Rabu, 30 Januari 2008
Menternak Kambing Secara Perkongsian
Sebenarnya taklah teruk sangat kalau ada rakan kongsi ni tapi taklah gagal jika tak ada rakan kongsi yang penting kesungguhan kita untuk berjaya.
Bila disebut rakan kongsi ada beberapa perkara yang berlegar di fikiran saya antaranya :
Modal, hah bab ni penting sbab bila melibatkan RM anda perlu berhati-hati dan membuat perancangan kewangan dengan lebih teliti bersama rakan kongsi anda.
Pendapat & Idea
Yang ini bila ada 2 orang boehlah berkongsi pendapat dan boleh memberi idea bila ada masalah yang dihadapi taklah berat sangat kepala bila fikirkan sensorang.
Pemasaran
Kalau ada rakan kongsi bolehlah sama-sama membina rangkaian pemasaran. Kalau sorang kenalah usaha lebih untuk cari sendiri
Keuntungan
Hah bila bab ni Semua orang nak duit…tapi kepada sesiapa yang berkongsi tu…keuntungan kenalah kongsi jugak.
Pertelingkahan
Yang ini tak dapat nak dielakkan selisih atau salah faham adalah perkara biasa dalam perkongsian, yang penting mesti ikhlas dan tulus diantara satu sama lain.
Sebenarnya taklah teruk sangat bila kita ada rakan kongsi tapi jika anda dah ada matlamat dan kesunguhan untuk memulakan jangan berlengah lagi kuatkan semangat teruskan…mula menternak, bak kata mereka yang dah berjaya buatlah dari kecil dan akhir dengan besar. Tapi kalau dah ada rakan yang kamcing gila dan sepakat jangan toleh belakang lagi teruskan, mulalah buat kandang, selagi kandang tak buat, impian akan tingal impian sahaja.
Semoga maju jaya pada tahun 2008 ni, kita doalah sama-sama.
Selangkah menjadi jutawan
Khamis, 17 Januari 2008
Bina Kandang Kambing Fasa II
Nampaknya projek saya ni mengikut jadual yang telah ditetapkan. Berkat doa dan bantuan ibu, isteri dan Semua anggota keluarga jadi saya dah mulakan projek membesarkan kandang kambing.
Lepas ni kambing taklah sesak sangat. Dah ada 15 ekor didalam kandang 15’ X 20’ nampak sesak sikit dan tak berapa selesa.
Kos beli kayu (campur 2nd hand dan baru) dah mencecah RM3,000 lebih tanpa bantuan mana-mana jabatan atau bank, duit yang disimpan dan bantuan ibu yang membuatkan kandang fasa 2 ni dibina.

Kayu-kayan yang akan digunakan untuk projek membina kandang fasa II

Anak sulung saya berposing kat belakangnya kayu-kayan untuk projek kandang fasa II
Bukanlah taknak meminjam tapi banyak sangat songehnya, kena buat tulah kena isi borang nilah lepas tu kena jumpa orang nil ah jumpa orang tu lah, orang ni cuti lah ahhh macam-macam. Eloklah buat apa yang ada . Tapi macam mana pun saya nak ucapkan terima kasih kat Jabatan Haiwan Alor Gajah yang banyak membantu walaupun projek ciput…
Ok….cerita pembinaan kandang Kedua ni…bila kandang dah naik adalah jugak suara-suara yang nak joint, dulu ajak joint mungkin tak berapa yakin dengan kebolehan saya agaknya, tapi kini Alhamdullilah ada jugak yang bertanyak nak joint venture atau jadi rakan kongsi.
Oklah lain catitan saya akan ceritakan kebaikan dan keburukan bila kita buat perkongsian.
Selangkah menjadi jutawan
Rabu, 2 Januari 2008
Ternak Kambing guna Pasir Sungai.
Usaha ini dimajukan oleh Pertubuhan Perladangan Kawasan (PPK) Tampin. Walaupun masih diperingkat percubaan tetapi dah boleh digunakan untuk sistem baru ini.
Ia memerlukan penggunaan pasir sungai dan perlu ditukar setiap 3 bulan sekali.
Usaha mereka ini perlu diberikan satu pujian kerana berani memberi pembaharuan dalam dunia penternakan walaupun ada yang memberi pelbagai pendapat bila dinyatakan tetang sistem yang mereka gunakan. Tapi yang penting semangat PKK Tampin dan sistem mereka gunakan memberi nafas baru.
