Isnin, 26 Januari 2009

Edisi Khas Penternak Kambing

Salam sejahtera semuanya.

Macamana dengan kedatangan tahun baru ni? Kepada merak yang dah mula berkecimpung dalam dunia penternakkan saya ucapkan tahniah! Pada yang masih nak kumpul modal tu, kumpullah cepat-cepat kalau dah niat baik akan ada imbuhannya.

Pada mereka yang masih ragu-ragu, dapatkan buku Rahsia Kambing supaya hilang keraguan dan dapat penetapan diri.

Pejam celik dah hampir 1 tahun 6 bulan, saya menceburkan diri dalam dunia penternakkan kambing ni, setakat ni dah ada 27 ekor kambing. Tanpa pinjaman atau subsidi semuanya hasil usaha sendiri dan galakkan keluarga.

Kalau tak ada apa-apa halangan target tahun ni untuk dapat 50 ekor kambing mungkin akan tercapai. Doalah sesama ya...

Pada edisi khas ni saya akan banyakkan berkongsi pengalaman tetang kambing bunting, beranak serta penjagaan anak yang baru lahir.

Kepada mereka yang berminat nak dapat info percuma ni hantarlah email kepada saya dengan tajuk Edisi Khas Kambing di faridsulaiman@gmail.com ingat jangan spam, ke email saya pulak, saya ingin menolong....jadi janganlah salah guna email saya.

Edisi khas ni saya akan menceritakan pengalaman tentang penjagaan ibu kambing yang bunting, selepas beranak dan penjagaan anak. Saya harap ini salah satu cara saya dapat membantu mereka yang mahu berjinak-jinak dengan dunia penternakkan.

Jangan lupa hantar email anda.

Jumpa lagi.....

Isnin, 19 Januari 2009

Menternak boleh jadi JUTAWAN SEGERA

JUTAWAN SEGERA !

Ya, siapa nak jadi jutawan mulalah menternak tak kiralah kambing ke, lembu ke, kerbau ke, ayam ke....macam-macam lagi.

Tapi kalau bab yang SEGERA tu saya ada keraguan sikit.

Semua orang nak jadi JUTAWAN SEGERA.... yalah siapa tak nak bergelar jutawan segera. Tapi sebenarnya tak semua orang bernasib baik, contoh mereka yang boleh menjadi JUTAWAN SEGERA.

1. Apabil tanah dibeli oleh Syarikat Swasta.
2. Apabila no ekor naik
3. Pelaburan kewangan mendapat pulangan
4. Pengasas Syarikat Jualan Langsung
5. Pengasas Perisian Komputer
6. Pewaris Harta yang ditinggalkan.


Perkara diatas adalah mereka yang mungkin menjadi JUTAWAN SEGERA. Apa yang menarik minat saya beberapa hari lalu apabila membaca akhbar Uusan Malaysia tentang seorang yang kena tipu dengan salah sebuh Syarikat yang menjalankan sistem kontrak penternakkan.

Dengan bermodalkan RM15,000 anda boleh memiliki 100 ekor lebu. WOW! Tawaran yang amat menakjubkan. Yang lagi bestnya tu ia di sokong oleh Medec. Lagilah bertambah yakin orang.

Tapi hakikatnya lepas bagi RM15,000, sehingga pelanggan tersebut membuat laporan polis beliau masih tak nampak lembunya walaupun seekor.

Apa yang menjadi pengajaran dari cerita ini, ada syarikat yang mengambil kesempatan dari keghairahan untuk menjana pendapatan tambahan dari penternakkan. Tapi mereka mempergunakan orang yang benar-benar mencari pendapatan tambahan.

Kita perlu mengkaji terlebih dahulu untuk memastikan syarikat yang menawarkan perkara sebegini wujud. Semak mana ladangnya, semak dengan kengkawan pernah tak mereka jumpa projek ni. Siapa pemiliknya. Semak pendaftaran syarikatnya.

Sebab jika tersalah melabur, silap-silap leburlah wang kita.

