
Walaupun Encik Jasmin seorang pembantu Veterinar, tapi beliau telah mengambil risiko untuk bersara awal dan mengejar impian dan cita-citanya. Jawatan akhirnya mungkin satu kelebihan tapi dia tetap menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan haiwan, pertanian dan Mara untuk mendapatkan pelbagai input bagi meningkatkan pengetahuan beliau.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cerita dan aktiviti Kaprima Livestock Sdn. Bhd boleh layari di http://kaprimaprime.com.my
Kita jadikanlah kejayaan beliau sebagai pendorong unuk kita terus maju.
“Pertanian adalah perniagaan”

Selangkah menjadi jutawan

Cacat penglihatan juga boleh berjaya jika mahu

Beberapa hari yang lalu saya tertarik membaca Utusan Malaysia, bertajuk "Lelaki buta cekal usaha tanam cendawan" tulisan Tuan Nazurin Tuan Ismail.

Bila saya baca betapa bersungguhnya seorang yang hanya nampak kegelapan tetapi berjaya dengan usaha sendiri dan tidak memilih untuk hanya meminta derma dan simpati orang lain.

berikut adalah artikel berkaitan dengannya:

“KERJA sebagai peminta sedekah hanya sedap di mata, tetapi sakit di hati,” kata Amat Tamsir Busra, yang cacat penglihatan, tetapi berjaya membuktikan kekurangan itu bukan halangan untuk menjadi petani berjaya bagi menyara hidupnya dan keluarga. Amat atau lebih mesra dipanggil Haji Mat, 58, adalah orang kurang upaya (OKU) tunggal di negara ini yang menceburi bidang pertanian dengan menjadikan tanaman cendawan tiram sebagai punca pendapatan sejak 20 tahun lalu. Beliau yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor sanggup menempuh pelbagai onak dan duri dan bergolok bergadai jika keadaan memerlukan bagi memastikan cita-citanya mengusahakan tanaman cendawan menjadi kenyataan daripada mengharapkan simpati orang lain.

Amat pernah mendapat latihan pertanian di Taman Harapan, Temerloh, Pahang, selama tiga tahun dan pernah mengusahakan tanaman sayuran, menternak ayam dan mengusahakan kantin sekolah selama dua tahun. Beliau mengusahakan tanaman cendawan sejak 1987 dengan bantuan pelbagai agensi kerajaan termasuk Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Pejabat Pertanian Daerah Klang dengan modal permulaan RM700. Amat pada mulanya ragu-ragu untuk memilih sama ada menanam cendawan tiram atau memelihara ikan keli dalam sangkar yang juga menjanjikan pendapatan lumayan.
“Waktu itu saya agak keliru untuk membuat keputusan. Akhirnya saya memilih untuk mengusahakan tanaman cendawan tiram selepas melakukan solat istikharah bagi memohon petunjuk,” katanya yang memperoleh idea menanam cendawan dan memelihara ikan keli selepas mendengar program pertanian di radio. Sejak itu, Amat tidak menoleh ke belakang dan terus mengorak langkah menjadi orang buta tunggal menanam cendawan tiram di negara ini dengan mendirikan dua pondok menempatkan benih cendawan yang ditanam dan membesar. Setiap pondok itu mampu menempatkan kira-kira 4,000 beg plastik hitam dan jika tiada serangan penyakit atau serangga perosak, setiap beg mampu menghasilkan cendawan seberat 300 gram. Walaupun tidak menyatakan dengan tepat pendapatan yang diperoleh sebulan hasil tanaman cendawan tiram, Amat mengaku mampu hidup senang dan cukup untuk menampung kehidupan beliau, isterinya, Norliza Abdullah dan anak tunggal mereka, Mohd Taufik, 6 tahun.
Amat yang cacat penglihatan sejak berumur empat tahun selepas diserang demam panas berkata, beliau tidak mengalami masalah untuk menyediakan tapak semaian cendawan dalam polibeg kerana dianugerahkan deria rasa dan sentuh yang kuat. Setiap hari beliau melakukan sendiri kerja memasukkan serbuk sekam, dedak dan kapur pertanian dalam polibeg, membungkus serta mengikat dan dimasukkan benih cendawan sebelum disusun atas rak dalam pondok. Katanya, semua kerja itu dilakukan sendiri kerana isterinya sibuk dengan tugas harian sebagai guru di sebuah sekolah menengah berdekatan, manakala anak tunggalnya masih kecil. Beliau sebelum ini pernah mengupah seorang pekerja untuk membantunya, tetapi terpaksa diberhentikan kerana tidak puas hati dengan hasil kerja lelaki itu. Amat berkata, cendawan itu perlu dijaga rapi untuk mengelak terkena penyakit dan setiap hari juga beliau menghabiskan banyak masa meneliti setiap polibeg di samping menyiram dengan penyembur air. Cendawan tiram memerlukan dua bulan untuk matang dan Amat menanam mengikut giliran bagi memastikan hasilnya diperoleh setiap masa dan bekalan kepada pelanggan tidak terputus. “Menerusi deria rasa dan sentuhan, saya tahu jika cendawan itu diserang penyakit. Kerja membuang dan mengalihkan polibeg perlu dilakukan segera,” katanya. Beliau bersyukur cendawan tiramnya mendapat permintaan tinggi dan dijual di kedai runcit ahli keluarganya di samping mempunyai pelanggan tetap termasuk di kalangan guru yang menempah menerusi isterinya. Cendawan tiramnya dijual lebih mahal berbanding cendawan lain iaitu RM10 sekilogram kerana menyifatkan cendawannya istimewa dan tidak lekang apabila digoreng. “Cendawan tiram ini tidak menghadapi masalah untuk dijual kerana permintaannya melebihi pengeluaran. Ada ketika, cendawan belum lagi sesuai dipetik kerana masih kecil, tetapi sudah ada yang menempah dalam kuantiti yang banyak,” katanya. Semangat kental yang dibuktikan Amat itu mendorong anak syarikat Johor Corporation, Johor Intrapreneur (M) Berhad menyumbang modal permulaan RM5,000 untuk usahawan tani itu membina lebih banyak pondok yang menempatkan polibeg. Kegigihan beliau turut mendapat perhatian penerbit Tijarah Ramadan di TV1 yang disiarkan Ramadan lalu.
Sumber dari Berita Harian,
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Rencana/20071213224724/Article/

Begitulah cerita orang cacat penglihatan yang mempunyai semangat yang tinggi untuk mengubah ekonomi hidupnya. Bagaimana dengan kita yang cukup sifat sudahkah anda bersedia untuk mengubah ekonomi dan hidup anda?
Tepuk dada tanya selera....


Selangkah menjadi jutawan

Isnin, 10 Disember 2007

Berita Gempar untuk Penternak

Pagi ni tengah memandu ke tempat kerja, terdengar berita dalam radio KLFM, Gempar untuk Penternak.

Apa yang tak gemparnya, berita tetang import makanan yang bernilai hampir 2 billion setahun.

Wow, banyaknya.... rupanya makanan ternakan pun tak cukup untuk menampung ternakan di Malaysia, ini merupakan satu peluang kepada mereka yang memiliki tanah dan pengusaha jagung. Kepada pemilik tanah boleh lah mulakan penananman rumput ternakan untuk dijual kepada penternak. Manakala pengusaha jangung boleh menjual batang tumbuhan tersebut kepada para penternak untuk dijadikan sumber makanan dan silaj untuk ternakan mereka.

Kalau nak tahu macam mana nak buat Silaj boleh layari blog sahabat di Projek Kambing FAD.
Survey tentang silaj ni ada juga yang telah mengusahakan penjualan silaj sebanyak RM10 setong yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Mohamad Jamil Mahidin dan Fatonah Arbain dari syarikat MJ Fatonah Enterprise, lokasi mereka di Kampung Teluk Penyamun, Batang Berjuntai, Selangor. Maklumat lanjut boleh hubungi mereka di 03-78460830, 017-3343800, 012-3343800 . Maklumat ini diperolehi dari Berita Harian Online

Seperti isu saya terdahulu kepada mereka yang menjual rumput ternakan juga boleh berjaya kalau kena gaya dan usahanya. Maklumat lanjut saya tengah jalankan satu projek berkaitan ternakan kambing. Nantikan kemunculannya.

Selamat mencuba.

Selangkah menjadi jutawan

Ahad, 9 Disember 2007

Jutawan Ternak

Fuhh, minggu ni rasa letih sikit melayan karenah anak kambing baru. Penat memang penat tapi rasa puas dan seronok tengok kecomelan anak kambing.

Kepuasan rasa tak terhingga bila kita tengok anak kambing yang baru dilahirkan dengan bulunya yang comel dengan kelahiran baru juga akan menguatkan semangat kita untuk meningkatkan usaha kita, saya dah start berangan nak mula besarkan kandang tapi mungkin Febuari 2008 nanti, buat masa ni dana tak cukup.

InsyaAllah dengan pengumuman menteri asas tani, tentang keperluan negara didalam industri penternakan ini, bertambah semangatlah saya selangkah menjadi jutawan.

Agaknya mereka yang bergelar jutawan ternak sekarang mungkin melalui masa-masa susah dan senang. Yang penting USAHA, DOA dan TAWAKKAL.

Tahun baru makin hampir apa matlamat anda? Hah matlamat tak penting?

Multi Billionaire, seperti Bills Gate, Warren Buffet dan Donal Trump mengatakan matlamat dan objektif amat penting.

Begitu juga jutawan kita, Azizi Ali(Penulis Buku), Irfan Khairi (Jutawan internet), Datuk Tony Fernandez (Air Asia) dan ramai lagi.

Kalau anda ingin tahu betapa besarnya kuasa anda menentukan matlamat, sila emailkan kepada saya di faridsulaiman@gmail.com dangan tajuk: Kuasa Matlamat.

Saya akan menceritakan kalau ramai nak tau.

Sehingga jumpa lagi.

Selangkah menjadi jutawan

Jumaat, 7 Disember 2007

Pemilihan Baka Kambing

Bab baka ni anda perlu berhati-hati kena tanya pada diri sebelum memilih baka kerana kalau tesilap pilih boleh membawa kos yang tinggi.

Matlamat menternak?

Sebelum membeli baka perlu tahu apakah matlamat anda untuk menternak?
Ada yang menternak saja suka-uka sebab tengok orang lain menternak. Ada juga yang menternak di anggap sebagai hobi, dan ada juga menternak sebagai business/ perniagaan.
Matlamat saya menternak adalah untuk mencuba sesuatu yang baru jika berjaya ingin menjadikan ia sebagai punca pendapatan, InsaAllah. Sebab saya tiada pengalaman untuk menternak, jadi kenalah cari pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang ilmu penternakan. Modal pun tak banyak.

Bila anda dah tetapkan matlamat, barulah kita beralih kepada baka. Kalau setakat hobi atau saja suka-suka bolehlah start dengan bela kambing kampong saja, harga pun tak mahal antara RM350 – RM500 seekor. Penjantannya eloklah beli baka besar sikit seperti boer atau jamnapari supaya anak yang diperolehi agak gempal sikit. Kalau macam hobi atau suka-suka anda perlu ingatlah bab makan mungkin tinggi kalau bergantung kepada pallet semata-mata.

Jika yang nak buat perniagaan bolehlah cari baka-baka yang baik seperti boer atau jamnapari sebab baka-baka ni anak kambingnya dalam usia 6 bulan dah boleh jual dan anggaran harga sekor boleh cecah RM600 – RM 850 ikut kg.
Kos makanan akan jimat sebab tempoh penjagaan hanya 6 bulan saja. Badan kambing ni pun 3G (gemuk, gebu dan gempal)

Langkah kedua sebelum membeli baka anda perlu tahu cara memilih baka yang bermutu dan berkualiti. Ciri-ciri baka:

1. Tubuh badan yang tegap
2. Tiada masalah kulit
3. Puting susu (betina) / zakar dan telur (jantan) ok keadaan baik tiada masalah atau penyakit.

Setelah membuat pemilihan …jangan lupa hal pengangkutan dan permit jabatan haiwan, hanya RM10 aje… tapi kadang-kadang tak perlu…untuk keselamatan saya nasihatkan minta permit nanti kena tahan habis dengan kenderaan kena sita.

Bila dah smpai di kandang kalau kambing ni kumpulan pertama ok boleh masuk terus dalam kandang, tapi kalau kandang dah ada kambing kena asingkan dulu untuk sehari dua kalau tak nanti di bergaduh.

Ok… setakat ini saja bab baka, sekarang saya tengah buat satu projek berkaitan kambing akan dimaklumkan nanti.

Selamat mencuba…

Selangkah menjadi jutawan.