Harap penternak lain dapat menyalurkan idea baru untuk kemajuan semua. Semoga maju jaya dan Selamat Tahun Baru.
Untuk membaca artikel berkenaan ada boleh sila klik disini:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/EdisiWilayah/20071231091952/Article/
Selangkah menjadi jutawan
Ahad, 30 Disember 2007
Anak Kambing Bermasalah?
Tahinya jadi kekuningan dan lekit...memanglah nampak kotor tapi sebagai penternak kita perlu tahu masalah anak kambing yang baru di lahirkan dan apa masalahnya.
Dah diselidik dan minta pandangan beberapa pakar, perkara ni benda biasa aje, sebab anak ni baru lahir jadi mungkin ada lagi saki baki makanan sewaktu dalam perut dulu masih belum keluar sepenuhnya. Itu yang saya difahamkan.
Tahinya pelik sikit sebab dia macam gam getah dunlop....lekit dan kena basuh dengan air suam, tarik pelahan supaya kambing tak sakit.
Basuh bersih...kambing ni tak macam kambing lain diam aje monyok aje tak aktif.
Jangan takut kepada bakal penternak, ini perkara biasa dan perlu kita lalui sebagai penternak, macam perah susu kali pertamalah....
"Selangkah menjadi jutawan"
Selasa, 25 Disember 2007
Kuasa Matlamat
Sebenarnya dalam kehidupan harian kita telah menggunakan kuasa ini. Cuba kita renungkan sejenak, bila kita nak tidur kita akan fikir...esok aku nak gi sekolah, ada kelas jasmani lepas tu petang ada kelas pertukangan, seronoknya esok.
Tapi keesokan hari cuaca kurang baik hari hujan kelas jasmani di batalkan dan petang pulak ada kebakaran kelas pertukangan di batalkan.
Ini merupakan perancangan yang kita buat untuk hari esok dan seterusnya.
Ibu bapa kita sering berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh hingga boleh masuk Universiti, lepas tu dapat kerja elok, pakai kereta besar, bergaji besar duduk bilik aircond dan lain-lain. Jadi kita pun belajar bersungguh2 untuk tidak menghampakan mereka, lepas tamat agak sukar untuk mendapat pekerjaan.
Ini senario biasa dalam kehidupan.
Bila kita dah kerja syarikat telah menetapkan hala tuju syarikat dengan Visi dan Misi, untuk mencapai objektif dan matlamat syarikat.
Begitu jugalah kita sebagai penternak perlu ada matlamat untuk menternak. Pada mulanya saya menternak dengan 6 ekor pada bulan Julai 2007 dan kini saya telah memiliki 15 ekor kambing dan matlamat saya sehingga bulan Jun 2008 saya perlu memiliki 30 ekor kambing. Itulah matlamat saya.
Untuk menetapkan matlamat ada lima perkara yang perlu di beri perhatian iaitu:
Khusus
Setiap matlamat yang hendak anda tulis atau buat perlulah khusus. Seperti saya ingin mendapatkan 20 ekor kambing. Jadi matlamat anda khusus.
Boleh diukur
Matlamat perlu ada sesuatu kayu pengukur seperti " Saya perlu memperolehi 30 ekor kambing hasil dari ternakan kini 15 ekor dalam tahun 2008".
Boleh di capai
Matlamat anda boleh dicapai, nak dapat 30 ekor kambing 2008.
Berkaitan
Matlamat anda perlu berkaitan dengan pekara yang anda lakukan kini. Jika ternak kambing matlmat kena berkaitan dengan kambing dan lain-lain.
Tempoh masa
Setiap matlamat perlu ada tempoh masa yang ditetapkan supaya ia menjadi garis panduan kepada kita untuk berjaya.
Contoh matlamat adalah seperti berikut
"Saya ingin memperolehi 30 ekor kambing pada bulan Julai 2008 dengan hasil ternakan sebanyak 15 pada tahun 2007.
Kuasa matlamat amat kuat. Mengikut Azizi Ali penulis buku jutawan yang terkenal, matlamat perlu di tulis dan di letakkan di tempat yang boleh dilihat supaya tiap-tiap hari anda melihat matlamat anda. Sebelum tidur adalah waktu yang amat baik jika dapat melihat, membaca dan mengamati matlamat anda kerana minda bawah sedar akan memberi sesuatu keajaiban kepada anda supaa fokus kepada matlamat anda.
Saya juga ada terbaca beberapa rencana dimana Warren Buffet, diantara orang terkaya dunia juga menulis matlamat dan melihatnya setiap hari.
Sempena tahun baru ni fikir2kanlah apa matlamat anda dan tetapkannya, tulis dan tatapkannya setiap hari, cuba buat hari ini dan beritahu saya pada bulan Jun 2008 nanti.
Selangkah menjadi jutawan
Rabu, 19 Disember 2007
Kaprima Livestock Sdn. Bhd.
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah mengusahakan penternakan lembu dan kambing serta baja organik. Bermula pada tahun 2002 dengan baka 400 ekor ibu dan anak diatas tanah seluas 1 hektar.
Apa yang menarik disini beliau telah menceburi bidang ini selama hampir 6 tahun, ia jika kita kaji dan lihat kebanyakan penternak akan mengambil masa antara 5 ke 7 tahun untuk berjaya menjadi penternak jaya. Tapi mesti ada kesungguhan.
Walaupun Encik Jasmin seorang pembantu Veterinar, tapi beliau telah mengambil risiko untuk bersara awal dan mengejar impian dan cita-citanya. Jawatan akhirnya mungkin satu kelebihan tapi dia tetap menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan haiwan, pertanian dan Mara untuk mendapatkan pelbagai input bagi meningkatkan pengetahuan beliau.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cerita dan aktiviti Kaprima Livestock Sdn. Bhd boleh layari di http://kaprimaprime.com.my
Kita jadikanlah kejayaan beliau sebagai pendorong unuk kita terus maju.
Selangkah menjadi jutawan
Cacat penglihatan juga boleh berjaya jika mahu
Bila saya baca betapa bersungguhnya seorang yang hanya nampak kegelapan tetapi berjaya dengan usaha sendiri dan tidak memilih untuk hanya meminta derma dan simpati orang lain.
berikut adalah artikel berkaitan dengannya:
“KERJA sebagai peminta sedekah hanya sedap di mata, tetapi sakit di hati,” kata Amat Tamsir Busra, yang cacat penglihatan, tetapi berjaya membuktikan kekurangan itu bukan halangan untuk menjadi petani berjaya bagi menyara hidupnya dan keluarga. Amat atau lebih mesra dipanggil Haji Mat, 58, adalah orang kurang upaya (OKU) tunggal di negara ini yang menceburi bidang pertanian dengan menjadikan tanaman cendawan tiram sebagai punca pendapatan sejak 20 tahun lalu. Beliau yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor sanggup menempuh pelbagai onak dan duri dan bergolok bergadai jika keadaan memerlukan bagi memastikan cita-citanya mengusahakan tanaman cendawan menjadi kenyataan daripada mengharapkan simpati orang lain.
Amat pernah mendapat latihan pertanian di Taman Harapan, Temerloh, Pahang, selama tiga tahun dan pernah mengusahakan tanaman sayuran, menternak ayam dan mengusahakan kantin sekolah selama dua tahun. Beliau mengusahakan tanaman cendawan sejak 1987 dengan bantuan pelbagai agensi kerajaan termasuk Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Pejabat Pertanian Daerah Klang dengan modal permulaan RM700. Amat pada mulanya ragu-ragu untuk memilih sama ada menanam cendawan tiram atau memelihara ikan keli dalam sangkar yang juga menjanjikan pendapatan lumayan.
“Waktu itu saya agak keliru untuk membuat keputusan. Akhirnya saya memilih untuk mengusahakan tanaman cendawan tiram selepas melakukan solat istikharah bagi memohon petunjuk,” katanya yang memperoleh idea menanam cendawan dan memelihara ikan keli selepas mendengar program pertanian di radio. Sejak itu, Amat tidak menoleh ke belakang dan terus mengorak langkah menjadi orang buta tunggal menanam cendawan tiram di negara ini dengan mendirikan dua pondok menempatkan benih cendawan yang ditanam dan membesar. Setiap pondok itu mampu menempatkan kira-kira 4,000 beg plastik hitam dan jika tiada serangan penyakit atau serangga perosak, setiap beg mampu menghasilkan cendawan seberat 300 gram. Walaupun tidak menyatakan dengan tepat pendapatan yang diperoleh sebulan hasil tanaman cendawan tiram, Amat mengaku mampu hidup senang dan cukup untuk menampung kehidupan beliau, isterinya, Norliza Abdullah dan anak tunggal mereka, Mohd Taufik, 6 tahun.
Amat yang cacat penglihatan sejak berumur empat tahun selepas diserang demam panas berkata, beliau tidak mengalami masalah untuk menyediakan tapak semaian cendawan dalam polibeg kerana dianugerahkan deria rasa dan sentuh yang kuat. Setiap hari beliau melakukan sendiri kerja memasukkan serbuk sekam, dedak dan kapur pertanian dalam polibeg, membungkus serta mengikat dan dimasukkan benih cendawan sebelum disusun atas rak dalam pondok. Katanya, semua kerja itu dilakukan sendiri kerana isterinya sibuk dengan tugas harian sebagai guru di sebuah sekolah menengah berdekatan, manakala anak tunggalnya masih kecil. Beliau sebelum ini pernah mengupah seorang pekerja untuk membantunya, tetapi terpaksa diberhentikan kerana tidak puas hati dengan hasil kerja lelaki itu. Amat berkata, cendawan itu perlu dijaga rapi untuk mengelak terkena penyakit dan setiap hari juga beliau menghabiskan banyak masa meneliti setiap polibeg di samping menyiram dengan penyembur air. Cendawan tiram memerlukan dua bulan untuk matang dan Amat menanam mengikut giliran bagi memastikan hasilnya diperoleh setiap masa dan bekalan kepada pelanggan tidak terputus. “Menerusi deria rasa dan sentuhan, saya tahu jika cendawan itu diserang penyakit. Kerja membuang dan mengalihkan polibeg perlu dilakukan segera,” katanya. Beliau bersyukur cendawan tiramnya mendapat permintaan tinggi dan dijual di kedai runcit ahli keluarganya di samping mempunyai pelanggan tetap termasuk di kalangan guru yang menempah menerusi isterinya. Cendawan tiramnya dijual lebih mahal berbanding cendawan lain iaitu RM10 sekilogram kerana menyifatkan cendawannya istimewa dan tidak lekang apabila digoreng. “Cendawan tiram ini tidak menghadapi masalah untuk dijual kerana permintaannya melebihi pengeluaran. Ada ketika, cendawan belum lagi sesuai dipetik kerana masih kecil, tetapi sudah ada yang menempah dalam kuantiti yang banyak,” katanya. Semangat kental yang dibuktikan Amat itu mendorong anak syarikat Johor Corporation, Johor Intrapreneur (M) Berhad menyumbang modal permulaan RM5,000 untuk usahawan tani itu membina lebih banyak pondok yang menempatkan polibeg. Kegigihan beliau turut mendapat perhatian penerbit Tijarah Ramadan di TV1 yang disiarkan Ramadan lalu.
Sumber dari Berita Harian, http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Rencana/20071213224724/Article/
Begitulah cerita orang cacat penglihatan yang mempunyai semangat yang tinggi untuk mengubah ekonomi hidupnya. Bagaimana dengan kita yang cukup sifat sudahkah anda bersedia untuk mengubah ekonomi dan hidup anda?
Tepuk dada tanya selera....
Selangkah menjadi jutawan
Isnin, 10 Disember 2007
Berita Gempar untuk Penternak
Apa yang tak gemparnya, berita tetang import makanan yang bernilai hampir 2 billion setahun.
Wow, banyaknya.... rupanya makanan ternakan pun tak cukup untuk menampung ternakan di Malaysia, ini merupakan satu peluang kepada mereka yang memiliki tanah dan pengusaha jagung. Kepada pemilik tanah boleh lah mulakan penananman rumput ternakan untuk dijual kepada penternak. Manakala pengusaha jangung boleh menjual batang tumbuhan tersebut kepada para penternak untuk dijadikan sumber makanan dan silaj untuk ternakan mereka.
Kalau nak tahu macam mana nak buat Silaj boleh layari blog sahabat di Projek Kambing FAD.
Survey tentang silaj ni ada juga yang telah mengusahakan penjualan silaj sebanyak RM10 setong yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Mohamad Jamil Mahidin dan Fatonah Arbain dari syarikat MJ Fatonah Enterprise, lokasi mereka di Kampung Teluk Penyamun, Batang Berjuntai, Selangor. Maklumat lanjut boleh hubungi mereka di 03-78460830, 017-3343800, 012-3343800 . Maklumat ini diperolehi dari Berita Harian Online
Seperti isu saya terdahulu kepada mereka yang menjual rumput ternakan juga boleh berjaya kalau kena gaya dan usahanya. Maklumat lanjut saya tengah jalankan satu projek berkaitan ternakan kambing. Nantikan kemunculannya.