Sebenarnya tiada yang mudah untuk menjadi JUTAWAN dalam dunia penternakkan, cuma kena kerja kuat, bersungguh dan berdoa. Mentor saya yang memiliki 4 ekor kambing dan kini dah ada 1000 ekor kambing kalau di kalikan dengan RM600 setiap seekor beliau dah ada RM600,000 dah hampir jutawan dah. Tapi bukan sehari dua untuk mencapai angka tersebut, beliau mengambil masa 7 tahun untuk berjaya.

Bagi pandangan saya untuk melabur kita kenalah cari asas yang sebenar dan kalau boleh buatlah sendiri walaupun 2 ekor kita bermula pasti segala usaha akan mendatangkan hasilnya.

KEARAH JUTAWAN PENTERNAK KAMBING.

Selamat Menjadi Jutawan.

Jumaat, 2 Januari 2009

Extra Income

Pada 2 hari yang lalu, terjumpa rakan sekampung yang lama tak jumpa, sambil pergi minum kat warong mamak sambil tu rancak jugaklah bercerita.

Rupanya rakan saya ni baru aje ditawarkan VSS, ya...lah walaupun dapat duit pampasan, tapi duit kalau di guna tiap-tiap hari lama-lama habis juga. Jadi member saya ni mulalah nak buat apa yang patut untuk menampung kos perbelanjaan hariannya.

Dari situ macam-mcamlah yang difikirkan, saya rasa anda pun tahu apa yang dia nak buat bukan?

Berniaga.

Saya bukanlah tak setuju cuma saya nyatakan pada beliau, berniaga ni banyak risikonya lagi pun kena fikirkan apa yang nak di niagakan. Sekarang semua orang dah mula berjimat cermat dan tak nak boros berbelanja.

Terlintas pulak cerita, masa mula-mula saya nak buat projek ternakkan dulu, dia pernah cakap pada saya, kerja dah bagus gaji pun dah ok buatapalah nak susah-susah nak ternak kambing. Simpan ajelah kat bank duit tu. Tapi matlamat saya lain ternak kambing untuk dapat Extra income dan juga persediaan untuk hari tua saya bila dah pencen. Kalau masa dah umur 56 baru nak buat saya rasa tak larat.

Kawan saya mula teringat apa yang pernah kami sembangkan dulu, kalaulah dia ikut cara saya mungkin kambing dia pun dah banyak. Tapi perkara dah lepas.... dia pun terkejut juga bila tahu bilangan kambing saya dah mencecah 27 ekor, dan 2 ekor telah saya jualkan dengan harga RM650 dan RM900.

Kalau dapat VSS dan dah ada ternakkan kambing boleh jugak aku balik kampung bela kambing... ini baru nak start...bila pulak nak dapat hasinya.

Apa yang boleh saya kongsi kat sini, walaupun kita dah ada kerja tetap dan selesa tapi kita perlu persiapkan diri dengan kemungkinan yang akan berlaku. Jika saya masih bertangguh untuk memulakan projek ternakkan saya, mungkin hingga kini pun saya tak mulakan.

Sokongan dari orang sekeliling kita juga amat diperlukan terutama ibu bapa, isteri dan anak-anak kerana ia akan melibatkan pengorbanan mereka, adakala kita cuma bercuti dikampung untuk menjaga ternakkan kita, sedangkan rakan-rakan mereka pergi bercuti ke Langkawai atau bercanda di tepi pantai.

Apa pun langkah pertama adalah terus mulakan projek anda secara kecil-kecilan dahulu dari situ baru kita rancang untuk membesarkan projek kita.


Kepada mereka yang diberhentikan kerja, jangan putus asa, ini bukan penamat riwayat hidup kita, masih banya perkara yang boleh dilakukan untuk terus hidup, cekalkan hati kuatkan semangat dan sentiasa berdoa.


Selamat maju jaya hendaknya.

Jumaat, 26 Disember 2008

Tambah Pendapatan

Kebelakangan ni, ramai orang mula dah terasakan ledakkan ekonomi yang tidak menentu, kilang-kilang dah mula kurangkan orang. Mana yang dulu ada overtime dah start di catu, ada juga yang dimansuhkan terus overtime. Memang dah keadaan dunia sekarang ni mengalami krisis ekonomi yang amat besar.

Ramai yang mula mengambil langkah lebih berhati-hati bila berbelanja. Termasuk saya juga. Sebagai penternak kita kena bijak juga nak berbelanja. Langkah pertama yang telah saya buat adalah menanam rumput napier. Kini perbelanjaan makanan kambing saya dapat dijimatkan.

Langkah saya kedua, adalah menjual rumput. Setelah membeli mesin potong rumput saya pun buat jualan secara kecil-kecilan untuk rumput yang telah dipotong seguni dengan berat 20kg saya jual dengan harga RM9, oklah ada sambutan jugak.

Langkah ketiga, dengan adanya mesin potong rumput ada juga rakan-rakan yang menternak kambing dan kebanyakan mereka ni ada tanam rumput, cuma mereka tak ada mesin potong rumput jadi saya ambil kesempatan ini memberi khidmat potong rumput, setiap satu guni penuh caj nya RM3, lepas duit elektrik ngan air untuk kandang jadilah.

Langkah keempat, ini saya baru nak buat sementara nak memenuhi masa lapang dan dah ada kemudahan internet ni saya cadang nak tambah pendapatan dengan join satu program MLM yang baru diperkenalkan.

Ahhhh saya tau ramai yang tidak suka dengan MLM, tapi di Amerika perniagaan inilah yang memberi peluang mereka yang berusaha untuk berjaya menjadi jutawan.

Tadi baru aja telefon kementerian pengguna di Kementerin Dalam Negeri untuk semak kedudukan syarikat tersebut.
Sekarang ni banyak yang menipu jadi kita kena bijak sebelum tertipu, setakat maklumat yang diterima company ni memang sah, dan menjalankan proses MLM dengan betul.

Itulah diantara perkara-perkara yang saya lakukan untuk tambah pendapatan. Masa kita pun tak terbuang begitu saja.

Saya rasa anda juga ada cadangan untuk tambah pendapatan bolehlah kita kongsikan bersama diruangan comment.

Selamat maju jaya.

Khamis, 25 Disember 2008

Mesin Rumput untuk Kambing

Akhirnya jumpa jugaklah mesin rumput untuk kambing, selama ni cari jugak masa expo MAHA lalu tapi kos yang agak tinggi cecah hingga RM3600, jadi niat tu saya tangguhkan dulu.




Kini saya sudah miliki sebuah mesin potong rumput yang amat berpatutan dan buatan tempatan. Harganya kurang dari RM3000. Mudah digunakan, menggunakan motor buatan China.




Dengan adanya mesin rumput ni, kerja-kerja memotong rumput hanya mengambil masa 5 minit saja untuk 20 kg rumput.




Kalau dulu potong rumput pakai secara manual amat memenatkan, mengambil masa 2 jam untuk dapatkan 30 kg. Kini ada mesin ni legalah sikit. Secara tak sengaja bila dah ada mesin ni ada pulak orang cari untuk beli rumput.



Jual jugaklah dengan harga RM19 untuk 40 kg rumput. Saya jual memang timbang, oleh kerana rumput terhad jadi saya jual cuma 80kg seminggu.


Bukanlah niat saya untuk jual rumput, keutamaan saya untuk ternakkan saya dulu kalau ada lebihan baru saya jual pada orang lain.



Selasa, 23 Disember 2008

Rezeki Hujung Tahun 2008

Pada 2 minggu sudah, saya menerima berita yang amat mengembirakan dimana kambing saya telah selamat melahirkan anak dengan 5 ekor sekali gus. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan dalam menternak kambing kini sudah mula terasa bahang kejayaan.

Ramai yang terkejut termasuk juga mentor saya Cikgu Halim juga terkejut dan tumpang gembira dengan berita tersebut.
Pada hujung minggu yang lalu baru kesempatan pulang ke kampung untuk melihat sendiri anak-anak kambing tersebut, tapi dukacita anak kambing tersebut tinggal 4 ekor aje, sebab yang sekor tu dah mati mungkin tak cukup susu, tambahan pula badannya agak kecil dari yang lain.