Rabu, 5 Disember 2007

Berita Tentang Kambing Boer



Malaysia pengeluar daging boer terbesar

KUALA LANGAT 4 Dis. – Malaysia bakal muncul sebagai pusat pengeluar baka dan daging kambing boer terbesar di rantau ini dan Timur Tengah dalam tempoh 10 tahun lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, sasaran tersebut berdasarkan keputusan kementerian untuk membangunkan kawasan penternakan kambing boer seluas 1,480 hektar di Pondok Tanjung, Taiping, Perak.
Beliau berkata, setakat ini 800 hektar tanah sudah dibersihkan dan 200 hektar daripadanya akan digunakan sebagai ladang nukleus pembiakbakaan kambing boer.
Menurut beliau, tanah bersebelahan ladang nukleus itu akan digunakan untuk pembinaan infrastruktur dan sebahagiannya akan dipecahkan kepada 50 lot (20 hektar satu lot) supaya penternak berpengalaman yang berminat boleh mengambil bahagian dengan pelbagai bantuan daripada kerajaan.
“Sasaran kita apabila ladang itu dibangunkan sepenuhnya, kita boleh menghasilkan 100,000 ekor kambing boer pada satu-satu masa.
“Tapi itu pun tak mencukupi kerana jika mengikut bilangan penduduk, kita memerlukan antara 5 juta hingga 10 juta ekor pada satu-satu masa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Lawatan Kerja ke Daerah Kuala Langat di sini hari ini. Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.Setakat ini kata Muhyiddin, pihaknya telah membawa masuk 100 ekor baka kambing boer dari Afrika Selatan yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Kepada kengkawan penternak dan bakal penternak jangan lepaskan peluang ini kerana kerajaan memerlukan hampir 5 hingga 10 juta ekor kambing dalam satu-satu masa.

Selangkah menjadi jutawan

Rabu, 21 November 2007

Berita Gembira!!

Hari ni seronok dan semangat bila saya dapat tahu kambing dah beranak lagi ....Alhamdullilah...dalam diam tak diam dari 6 ekor kini dah ada 14 ekor yang beranak dari kandang saya ada 5 ekor...

Tak sangka betul cepat rasanya, bila dikenangkan semula masa mula-mula nak buat dulu risau jugak dan takut tapi dengan berbekalkan ilmu penternakan (gi kursus lah...) sikit dan semangat mencuba yang meluap-luap saya beranikan diri untuk buat jugak projek ni.

Tapi tanpa bantuan Ibu dan Isteri yang membantu dan memberi dorongan serta orang kuat di kandang Abang Awang, yang banyak membantu.

Kepada kengkawan yang lain jangan tunggu lagi marilah kita menjadi penternak kambing....

Sekian

Selangkah menjadi jutawan

Selasa, 20 November 2007

Rumput @ Ruminan @ Pastura untuk Kambing Episod 2.

Makanan berbentuk pallet.
Kebiasaan makanan berbentuk pallet adalah terdiri daripada bahan-bahan yang berasaskan sawit yang di campur dengan beberapa bahan nutrian yang lain.
Dengan memberi pallet ini ia dapat mempertingkatkan berat pada kambing tetapi pemberian rumput adalah yang terbaik.
Pallet ini boleh didapati daripada syarikat-syarikat yang membekal makanan ternakan. Harganya adalah dianatara RM28 hingga RM38 satu beg yang beratnya 50 kg. Kalau yang ada modal lebih tu bolehlah bagi kambing makan pallet dan sekali-sekala bagi makan rumput. Kalau nak jimat bagilah rumput atau daun sawit dan sesekali bagilah pallet.

Pallet Biopalma dikeluarkan oleh Felda.

Pemberian pallet ini perlu kerana seperti yang saya katakan tadi pallet
mengandungi vitamin tambahan atau bolehlah kita katakana supplement.
Kos memberi makan pada seekor kambing untuk sehari jika anda memberi makan pallet sahaja dianggarkan sebanyak RM0.25 ke RM0.30 seekor untuk sehari. Maklumat ini berdasarkan kursus dan juga pengalaman saya menternak.

Kereta saya pun jadi mangsa ambil daun sawit

Saya memang gunakan pallet sebab kambing tak banyak lagi dan rumput yang ditanam pun belum matang lagi.

Kos makanan kambing sering menjadi persoalan kepada bakal penternak adalah kos makanan untuk seekor kambing. Ada pelbagai pendapat tetang kos makanan ini kalau kita bijak menggunakan sumber sekeliling dan rajin maka kos makanan akan menjadi amat rendah.

