Fuhhh, kini kita masuk bab bincang tentang membina kandang...
Ramai yang berpendapat nak bina kandang memakan belanja yang besar. Memang betul kalau besar kandangnya besarlah duitnya...he...he...
Ibu kata ada juga orang yang membina kandang kambing tanpa dirancang dengan teliti akhirnya...kandang siap kambing tak masuk lagi....sebab modal dah habis buat kandang.
Pertama apabila kita bincang bab membina kandang kita kena rancang dengan teliti walaupun kambing hanya 2 hingga 10 ekor...perlu dirancang. Fikirkan terlebih dahulu berapa ekor yang perlu anda bela atau ternak.
Saya memulakan dengan 6 ekor kambing 1 jantan baka Jamnapari dan 5 kambing betina baka kampung.
Dengan bilangan 6 ekor itu saya telah membina kandang berukuran 15 x 20 kaki. Dengan dua ruang iaitu 10x10 kaki dan 5 kaki sebagai laluan.
Dengan kadar keluasan kandang ini ia boleh memuatkan 20 ekor kambing...tapi agak padat jugaklah.
Tapi bila bilangan kambing dah bertambah barulah boleh besarkan kandang. Yang penting matlamat untuk menjadi penternak dah pun bermula.
Keduanya tempat kandang itu dibina. Perlu diberikan perhatian, sebaik-baiknya biarlah berdekatan dengan rumah (maksud saya jika ada apa-apa hal bolehlah pergi jenguk). Jika dekat rumah maka lain-lain kemudahan seperti bekalan air, elektrik, tempat menyimpan dan lain-lain lagi yang telah tersedia.
Ketiganya tentang keselamatan kandang maksud saya bukanlah kena ada CCTV atau pak guard pulak. Kandang anda perlu berada di zon selamat daripada binatang berbisa seperti ular dan tidak dilupakan manusia...(pencurilah) tak semua fikir perkara ini tapi kena ambil perhatian juga, jangan ambil mudah.
Petang tadi saya dapat berita jiran saya yang sama-sama menternak, kambingnya dah beranak 2 ekor tapi disebabkan jiran saya tu tak tinggal di situ so di pendekkan cerita...kambing tersebut telah beranak tengah malam bila jiran saya datang keesokan harinya 2 ekor anak kambing tu dah pun mati mungkin disebabkan terpijak atau lemas saya turut bersimpati. Sekurang-kurangnya ia merupakan satu pengalaman bagi dia dan saya.
Akan datang saya akan sambung tentang bina kandang kambing dengan kos yang murah...jiran saya telah membina kandang 20 x 50 kaki dengan kos dibawah RM10,000 (tidak termasuk upah) Huh? macam mana?? Pada akan datang juga saya akan tunjukkan kandang saya yang comel...untuk permulaan.
Selangkah menjadi jutawan.....
Selasa, 7 Ogos 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan