Makanan berbentuk pallet.
Kebiasaan makanan berbentuk pallet adalah terdiri daripada bahan-bahan yang berasaskan sawit yang di campur dengan beberapa bahan nutrian yang lain.
Dengan memberi pallet ini ia dapat mempertingkatkan berat pada kambing tetapi pemberian rumput adalah yang terbaik.
Pallet ini boleh didapati daripada syarikat-syarikat yang membekal makanan ternakan. Harganya adalah dianatara RM28 hingga RM38 satu beg yang beratnya 50 kg. Kalau yang ada modal lebih tu bolehlah bagi kambing makan pallet dan sekali-sekala bagi makan rumput. Kalau nak jimat bagilah rumput atau daun sawit dan sesekali bagilah pallet.
Pallet Biopalma dikeluarkan oleh Felda.
Pemberian pallet ini perlu kerana seperti yang saya katakan tadi pallet
mengandungi vitamin tambahan atau bolehlah kita katakana supplement.
Kos memberi makan pada seekor kambing untuk sehari jika anda memberi makan pallet sahaja dianggarkan sebanyak RM0.25 ke RM0.30 seekor untuk sehari. Maklumat ini berdasarkan kursus dan juga pengalaman saya menternak.
Kereta saya pun jadi mangsa ambil daun sawit
Saya memang gunakan pallet sebab kambing tak banyak lagi dan rumput yang ditanam pun belum matang lagi.Kos makanan kambing sering menjadi persoalan kepada bakal penternak adalah kos makanan untuk seekor kambing. Ada pelbagai pendapat tetang kos makanan ini kalau kita bijak menggunakan sumber sekeliling dan rajin maka kos makanan akan menjadi amat rendah.
Kos makanan penternakan kambing saya pun susah juga nak cerita tapi pada dasarnya saya menggunakan campuran pallet dan bahan-bahan lain.
Bagi mereka yang menyabit rumput, potong daun sawit dan sebagainya mungkin membelanjakan kos yang agak minimum….
Pada blog akan datang saya akan berkongsi pula tentang pemilihan baka kambing.
Ok, jumpa lagi…
Selangkah menjadi jutawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan