Selasa, 26 Ogos 2008

Nutriblock from Mardi

Salah sejahtera,

Terbaca artikel dari laman web Mardi ingin dikongsikan bersama....(artikel dalam Bahasa Inggeris)


A practical dietary supplement for ruminants. Supply adequate energy, protein, mineral, and vitamins. Specially formulated. Utilizing local feed resources to suit requirements for local animals-

Benefit

Improve appetite.

Overcome imbalances and deficiences.

Increase rate of growth.

Suitable for animals raised under various feeding systems.

Suitable for animals raised under plantation.

Medicated type practical for controlling parasite infection.

Nutritive value (according to specific animal requirement)
Dry matter (%) 90 - 94 Mg (%) 0.16 - 0.26
Energy (cal/g) 2800 - 3600 K (%) 0.60 - 0.90

Crude protein (%) 15.0 - 30.0 Na (%) 1.80 - 7.00
Crude fibre (%) 4.0 - 10.0 S (%) 0.20 - 0.30
Ether extract (%) 0.9 - 1.6 Fe (ppm) 260 - 420
Ash (%) 25.0 - 40.0 Cu (ppm) 4.5 - 13.0
Ca (%) 3.5 - 5.0 Zn (ppm) 25 - 60
P (%) 0.15 - 0.35 Mn (ppm) 45 - 70

Recommended daily intake

Goat and Sheep 80 -120 g
Cattle and Buffalo 600 - 800 g

Compare the following data:

Characteristics Nutriblok Salt Block
Supply energy YES NO
Supply protein YES NO
Supply mineral YES YES
Supply vitamin YES PARTLY
Cost/kg RM 1.90 RM 4.00
Overcome parasite YES NO

sources from MARDI
Selangkah menjadi Jutawan

Ladang Ternakan Kambing Jamnapari di Sarawak

Salam sejahtera,

Hah, macam mana lawatan ke pameran MAHA 2008 lalu ok ke?
Kali ni saya nak kongsi rencana yang saya baca didalam Berita Harian bertajuk Handalas pusat biak Kambing Jamnapari.

Ladang ternakkan seluas 16 hektar yang terletak di Sri Kandong, Jalan Matang/ Lundu dekat Kuching, Sarawak. Telah diusahakan oleh Kassim Mohd Mahruf, sebagai Pengarah Urusan Handalas Sdn. Bhd. pada awal tahun 2005.



Operasi ladang ternakan ini lebih tertumpu kepada pembelian baka Jamnapari dari Indonesia untuk di gemukkan dan kemudian dijual untuk pasaran Sarawak.





Oleh kerana dalam proses pembelian dari Indonesia adakalanya tidak begitu menjadi akibat daripada kematian ternakkan, permintaan yang tinggi akhirnya, En. Kassim telah mempelajari teknik permandian hadas di Indonesia khusus untuk baka Jamnapari yang berasal dari Etawah di negeri Uttar Pradesh, untuk mengembangkan baka kambingnya di Sarawak.



En. Kassim mengakui bahawa Jamnapari ini baka yang tahan lasak dan mempunyai ketahanan yang tinggi untuk melawan penyakit.

Statistik Jabatan Haiwan sehingga tahun 2006, menunjukkan 9,800 ekor kambing dan 603 Penternak berdaftar telah direkodkan.



Berita penuh anda boleh perolehinya disini








Selangkah menjadi Jutawan

Ahad, 24 Ogos 2008

Pamearan Penternakkan MAHA 2008 Selesai

Salam sejahtera,

Hah, nampaknya ramai yang telah mengunjungi MAHA 2008, saya difahamkan hampir 1.2 juta pelawat, datang ke pameran tersebut, yang amat dinantikan oleh segenap rakyat Malaysia. Malah ramai juga rakyat asing yang datang untuk melihat pameran ini.

Selain daripada pameran terdapat juga gerai-gerai yang menjual apa juga hasil pertanian dan ternakkan. Malah pelbagai Jabatan Kerajaan juga telah turut serta memberi maklumat terkini tentang dunia pertanian, seperti MARDI, Jabatan Haiwan, Jabatan Pertaian dan banyak lagi.

Fuhh, memang pameran ini mengumpulkan para usahawan ternakkan malah membuktikan usahawan tani juga boleh menjadi Jutawan.
Walaubagaimanapun sekalung tahniah kepada Menteri Pertanian yang telah berusaha meningkatkan taraf usahawan tani. Cuma kepada mana-mana institusi kewangan, janganlah nak terlalu ketat soal nak memberi pinjaman, jika dah betul pertanian merupakan perniagaan bantulah kami para petani dan penternak kerana pulangan untuk negara amat tinggi.

Tahniah kepada merek yang terlibat dengan pameran MAHA 2008.
Semoga jumpa lagi pada MAHA 2010.




Selangkah menjadi Jutawan



Khamis, 21 Ogos 2008

Lawatan Pameran Ternakkan MAHA 2008


Keadaan pintu dewan A jam 9.40 pagi...




Ya! Serang...apabila pintu telah dibuka...


Salam sejahtera semua,
Fuhh.....penat jugak gi pameran ternakkan MAHA 2008 pagi tadi, jam 9.40 pagi dah ada kat pintu dewan A, tak sabar nak gi tengok pameran kali ni.

Pelbagai maklumat ternakan terbaru yang diperolehi. Tahniah juga diucapkan kepada MARDI sebab kali ini agak tersusun dan selesa bagi pelawat.... tapi kena banyakkan tempat berteduh... pagi tadi hujan, nasib baik tak lebat bolehlah redah....nasib baik saya bawa payung, kalau tak kuyup...

Kepada mereka yang belum pergi dan cadang-cadang nak pergi pada hari Sabtu ni adalah hari terakhir pameran ternakkan ni....kalau tak pergi rugi nanti. Kalau ada yang nak tengok laman ternakkan saya syorkan anda parking di pintu 2 sebab kat pintu ni dekat sikit dengan laman ternakkan tak payah naik bas atau trem.






Janganlupa beli tiket berbentuk gelang....kena pakailah kat tangan, baru boleh naik trem atau bas. Hari ni saya pergi pengangkutan memang amat memuaskan... cukup, cuma hari hujan menyebabkan kurang selesa sikit.




Tapi banyak maklumat yang saya perolehi dan memang berbaloi saya bangun pagi untuk gi lihat MAHA, walaupun tak sempat nak habis semua tapi matlamat nak melawat laman ternakkan dan tengok kambing, saya rasa puas juga....

Bila nak balik, jangan lupa bayar parking RM2. Kalau tak nak sesak gunalah pengangkutan awam.

Siapa yang tak pergi lagi cepat jangan lepaskan peluang....






Selangkah menjadi jutawan

Ahad, 10 Ogos 2008

Segalanya Bermula Esok.....

Salam sejahtera semuanya

Wah tengah buat apa tu? Hah perancangan? Perancangan apa?

Ohhh lawatan MAHA2008 esok... hah nak lawatan pun kena ada perancangan ke?

Hah memang betul semuanya perlu ada perancangan supaya kita tak melilau bila sampai ketempat tu nanti. Maklumlah tempat tu besar bila dah sampai mulalah rambang mata semuanya nak pergi, akhirnya matlamat utama tak tercapai sebab dah keletihan dan kaki mula tak larat untuk melangkah lagi....

Walaubagaimanapun masa pameran MAHA inilah kita perlu mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat terkini....

Saya pun tak nak bercakap panjang lagi.... cuma ingin mengucapkan Selamat melawat MAHA 2008.

Nak tidur awal....nak mimpikan kambing 3G.


Selangkah menjadi Jutawan

============================
sudahkah anda mendapatkan ebook
terhanga dipasaran Rahsia Kambing
============================

Rabu, 6 Ogos 2008

Malaysia Agriculture Horticulture & Agrotourism @ MAHA 2008


Salam sejahtera.....

Pameran yang ditunggu-tunggu telah tiba kini....

Kali terakhir saya pernah pergi pameran ini adalah pada kali pertama mereka adakan di Mardi, Serdang, Selangor.

Lawatan tersebut telah memberi banyak pengajaran dan membuatkan saya bertekat untuk menjadi seorang penternak kambing yang berjaya. Lepas lawatan tersebut saya mula menyusun langkah menghadiri kursus dan terus merangka....walaupun mengambil masa hampir 6 bulan untuk mengkaji beberapa faktor sebelum memulakan dunia penternakkan ini. Dan sehingga kini Alhamdulillah segalanya di permudahkan oleh Allah.

MAHA kali ini diadakan di Mardi, Serdang, Selangor. Bermula pada 11 hingga 23 Ogos 2008.

Dulu saya pergi dengan isteri saya keluar rumah jam 8.00 pagi... bukan apa nak menggelakkan anak-anak ikut.... walaupun isteri saya kurang berminat bab-bab ternakan ni tapi dia terus bagi sokongan sehingga hari ini.

Sampi jam 8.45 dapatlah parking depan sikit tapi kereta dah start banyak datang.... maklumlah hari Sabtu.... saya fokus lebih di tempat ternakan kambing sahaja... sehingga isteri saya hampir pitam cemas juga....

So, sempena MAHA 2008 yang akan tiba tak lama lagi saya nasihatkan anda bawalah payung, bawa juga air mineral untuk hilangkan dahaga nanti. Kalau bawa anak-anak pastikan mereka sentiasa berada pada pengawasan anda.

MAHA kali ini saya pergi bersama teman saya pada hari Kahmis, 21 Ogos 2008, InsyaAllah... jika tiada aral melintang....jumpa disana.....
Selangkah menjadi usahawan

Rabu, 30 Julai 2008

Insuran Ternakan?

Salam sejahtera,
Hah! Pelik ya tajuk pada kali ni.... tapi cubalah baca dan fikirkan bersama mungkin inilah yang dinantikan oleh para penternak.
Persatuan Insurans Kebangsaan (NIAM) memperkenalkan produk insurans baru iaitu insurans khas untuk penternak komersial tempatan yang dinamakan Tani Malaysia.

Tani Malaysia akan dimulakan perkhidmatannya pada September depan dan ia dijayakan oleh sebuah konsortium yang dianggotai 10 ejen insurans dan takaful.

Syarikat-syarikat yang terlibat dalam konsortium tersebut adalah Tani Management (M) Sdn. Bhd., Malaysia Reinsurance Berhad., Labuan Reinsurance
(L) Ltd., Malaysia Reinsurance Berhad dan MUI Continental Insurance Berhad.

Turut serta ialah Oriental Capital Assurance Berhad, Progressive Insurance Berhad, RHB Insurance Berhad, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. dan Uni Asia General Insurans Berhad.

Presidennya, Koh Heng Kong berkata, produk tersebut adalah satu permulaan yang baik kerana berjaya menarik minat 10 ejen insurans tempatan dan takaful.

Produk tersebut, menurut beliau, mampu memberi faedah kepada penternak komersial yang selama ini berhadapan dengan pelbagai risiko bencana dan kemalangan.

''Produk ini memberi perlindungan sepenuhnya kepada para penternak yang mengalami kerugian akibat kerosakan tanaman dan ternakan.

''Ia sesuai dengan keadaan iklim di negara ini yang tidak menentu termasuk kejadian seperti kebakaran, tanah runtuh dan banjir,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

NIAM pernah mencadangkan usul projek perintis seperti Tani Malaysia pada
2002 yang sepatutnya ditaja oleh kerajaan iaitu Skim Insurans Kekurangan Hasil Padi, namun, skim itu tidak diluluskan.

Sehingga kini, NIAM mempunyai 32 ahli berdaftar termasuk 15 syarikat insurans am, lima syarikat insurans komposit, empat syarikat insurans nyawa, empat syarikat takaful dan empat lagi merupakan syarikat diinsurankan semula.

Heng Kong menambah, sebelum memikirkan produk Tani Malaysia, NIAM sudah menjalankan kajian dan penyelidikan selama enam tahun dengan mengambil pengalaman-pengalaman lalu.

Katanya, selepas membuat persediaan selama dua tahun, pihaknya bersedia untuk melancarkan produk berkenaan.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depan NIAM, Heng Kong menambah, pihaknya mahu memperluaskan perlindungan insurans kepada sektor ternakan ayam, itik dan akuakultur.
Selangkah menjadi jutawan

Isnin, 28 Julai 2008

Rumput Napier Taiwan Kaya Protein

Salam sejahtera,

Apa khabar? Diharapkan semua pelawat blog ini berada didalam keadaan sihat-sihat aje.
Pada hari Khamis 24 July 2008, saya ada terbaca rencana tentang En. Mustafa Ahmad dari Kg. Senawar, Kuala Kangsar beliau telah menanam pelbagai rumput napier di sekitar kawasan seluas 4 hektarsejak hampir 4 tahun yang lalu di pinggir Sungai Perak di kampung beliau.

Beliau mendapati rumput napier Taiwan merupakan rumput yang menjadi pilihan ternakan tidak kira lembu atau pun kambing malah rumput ini juga amat digemari oleh binatang lain seperti rusa.
Dari rencana ini apa yang menarik, rupanya rumput napier ini walaupun berasal dari Taiwan tapi telah diselidik mutunya oleh saintis Thailand.

Rumput napier Taiwan ini memiliki protein sebanyak 13% hingga 14% berbanding rumput napier tempatan yang hanya mengandungi 10% sahaja proteinnya. Ini dinyatakan oleh hasil kajian makmal Mardi.



En. Mustafa juga menjual benih napier dari keratan tunasnya sebanyak RM1.60 setiap kilogram. Beliau bercadang untuk menghasilkan pallet berasaskan daipada rumput napier serta sagu, hasil daripada pallet napier ini boleh dijual dengan hargaRM0.35 sekilogram berbanding pallet sawit yang dijual pada harga RM0.55.



Walaubagaimanapun saya amat kagum dengan En. Mustafa dengan usaha beliau untuk membantu para penternak lain bagi mengurangkan kos makanan ternakan yang kian meningkat kini. Sama-samalah kita berdoa semoga beliau memperolehi kejayaan.








Selangkah menjadi jutawan

Jumaat, 25 Julai 2008

Cacing

Salam sejahtera,

Apa macam hari ni adakah lebih baik dari semalam? Ya! sudah tentu hari ini akan lebih CEMERLANG dari semalam....
Wah dah macam Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pulak ya.....

Hari ni saya nak cerita satu penternakkan yang boleh dibuat secara sampingan jika anda penternak Lembu atau Kambing.
Lain dan tak bukan adalah ternakan cacing.....



Tengok aje gambar kat atas tu dah geli geleman kan??

Tapi apa yang menariknya cacing ni untuk penternak kambing macam saya?

Cacing merupakan haiwan yang mempunyai 2 alat kelamin macam kunsa jugalah. Ia boleh membiak seganda setiap bulan. Cacing boleh menghasilkan baja vamicompos....lebih kuranglah ejaannya. Tinja atau tahi cacing memberi hasil baja yang amat berkualiti tinggi. Lebih menariknya cacing ini memerlukan makanan daripada tinja atau tahi kambing dan lembu yang dicampur dengan habuk papan.

Hah, saya dah nampak riak kegembiraan dari muka anda sekelian. Dengan ada nya ternakan cacing ni harga tahi kambing menjadi lebih berhargalah....

Untuk proses makanan cacing yang berasaskan tahi kambing, caranya adalah dengan mengeringkan dulu tahi kambing tu selama 3 hingga 4 hari kemudian gaulkan dengan habuk papan yang telah direndam selama 1 minggu. Campurannya adalah 30% tahi kambing dan 70% habuk papan dan di gaulkan bersama.....

