Selasa, 25 Disember 2007

Kuasa Matlamat

Terima kasih kepada rakan yang telah mengirimkan email kepada saya untuk mengetahui kuasa matlamat.

Sebenarnya dalam kehidupan harian kita telah menggunakan kuasa ini. Cuba kita renungkan sejenak, bila kita nak tidur kita akan fikir...esok aku nak gi sekolah, ada kelas jasmani lepas tu petang ada kelas pertukangan, seronoknya esok.
Tapi keesokan hari cuaca kurang baik hari hujan kelas jasmani di batalkan dan petang pulak ada kebakaran kelas pertukangan di batalkan.

Ini merupakan perancangan yang kita buat untuk hari esok dan seterusnya.

Ibu bapa kita sering berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh hingga boleh masuk Universiti, lepas tu dapat kerja elok, pakai kereta besar, bergaji besar duduk bilik aircond dan lain-lain. Jadi kita pun belajar bersungguh2 untuk tidak menghampakan mereka, lepas tamat agak sukar untuk mendapat pekerjaan.

Ini senario biasa dalam kehidupan.

Bila kita dah kerja syarikat telah menetapkan hala tuju syarikat dengan Visi dan Misi, untuk mencapai objektif dan matlamat syarikat.

Begitu jugalah kita sebagai penternak perlu ada matlamat untuk menternak. Pada mulanya saya menternak dengan 6 ekor pada bulan Julai 2007 dan kini saya telah memiliki 15 ekor kambing dan matlamat saya sehingga bulan Jun 2008 saya perlu memiliki 30 ekor kambing. Itulah matlamat saya.

Untuk menetapkan matlamat ada lima perkara yang perlu di beri perhatian iaitu:

Khusus

Setiap matlamat yang hendak anda tulis atau buat perlulah khusus. Seperti saya ingin mendapatkan 20 ekor kambing. Jadi matlamat anda khusus.

Boleh diukur

Matlamat perlu ada sesuatu kayu pengukur seperti " Saya perlu memperolehi 30 ekor kambing hasil dari ternakan kini 15 ekor dalam tahun 2008".

Boleh di capai

Matlamat anda boleh dicapai, nak dapat 30 ekor kambing 2008.

Berkaitan

Matlamat anda perlu berkaitan dengan pekara yang anda lakukan kini. Jika ternak kambing matlmat kena berkaitan dengan kambing dan lain-lain.

Tempoh masa

Setiap matlamat perlu ada tempoh masa yang ditetapkan supaya ia menjadi garis panduan kepada kita untuk berjaya.

Contoh matlamat adalah seperti berikut

"Saya ingin memperolehi 30 ekor kambing pada bulan Julai 2008 dengan hasil ternakan sebanyak 15 pada tahun 2007.

Kuasa matlamat amat kuat. Mengikut Azizi Ali penulis buku jutawan yang terkenal, matlamat perlu di tulis dan di letakkan di tempat yang boleh dilihat supaya tiap-tiap hari anda melihat matlamat anda. Sebelum tidur adalah waktu yang amat baik jika dapat melihat, membaca dan mengamati matlamat anda kerana minda bawah sedar akan memberi sesuatu keajaiban kepada anda supaa fokus kepada matlamat anda.

Saya juga ada terbaca beberapa rencana dimana Warren Buffet, diantara orang terkaya dunia juga menulis matlamat dan melihatnya setiap hari.

Sempena tahun baru ni fikir2kanlah apa matlamat anda dan tetapkannya, tulis dan tatapkannya setiap hari, cuba buat hari ini dan beritahu saya pada bulan Jun 2008 nanti.

"Selamat Tahun baru 2008"

Selangkah menjadi jutawan

Tiada ulasan: