Selasa, 6 Mei 2008

Pemilihan Baka perlu teliti

Salam sejahtera,
Bagaimana cuti hujung minggu anda ang lalu? Seronok dapat berehat di hujung minggu bersama kelurga, awal bulan pulak tu gaji pun dah masuk kantung pun tengah penuh...he...he
Bagi saya lain pula ceritanya, cuti hujung minggu macam biasalah bagi saya lepak kat kandang aje, minggu ni lagi letih sebab pergi survey kandang kambing orang, ialah nak cari baka penjantan gantikan Shahrukhan yang terpaksa disembelih kerana sakit batu karang....tak ingat ke?? Hai mudahnya lupa...saya yang belum baca tentang Shahrukhan boleh baca disini.










Hampir 3 ladang saya lawat, pertama terletak di Melaka Pindah. Saya tabik dengan budak ni baru usia 28 tahun dah ada hampir 100 ekor kambing dan lebih kurang 20 ekor lembu. So banyak juga ilmu saya dapat dari dia ni....ohhh lupa nak kenalkan nama dia Mahathir. Dah hampir 5 tahun ternak kambing, mulanya tolong bapa saudara di area Sungai Buaya, Selangor lepas tu belajar dekat pusat ternakan di Kluang, lepas tu jadi tauke..... itulah bukan senang nak jadi senang kan?

Kambingnya terdiri daripada Boer, Jamnapari, Ferrell dan sudah semestinya kambing Katjang @ kampung.

So apa yang menarik sewaktu lawatan saya Mahathir tengah bagi ternakannya makan rumput napier yang telah di mesin. alkisahnya rumput itu dibeli dengan harga RM5 yang diisi dalam guni pallet. Wah betul juga jangkaan saya kalau tak nak ternak kambing bela aje rumput lepas tu jual. Fuhh kalau ikut cerita Mahathir dia memerlukan 20 karung rumput berkenaan, 20 guni x RM5=RM100 itu untuk 1 hari x 30 hari =RM3000.
Wah jual rumput pun boleh jadi jutawan macam ni....ha...ha
Yang penting usaha, sabar dan jangan putus asa.
Ok yang lagi 2 tempat yang saya pergi survey akan saya ceritakan pada blog yang akan datang. Nanti semuanya erita sekali tak bestlah.... Sembilu kasih pun ada sambungan....ha...ha...


Selangkah Menjadi jutawan

Sudahkah anda mendapatkan ebook RAHSIA KAMBING? Dapatkannya hari ini.

Tiada ulasan:

Powered By Blogger