Hariz pun sama membantu angkat daun sawit

Kos makanan penternakan kambing saya pun susah juga nak cerita tapi pada dasarnya saya menggunakan campuran pallet dan bahan-bahan lain.

Bagi mereka yang menyabit rumput, potong daun sawit dan sebagainya mungkin membelanjakan kos yang agak minimum….

Pada blog akan datang saya akan berkongsi pula tentang pemilihan baka kambing.

Ok, jumpa lagi…

Selangkah menjadi jutawan.

Rabu, 31 Oktober 2007

Rumput @ Ruminan @ Pastura untuk Kambing.

Ok kat sini kita mulakan bab menu kambing.
Sebenarnya terdapat pelbagai bahan yang boleh diperolehi untuk makanan kambing diantaranya:

Rumput
Kalau bab rumput ni paling mudah…ada yang kata hah rumput senang dapat, memang senang dapat tapi ada masa ke nak gi potong rumput? Tapi rumput adalah cara yang paling murah dan tiada kos Cuma kena rajin sikitlah.
Kini terdapat pelbagai jenis rumput yang boleh diperolehi seperti
napier, rumput gajah, duri semalu (tapi mulut boleh luka) dan lain-lain lagi jenisnya itu belum dikupas nama saintifiknya. Tapi pada dasarnya adalah dari keluarga RUMPUT.
Biasanya kambing memerlukan 4-5 kg rumput sehari untuk seekor kambing dewasa. Fuhh penat nak memotong rumput…. Saya syorkan cara mudah adalah dengan memanam rumput napier yang mudah ditanam dan mempunyai banyak khasiat. Saya difahamkan rumput ini berharga RM200 ke RM300 yang diisi penuh dalam lori 3 tan (nampaknya rumput pun boleh dijual….he he..yang penting rajin…)
Hah lepas ni sesiapa ada tanah sawah yang banyak kat kampung tu bolehlah pakat-pakat tanam rumput ni.

Daun-daun
Selain daripada rumput terdapat juga daun-daun yang boleh digunakan untuk menambahkan lagi menu makanan kambing diantara daun-daun yang popular adalah daun pisang, daun mengkudu, daun sawit, daun nangka, daun ubi kayu, daun-daun yang bergetah seperti daun pisang, nangka dan ubi kayu anda harus layukan pada matahari diantara 2 hingga 3 jam sebelum diberi makan kepada kambing. Daun pisang merupakan daun yang diminati oleh kambing terutama yang muda kerana ia mempunyai banyak vitamin.

Ok Setakat ni dulu…. Nanti kalau cite bab makanan kambing ni terlalu panjang takut anda boring pulak keluaran akan datang akan saya ceritakan tentang makan yang berasaskan pallet dan makanan tambahan.

So…bila nak mula menternak?? Mulakanlah sekarang.

Selangkah menjadi jutawan.

P/s: Terima kasih kepada rakan-rakan & bakal penternak yang banyak melemparkan pelbagai soalan tentang industryi ini sebahagiannya telah saya jawab dan yang belum tu saya sedang mengusahakannya (dapatkan maklumat dari pakar….) kepada anda yang ingin mengemukakan apa juga masalah berkaitan dengan penternakan kambing sila kemukakan soalan anda ke email faridsulaiman@gmail.com

Ahad, 21 Oktober 2007

Perah Susu Kambing

Inilah pertama kali saya mula memerah susu kambing. Sebelum ni hanya belajar cara teori aje tapi bila ada ibu kambing yang dah kematian anaknya hari tu... jadi kenalah perah susunya kalau tidak ambengnya akan
membengkak.

Inilah pengalaman yang berharga bila kita mula menternak, selama ni dengar orang cakap aje kini dah buat sendiri baru tau...taklah susah sangat cuma caranya kena betul.

Susu ni bila diperah dengan betul barulah kambing akan selesa dan ambengnya tak akan membengkak...macam manusia juga kalau susu banyak dan ak diperah akan menyebabkan sakit pada buah dada....(maaf dalam bab ni saya lebih suka guna ayat terus terang senang untuk anda faham)

Bersama ni ada saya sertakan gambar kambing dan perah susu.....untuk tatapan.

Sebenarnya mudah bila kita dah buat.... baru kita tau susah senangnya. Tapi bila dah buat dan kita lalui semuanya semudah kita makan nasi aje...

Inilah caranya memerah susu kambing...mudah aje....