Nah dah siap makanan untuk ternakan cacing, harga makanan yang telah siap diproses ni berharga RM1.50 sekilo. Nampak memang sikit tapi kena ingat 1kg cacing memerlukan makanan sebanyak 1kg untuk sehari (anggaran) So cuba kita lihat kiraan, sekiranya seorang pelanggan anda menternak 1kg cacing

1kg cacing x 1kg makanan(yang telah dicampur) x 30 hari (sebulan)

= 1kg cacing x RM1.50 harga makanan x 30 hari

= RM45.00 sebulan

RM45, itu untuk tempoh sebulan bagi seorang penernak yang menternak 1kg cacing, macam mana jika ada 10 orang penternak cacing yang menternak 2kg cacing setiap seorang?

RM45(makan untuk 1 bulan untuk 1 kg cacing) x 10 orang x 2 kg

= RM900.00 sebulan hasil jualan makanan cacing yang berasaskan tinja atau tahi kambing....wah dah dapat xtra income.

Siapa kata tahi kambing tak laku??

Kepada bakal penternak jangan tunggu lagi mulalah projek ternakan kambing hari ini juga.

Kepada penternak, belajar dengan lebih lanjut untuk buat makan cacing.

Maklumat tambahan;

Rakan saya akan mengadakan satu kursus tentang ternakan cacing, maklumat lanjut sila ke link sini

Rebutlah peluang dan ruang yang ada untuk memperolehi pendapatan tambahan daripada ternakan kambing anda supaya boleh menampung kos-kos yang lain.

Perlu bijak untuk mencari dan mengintai peluang yang ada.

Selamat mencuba.

Selangkah menjadi Jutawan

Khamis, 24 Julai 2008

Mentor Jutawan

Salam sejahtera,

Kali ni saya nak menceritakan perkara yang agak lari dari topik biasa kita tentang kambing.

Hari ni saya nak ceritakan tentang satu produk ebook yang perlu dimiliki oleh semua orang tidak kira apa pekerjaan dan dari mana punca pendapatan kita yang pastinya kita mempunyai cita-cita untuk berjaya dan menjadi seorang jutawan.....tipulah kalau tak ada orang yang beranggan nak jadi jutawan.

Mungkin ada yang kurang mengenali Dr. Irfan Khairi pakar internet dan menjadi jutawan seawal usia 20an lagi.
Beliau telah berpeluang menjadi pengacara rancangan Radio 24, program itu banyak bual bicara dengan mereka yang telah bergelar jutawan. Hasil daripada temubual tersebut maka lahirlah Ebook ini, memuatkan transkripsi temuramah bersama-sama 8 orang jutawan. Iaitu, Dr. Irfan Khairi, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah hah... siapa tak kenal dia ni kan? Sebut nama aje saya ingat anda dah membayangkan rupanya, Azizi Ali jutawan hartanah dan penulis buku pengurusan kewangan dan hartanah, Chef Li (Dato’ Dr Rusly) penulis Jutawan Senyap, Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM), Billi Lim, Dato’ Hussamuddin, dan juga Abang Abu (seorang usahawan dari singapura).

Saya baru aje order buku ni masih menunggu untuk mendapatkan buku ini, tak sabar rasanya nak membaca buku yang amat berkualiti.
Saya dapatkan komen dari beberapa rakan yang telah memiliki ebook ini rata-rata menyatakan satu kerugian bagi saya jika tidak membaca ebook ini.

Dan tidak ada sesuatu yang mustahil untuk menjadi JUTAWAN.
Bagi mereka yang masih ragu-ragu dan tertanya-tanya bagaimanakah Dr. Irfan Khairi boleh menjadi seorang jutawan? Dapatkanlah ebook ini dan baca. Insyallah.. anda akan tahu..
Harga ebook ini RM40 sahaja. Saya kira ianya berbaloi untuk mendapatkan ilmu & pengalaman dari 8 orang jutawan.. diulangi.. “JUTAWAN”!..
Bagi yang masih belum memilikinya.. usah berlengah lagi, dapatkannya sekarang!
Powered By Blogger