Selamat mencuba.
Selangkah menjadi jutawan
Ahad, 9 Disember 2007
Jutawan Ternak
Kepuasan rasa tak terhingga bila kita tengok anak kambing yang baru dilahirkan dengan bulunya yang comel dengan kelahiran baru juga akan menguatkan semangat kita untuk meningkatkan usaha kita, saya dah start berangan nak mula besarkan kandang tapi mungkin Febuari 2008 nanti, buat masa ni dana tak cukup.
InsyaAllah dengan pengumuman menteri asas tani, tentang keperluan negara didalam industri penternakan ini, bertambah semangatlah saya selangkah menjadi jutawan.
Agaknya mereka yang bergelar jutawan ternak sekarang mungkin melalui masa-masa susah dan senang. Yang penting USAHA, DOA dan TAWAKKAL.
Tahun baru makin hampir apa matlamat anda? Hah matlamat tak penting?
Multi Billionaire, seperti Bills Gate, Warren Buffet dan Donal Trump mengatakan matlamat dan objektif amat penting.
Begitu juga jutawan kita, Azizi Ali(Penulis Buku), Irfan Khairi (Jutawan internet), Datuk Tony Fernandez (Air Asia) dan ramai lagi.
Kalau anda ingin tahu betapa besarnya kuasa anda menentukan matlamat, sila emailkan kepada saya di faridsulaiman@gmail.com dangan tajuk: Kuasa Matlamat.
Saya akan menceritakan kalau ramai nak tau.
Sehingga jumpa lagi.
Selangkah menjadi jutawan
Jumaat, 7 Disember 2007
Pemilihan Baka Kambing
Matlamat menternak?
Sebelum membeli baka perlu tahu apakah matlamat anda untuk menternak?
Ada yang menternak saja suka-uka sebab tengok orang lain menternak. Ada juga yang menternak di anggap sebagai hobi, dan ada juga menternak sebagai business/ perniagaan.
Matlamat saya menternak adalah untuk mencuba sesuatu yang baru jika berjaya ingin menjadikan ia sebagai punca pendapatan, InsaAllah. Sebab saya tiada pengalaman untuk menternak, jadi kenalah cari pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang ilmu penternakan. Modal pun tak banyak.
Bila anda dah tetapkan matlamat, barulah kita beralih kepada baka. Kalau setakat hobi atau saja suka-suka bolehlah start dengan bela kambing kampong saja, harga pun tak mahal antara RM350 – RM500 seekor. Penjantannya eloklah beli baka besar sikit seperti boer atau jamnapari supaya anak yang diperolehi agak gempal sikit. Kalau macam hobi atau suka-suka anda perlu ingatlah bab makan mungkin tinggi kalau bergantung kepada pallet semata-mata.
Jika yang nak buat perniagaan bolehlah cari baka-baka yang baik seperti boer atau jamnapari sebab baka-baka ni anak kambingnya dalam usia 6 bulan dah boleh jual dan anggaran harga sekor boleh cecah RM600 – RM 850 ikut kg.
Kos makanan akan jimat sebab tempoh penjagaan hanya 6 bulan saja. Badan kambing ni pun 3G (gemuk, gebu dan gempal)
Langkah kedua sebelum membeli baka anda perlu tahu cara memilih baka yang bermutu dan berkualiti. Ciri-ciri baka:
1. Tubuh badan yang tegap
2. Tiada masalah kulit
3. Puting susu (betina) / zakar dan telur (jantan) ok keadaan baik tiada masalah atau penyakit.
Setelah membuat pemilihan …jangan lupa hal pengangkutan dan permit jabatan haiwan, hanya RM10 aje… tapi kadang-kadang tak perlu…untuk keselamatan saya nasihatkan minta permit nanti kena tahan habis dengan kenderaan kena sita.
Bila dah smpai di kandang kalau kambing ni kumpulan pertama ok boleh masuk terus dalam kandang, tapi kalau kandang dah ada kambing kena asingkan dulu untuk sehari dua kalau tak nanti di bergaduh.
Ok… setakat ini saja bab baka, sekarang saya tengah buat satu projek berkaitan kambing akan dimaklumkan nanti.
Selamat mencuba…
Selangkah menjadi jutawan.

