Rabu, 30 April 2008

Hadiah Kambing jadi Business

Salam sejahtera,

Dah nak masuk bulan Mei pada tahun ni, berapa ekor kambing telah anda miliki sehingga kini?
Saya sudah berkurangan 13 ekor sedia ada, 1 dijual, 1 ekor terpaksa disembelih. Dan petang tadi ibu saya telefon dua ekor anak kambing yang baru lahir pun mati. Nampaknya tak ada rezeki. Malah kambing yang sama mengalami keguguran pada hujng tahun lepas. Itulah dugaannya.

Saya terselak sisipan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25 April 2008, ya dah hampir seminggu lalu, maklumlah minggu lepas sibuk sangat berada di Sarawak ada tugasan.

Apa yang menarik tentang penternak ini beliau adalah seorang pengurus projek kanan di salah sebuah syarikat kontraktor. Beliau bernama En. Hamidon Thambi. Keluarga beliau memang dah lama berkecimpung dengan dunia penternakkan lembu.

Malah pada satu ketika keluarga beliau telah menumpukan penternakkan kambing kerana faktor kos yang tinggi untuk menternak lembu.

Ladang ternakannya di Sungai Pelek Sepang Selangor mempunyai 300 ekor terdiri dari baka Jamnapari, Boer dan Saneen. Menurut beliau bidang penternakan ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan perlu ada minat untuk menjadi penternak. Dengan tumbuhnya kandang yang banyak kini dengan permintaan yang tinggi ramai yang berkecimpung dunia penternakan ini tanpa memiliki ilmu pengetahuan tentang penternakan, maka ramailah yang menjadi penternak sekerat jalan.


Oleh itu ilmu penternakan perlu dicari.


Artikel berkenaan boleh dibaca di sini


Selangkah menjadi jutawan






Panas.....

Salam sejahtera,

Alhamdulillah ebook Rahsia Kambing mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan terima kasih saya ucapkan kepada pelanggan yang tidak putus-putus sms kepada saya untuk mendapatkan info tentang Rahsia Kambing ini.
Pagi tadi ada Pak Yan telefon saya dari Korea, wah lama juga bertanya tentang projek kambing ni, dia tak sabar nak melawat kandang saya walaupun kandang saya kecil aje baru 13 ekor, 1 ekor dah di jual 2 ekor mati... dia kata tak apa yang itu lagi bagus...dia nak start dari kecil, kalau besar memerlukan modal yang banyak.

Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang elah memiliki Rahsia Kambing pada mereka yang masih belum memperolehinya sila klik sini.


Selangkah menjadi jutawan.

Isnin, 28 April 2008

Rahsia Kambing....kini dipasaran


Salam sejahtera semua,


Akhirnya sebuah karya dari saya hasil daripada pemerhatian dan pengalaman sendiri yang saya lalui untuk menjadi seorang penternak. Kini saya sampaikan untuk memudahkan kepada mereka yang masih tercari-cari rahsia untuk menjadi seorang penternak.
Walaupun saya masih setahun jagung dalam bidang ini tapi hasrat saya adalah ingin membantu kepada mereka yan memerlukan.

Karya ebook Rahsia Kambing ini terhasil daripada banyaknya pertanyaan dari mereka yang tidak mempunyai pengalaman mahupun pengetahuan.

Buku panduan ini amat sesuai untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang dunia penternakan kambing. Malah saya juga memberi beberapa bonus yang amat bernilai untuk anda gunakan.

Dapatkanlah Rahsia Kambing anda hari ini.

Selangkah menjadi jutawan.

Selasa, 22 April 2008

Rahsia Kambing....


Salam sejahtera,

Terima kasih kepada kengkawan yang menghantar email kepada saya yang bertanyakan tentang iklan Rahsia kambing....akan datang. Pada mulanya nak keluarkan pada 17 April, tapi terpaksa di pinda ke 22 April.


So...kepada kengkawan semua harap bersabarlah untuk mengetahui apakah rahsia kambing yang akan diketahui nanti.


Selamat menternak.


Selangkah kearah Jutawan

Isnin, 21 April 2008

Daging kambing rendah kalori?

Kali ini saya nak kongsi satu artikel yang saya baca, berkaitan dengan jumlah kelostrol yang terdapat pada daging kambing berbanding daging ternakan yang lain.

Berikut adalah sebahagian artikel tersebut, selamat membaca ....
Goat meat, or chevon, is delicious stewed, baked, grilled, barbecued, or made into sausage or jerky. It is low in fat and cholesterol and a flavor somewhat like venison, but does not have a gamey taste. Eaten young, it is similar to prime veal, as the animal matures the meat becomes more like a beef/venison cross. Goat meat is 50-60% lower in fat than similarly prepared beef, but has a similar protein content. USDA has also reported that saturated fat in cooked goat meat is 40% less than that of chicken, even with the skin removed. Out of three exotic meats (venison, rabbit, and goat) sold in New York City, goat is the lowest in cholesterol.
Source: USDA Handbook #8, 1989


1. Goat contain 122 calories compare than beef 245.
2. Goat contain 2.58 grams fat, beef had 16 grams.
3. Both contain a same amount of protien.

Maklumat lanjut tentang artikel ini sila klik sini

Selangkah kearah jutawan

Hilang silih berganti...

Pada tulisan saya yang lalu saya berkongsi dengan anda tentang Shahrukh Khan yang telah disembelih akubat penyakit batu karangnya yang agak kritikal.

Alhamdulilah, anak yang dilahirkan hasil kacukan Shahrukh Khan dan kambing Katjang pada bulan Disember 2007 dan makin membesar dan rangkanya dah lebih kurang sama macam Shahrukh Khan, ibu saya memanggilnya Kajal, sebab emaknya nama Kajol....ha...ha... biasalah orang veteran minat cerita-cerita hindustan.

Jadi buat masa ni tak ada plan nak cari baka penjantan lain memandangkan semua kambing betina yang ada 6 ekor tengah bunting. Jadi tunggulah Kajal ni besar dulu.... ingat usianya 8 bulan ke 1 tahun dah boleh dikahwinkan.
disini ada gambar Kajal.


Selamat menternak.


Selangkah menjadi Jutawan

Selasa, 15 April 2008

Shuhrukh Khan Dalam Memori........

Dalam memori......

Pada hari ni nak kongsi bersama pelawat setia penternak.blogspot ni, kambing penjantan dari baka Jamanapari yang diberikan nama jolokan oleh ibu saya Shuhrukh Khan, terpaksa disembelih pada hari Sabtu 12 April 2008 yang lalu kerana kambing ni mengalamai masalah batu karang yang kritikal.

Sayang memanglah sayang dan tak sangka sama sekali yang kambing ni terpaksa disembelih dalam keadaan sakit, tapi kalau di biarkan lagi sengsara dia.

Walaupun langkah-langkah perubatan seperti memberi ubat Sulphadimidine telah diberikan kepada kambing ini untuk mengatasi masalah ini tapi selepas memberi ubat berkenaan yang sepatutnya boleh mengatasi penyakit ini masih menemui kebuntuan....(dah tulis ikut stail pemberita pula....)

Jadi setelah mendapat khidmat nasihat pakar ( terima kasih bebanyak kepada Dr. Abdul Rashid Baba, Pusat Ternakan Kambing Mardi, Kluang dan juga guru yang mengajar saya yang tak jemu-jemu membantu Cikgu Abd Halim, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka....akhirnya kami mengambil keputusan untuk mengorbankan Shuhrukh Khan.

Dagingnya telah di hadiahkan kepada jiran-jiran terdekat, semoga mendapat keberkatan, Abang Awang (Abang yang membantu menjaga ternakan ini) telah mendapati pundi kencingnya banyak mengandungi pasir dan batu.

Inilah cabaran yang terpaksa di tempuhi oleh setiap penternak walaupun sedih....apa tak sedih ternakan ini manja dan jinak macam kuching jugak dah lama bela....
Walaubagaimanapun ia tidak mematah semangat saya untuk meneruskan usaha menjadi ternak yang berjaya, ini mungkin dugaan yang perlu ditempohi sebelum berjaya.
Selangkah menjadi jutawan


Khamis, 3 April 2008

Rahsia Kambing....akan datang.


Dah Start JUAL

Pada hari Isnin (31 Mac 2008) lalu saya dah start buat jualan kambing pertama saya, walaupun baru satu tapi rasa gembira juga. Saya start jual yang jantan sebab kat kandang jantan dah ada 4 ekor masuk bapaknya dah ada 5 ekor, kalau banyak sangat tak elok jugak sebab diaorang nia asyik bergaduh aja habis dinding kandang kopak-kopak dibuatnya.



Pada mulanya tak nk jual dulu sebab masih muda baru 6 bulan tapi sepupu yang nak beli sangat dan dia nak jadikan kambing tu sebagai baka, dia pun nak mula ternak dengan 3 ekor dulu, Alhamdulillah ada juga sedara yang berminat nak bela, jadi saya jual jugaklah.



Kambing ni baka kacukan dari Jamnapari dan kampung, jadi badannya memang memiliki ciri-ciri 3G (gemuk, gempal dan gebu) itu yang dia asyik kecik nak beli dari saya.



Saya pun juallah....bukan apa ada orang tengah bersemangat nak jadi penternak kita kena sokong. Saya jual dengan harga sedara aje....ialah kalau tak tolong sedara siapa lagi nak tolong. Memang masa saya mula buat projek ni dulu pun ada niat sesiapa yang nak jadi penternak saya akan cuba membantu apa yang terdaya. Kalau ada yang sudi nak tengok kandang saya pun saya alu-alukan. Kita kalau ada ilmu tak boleh kedekut sangat.



Ibu saya pun rasa sedih, menitis jugak air mata dia... yalah kambing yang lahir kat kandang sendiri dan di bela serta dibelai setiap hari. Nama pun ibu yang beri Boby namanya..... saya pun sedih jugak bohonglah kalau tak sedih... tapi inilah lumrah menjadi penternak kambing.



Anda bila lagi nak ternak??



Selangkah menjadi jutawan.

Menteri Pertanian baru Beri Galakan


Tidak sampai sebulan, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed, telah turun padang memberi galakan kepada penternak kambing di Malaysia.

Beliau telah melawat ladang ternakan kambing Boden di Serting Negeri Sembilan. Beliau telah menyarankan tetang uaha bersepadu penternakan kambing perlu dilakukan dengan bersungguh kerana permintaan terhadap daging kambing ini amat tinggi.

Berita Utama TV3 juga telah melaporkan import daging pada tahun 2007 telah mencecah hampir 19 juta.....wow! Banyaknya, itulah sebab kerajaan amat serius dalam penternakan ini supaya duit kita tak banyak keluar negara.

Ladang Boden ini boleh menternak hingga 2,000 ekor dalam satu masa. Ladang ini yang hanya menternak baka Boer telah menunjukkan contoh yang amat baik diatas kejayaannya. Ini menunjukkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memajukan penternakan kambing di Malaysia

Apa tunggu lagi, bila nak jadi penternak kambing boleh buat duit.... kalau rajinlah.... he...he


Selangkah menjadi jutawan

Powered By Blogger