Yang ibu kambing inilah kematian anaknya...namanya Lat (maaf tiada kena mengena dengan kartunis Dato' Lat, cuma ibu saya yang beri nama semua kambing)


Selamat menternak dan mulakan dari sekarang....

Sekian

Selangkah menjadi jutawan.

Rabu, 26 September 2007

Kambing ku beranak...yeh!

Alhamdulillah, baru 2 bulan menjadi penternak tak rasmi dah dapat empat ekor lagi.

Ini berkat doa semua orang dan menambahkan semangat saya untuk meningkatkan usaha menternak ini.
Jadi saya nak ceritakan pasal kambing beranak ni....tetang bab makanannya kita tangguhkan dulu.

Pada mulanya saya menternak dengan 6 ekor, seekor jantan baka Jamnapari dan 4 ekor kambing kampung. Selepas sebulan lebih, kambing tu beranak (…oh ya masa saya beli tu ada 2 ekor kambing dah bunting). Dapatlah 2 ekor anaknya eekor jantan dan seekor betina.

Dan selepas hampir 2 bulan lebih seekor lagi beranak pada minggu lepas 2 ekornya jantan. Kini dah ada 10 ekor….sebelum dapat anak kambing baru ni saya dah beli tiga ekor lagi so semuanya dah ada 13 ekor kini.

InsyaAllah harapan untuk memperolehi 30 ekor kambing dalam masa setahun dari tarikh mula menternak nampaknya makin hampir pada sasaran.

Ada juga yang saya terbaca dari rakan yang mencadangkan agar membela kambing boer kerana lebih cepat untuk di jual hanya dalam tempoh 6 bulan....rasanya nak jugak mencuba, tapi tengah kumpulkan modal dan mendapatkan info untuk melaksanakan projek ini.

Yang penting kita kena mulakan langkah pertama dengan membuat apa yang patut jangan hanya tunggu dan tengok lepas tu sibuk nak mintak bantuan dari kerajaan.

Bersama ni saya sertakan sekali gambar-gambar anak-anak kambing yang baru lahir, yang lagi 2 ekor lahir pada minggu lepas belum sempat rakam sebab minggu lepas tak sempat balik kampung.






Semoga rakan lain mendoakan kejayaan saya dan juga kejayaan anda juga.

Sekian..jumpa pada siaran akan datang.

Selangkah menjadi jutawan.

Sabtu, 1 September 2007

Kali ni saya masukkan beberapa gambar kandang milik saya….comel aje.

Bolehlah anda dapatkan gambaran tentang kandang kambing ni, tak perlulah canggih sangat kalau kita nak mula menternak. Yang penting kita buat dulu baru kita tau apa masalahnya dan dari situ kita cari jalan untuk mengatasinya…. setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Pandangan hadapan kandang


Bilik-bilik untuk kambing & anak



Inilah kambing saya...hitam dengan Hero

Ini lagi gambar kambing..semuanya ada 6 ekor aje...sikit-sikit lama-lama jadi bukit..he..he..

Ok pada blog yang akan datang saya akan ceritakan pasal bab makanan pulak. Makanan amat penting untuk tumbesaran kambing dan memastikan kambing sihat dan 3G (gemuk gempal dan gebu)

Kambing kalau dijaga makanannya dengan baik akan meningkatkan kualiti kambing berkenaan dan mengurangkan wabak penyakit.

Pada anda yang ingin mendapatkan maklumat terbaru dan berkongsi pengalaman sila email saya di faridsulaiman@gmail.com dengan tajuk info ternak.

Pada mereka yang masih ragu-ragu….nah mulakan impian untuk menternak dari sekarang. Jangan tunggu lagi, rajin-rajinlah balik kampong dan terokailah dunia penternakan ini.

Selangkah menjadi jutawan.

Sabtu, 18 Ogos 2007

Kandang Episod 2

Hah....
Seperti yang dijanjikan inilah antara gambar-gambar kandang milik saya (kecik aje….) dan rakan saya, jaraknya selang sebuah rumah aje…
Inilah kandang saya
Dua minggu lepas saya sempat balik kampung, lepak ngan jiran saya sembang pasal kematian ank kambing dia….dia kata anak kambing tu mungkin tak cukup bulan…baka boer kacuk kampung…sayangnya…tapi dah tak ada rezeki.

Kandang jiran saya.
Setakat ni dia dah ada lebih 20 ekor tapi semuanya masih kecil dan dara lagi.

Tapi bagi penternak ini merupakan lumrah, ada kalanya dapat anak tak sampai beberapa hari mati…ada tengah bunting pun mati. Tapi ini Semua ujian….bagi kesabaran kita untuk bergelar penternak dan pengusaha. “Bukan senang nak jadi senang”.

Disini juga saya nak kongsi beberapa tips untuk membina kandang. Saya akui saya bukanlah pakar membina kandang atau penternak yang berjaya tapi dari pemerhatian, perkongsian ilmu bersama rakan-rakan, kajian di laman web dan juga pengalaman saya rasa elok kita kongsi tentang tips untuk membina kandang.

1. Kayu Second hand @ terpakai.

- Kedai yang menjual. Survey harga
- Orang yang nak jual rumah, dengan cara ni pun boleh dapat kurangkan
kos kandang.
- Tapak industri/ kaws. perumahan, yang ini kalau rajin bertanya dengan
tauke projek dapatlah....

2. Upah tukang buat kandang.

- Tanya orang-orang yang dah menggunakan perkhidmatan mereka,
dapatkan pandangan mereka.
- Pergi tengok kandang yang pernah mereka buat.
- Bayar secara beransur@ progress fees, bukan apa ramai jugak kengkawan
mengadu tetang tukang buat kandang ni...bila dah dapat duit mula buat
hal...tapi tak semua macam tu...

3. Buat bilik untuk kambing. Bagi persediaan dan pengasingan kambing yang nak melahirkan dan kambing yang bermasalah.

4. Pastikan juga bekalan air bersih mudah didapati...kalau nak senang
buatlah paip air ke kandang...saya hampir habis RM500 untuk sambung
paip dan elekrik...bekalan elektrik bukannya apa mudah kalau ada apa-
apa hal tengah malam.
5. Sapukan minyak enjin terpakai yang dicampurkan dengan diesel dilantai
dan tiang ini bertujuan untuk mengelakkan kambing mengigit kayu
berkenaan. (Terima kasih kepada cikgu Halim dan isteri yang bagi tips
ni.)

Setakat ni dulu buat kali ni ....akan datang kita kongsi lagi tetang pembinaan kandang.
So...jangan tunggu lagi mulalah buat kandang....takkan nak tunggu arkitek luluskan plan kot...he...he
Selangkah menjadi jutawan.....

Ladang Kuala Nerang

Saya tertariki dengan artikel dalam The Star hari ni tetang kegigihan Datin Razmah Kassim dan suami Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Bukan setakat ladang ternakan kambing aje, buah naga (dragon fruit) serta cendawan....kalau ada peluang nak jugak pergi tengok.
Datin Razmah juga telah dianugerahkan Penternak dan Peladang Jaya 2000 peringkat Negeri.

Mereka ni dah pernah duduk Amerika hampir 15 tahun, lepas tu balik Malaysia terus buat projek ni kot....

Tapi saya tertarik dengan ketekunan mereka sebab 12 tahun do buat kerja ni....bukan satu jangka masa yang singkat untuk kita bejaya...

Harap saya boleh success juga satu hari nanti...

Untuk berita lanjut tentang pasangan ni bolehlah layari di sini http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2007/8/16/north/18473791&sec=north

Selasa, 7 Ogos 2007

Kandang Kambing

Fuhhh, kini kita masuk bab bincang tentang membina kandang...

Ramai yang berpendapat nak bina kandang memakan belanja yang besar. Memang betul kalau besar kandangnya besarlah duitnya...he...he...

Ibu kata ada juga orang yang membina kandang kambing tanpa dirancang dengan teliti akhirnya...kandang siap kambing tak masuk lagi....sebab modal dah habis buat kandang.

Pertama apabila kita bincang bab membina kandang kita kena rancang dengan teliti walaupun kambing hanya 2 hingga 10 ekor...perlu dirancang. Fikirkan terlebih dahulu berapa ekor yang perlu anda bela atau ternak.

Saya memulakan dengan 6 ekor kambing 1 jantan baka Jamnapari dan 5 kambing betina baka kampung.
Dengan bilangan 6 ekor itu saya telah membina kandang berukuran 15 x 20 kaki. Dengan dua ruang iaitu 10x10 kaki dan 5 kaki sebagai laluan.

Dengan kadar keluasan kandang ini ia boleh memuatkan 20 ekor kambing...tapi agak padat jugaklah.
Tapi bila bilangan kambing dah bertambah barulah boleh besarkan kandang. Yang penting matlamat untuk menjadi penternak dah pun bermula.

Keduanya tempat kandang itu dibina. Perlu diberikan perhatian, sebaik-baiknya biarlah berdekatan dengan rumah (maksud saya jika ada apa-apa hal bolehlah pergi jenguk). Jika dekat rumah maka lain-lain kemudahan seperti bekalan air, elektrik, tempat menyimpan dan lain-lain lagi yang telah tersedia.

Ketiganya tentang keselamatan kandang maksud saya bukanlah kena ada CCTV atau pak guard pulak. Kandang anda perlu berada di zon selamat daripada binatang berbisa seperti ular dan tidak dilupakan manusia...(pencurilah) tak semua fikir perkara ini tapi kena ambil perhatian juga, jangan ambil mudah.

Petang tadi saya dapat berita jiran saya yang sama-sama menternak, kambingnya dah beranak 2 ekor tapi disebabkan jiran saya tu tak tinggal di situ so di pendekkan cerita...kambing tersebut telah beranak tengah malam bila jiran saya datang keesokan harinya 2 ekor anak kambing tu dah pun mati mungkin disebabkan terpijak atau lemas saya turut bersimpati. Sekurang-kurangnya ia merupakan satu pengalaman bagi dia dan saya.

Akan datang saya akan sambung tentang bina kandang kambing dengan kos yang murah...jiran saya telah membina kandang 20 x 50 kaki dengan kos dibawah RM10,000 (tidak termasuk upah) Huh? macam mana?? Pada akan datang juga saya akan tunjukkan kandang saya yang comel...untuk permulaan.

Selangkah menjadi jutawan.....

Isnin, 6 Ogos 2007

Kogsi Pengalaman

Ramai yang telah menceburkan diri dibidang pertanian dan penternakan sejak akhir ini. Memang pulangannya amat lumayan dan ada juga yang telah bergelar jutawan tani.

Ramai juga yang telah menerokai dunia pertanian dan penternakan ini dan tak semua yang berjaya, hanya mereka yang bersungguh-sungguh yang akan berjaya itu memang lumrah.

Saya terpanggil dengan tulisan blog-blog rakan yang lain. Bercerita, berkongsi pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang di ceburi secara tidak langsung memberi galakan dan cabaran kepada mereka yang masih berbelah bagi untuk berbudi kepada tanah (termasuklah menternak). Walaupun sesetengahnya masih baru dan belum boleh bergelar jutawan tetapi langkah kearah jutawan telah dimulakan.....

Saya pun ada cita-cita nak jadi jutawan, tapi perancangan perlu dilaksanakan dengan teliti.

Disini saya ingin bercerita dan berkongsi pengalaman saya dalam penternakan kambing, yang sering menjadi tumpuan pada masa kini.

Pada mulanya saya kurang yakin dengan kemampuan diri untuk menjadi penternak.

" Nak berenti kerja? Jangan....fikir habis-habis dulu..."

" Kau nak bela kambing....dah ramai buat kat mana kau nak jual nanti?"

"Siapa yang nak jaga? Kau kat KL....ada masa ke?"

Memang inilah yang menjadi penghalang utama jika minda kita di halang dengan perkara yang negetive, tanpa mencba terlebih dahulu.

Bulan Mac 2007, saya beranikan diri menghadiri kursus (bayar sendiri) di Bukit Payong, Alor Gajah, Melaka yang di anjurkan oleh Cikgu Halim Ab Jalil bersama isterinya. Mereka bermula dari 4 ekor dengan hanya menggunakan reban ayam sebagai kandang dan hingga mempunyai 500 ekor dan yang terkini mereka merancang untuk menternak 1,000 ekor kambing kandang dah mula bina kini dalam proses nak masukkan kambing.(fuhhh kalau cerita pasal permulaan Cikgu Halim ni mungkin tak cukup...nanti saya ceritakan bila dah dapat kebenaran...he...he)

Bulan Mac telah berlalu, begitu juga bulan April, Mei dan Jun tapi langkah pertama masih tak nampak lagi....akhirnya...dengan berkat doa ibu, isteri serta kaum keluarga 16 Jun 2007 bermulalah Cerita Penternak.

Langkah pertama.... kandang oh kandang......

Saya akan ceritakan tentang bina kandang pada cerita akan datang.....ok


Selangkah menjadi jutawan.....

Powered By Blogger