Walaupun mati seekor tapi digantikan pulak sekor dengan kelahiran baru dari induk kambing lain. Jadi ibu saya tumpangkan seekor anak kambing tadi dengan ibu yang ada anak sekor tersebut.

Kepuasan dan keseronokkan terpancar dari wajah ibu saya serta penjaga ternakkan saya Abang Awang yang telah sama-sama berusaha dengan sabar untuk menjayakan projek ini tanpa pinjaman atau bantuan kewangan dari mana-mana pihak. Maklumlah projek kecil tak ada siapa pun yang pandang, tunggulah kalau dah ada 200 hingga 500 ekor barulah dia orang nak tengok.
Begitulah adat dunia penternakkan.

Bersama ni adalah gambar-gambar yang boleh di kongsi bersama.
Untuk menjadi penternak, dapatkan ebook panduan penternakkan kambing hari ini.






Khamis, 18 Disember 2008

Kebersihan Kandang Kambing

Dah hampir sebulan tak menulis dalam blog ni, maklumlah sibuk sikit dengan urusan harian, tambahan line internet tak begitu bagus pada kebelakangan ni.

Semalam sempat gi Syarikat Lazuli Sdn. Bhd jumpa dengan Dr. Suwaibatul Aslamiah Abas.... hah...susah sebut, tapi lebih mesra panggil dia Dr. Su aje.
Tujuan pergi tu nak dapatkan khidmat nasihat tentang ubat-ubat untuk kambing saya.

Yang menariknya Dr. Su ni memang amat membantu, macam-macam info yang diberikan cuma masa tak mengizinkan sebab ramai yang datang jumpa dia pada masa tu.

Apa yang paling penting yang saya nak kongsikan dengan penternak yang lain adalah tentang kebersihan kamdang.

Kadang kala ada yang terlepas pandang perkara ini. Kandang merupakan tempat yang amat penting untuk kambing. Kandang yang bersih akan mewujudkan kambing yang sihat dan cergas.

3 Perkara perlu anda buat untuk memastikan kandang bersih, iaitu:-

1. Sapu kandang kambing setiap 2 hari. Kalau rajin tiap-tiap hari lagi bagus.

2. Hari ke 4 atau ke 5, cuci kandang tersebut dengan menggunakan cecair
pembersihan yang sesui. Saya baru beli semalam harganya taklah mahal
sangat.

3. Kenal pasti juga kambing yang mempunyai tinja yang pelic sepeti cair,
warna lain dari biasa dan cacing. Boleh nampak kalau kita bersihkan
kandang.

Tambah Dr. Su lagi kalau, kandang bersih kambing akan jadi sihat dan cergas, bila kambing sihat dan cergas akan mengurangkan penyakit, bila penyakit kambing dah kurang akan mengurangkan juga kos-kos perubatan.

Jadi pastikan persekitaran kandang sentiasa bersih. Barulah kambing sihat cergas dan bermutu.

Tahukah anda kos untuk menjaga kebersihan kandang?

Email saya di faridsulaiman@gmail.com

Sekian.

Isnin, 10 November 2008

Projek Kambing Fasa terkini






Salam Sejahtera,
Pada beberapa minggu lalu, ternakkan kami dah mula kurangkan pemakanan pallet oleh kerana harga yang kian meningkat. Jadi kami start beri makan rumput napier yang di potong-potong untuk mengantikan pallet.



Lokasi cadangan projek tanah untuk di sewa... kalau dapatlah...


Ini laluan kereta yang tidak digunakan, apa lagi selit... lah napier...

Alhamdulillah amat menggalakkan, kambing tambah selera makan rumput, bertambah montel.

Dalam masa yang saya ada juga beberapa penternak sekitar yang tahu hal rumput napier ni mula datang untuk berurusan dan nak beli rumput...wah satu business baru. Jadi kami pun mulalah supply rumput kepada mereka yang nakkan rumput sebagai makanan utama ternakkan.

Tapi kami mula keluarkan dalam skala kecil-kecilan dulu sebab rumput tak banyak. Cuti minggu lepas saya mula berunding dengan pemilik tanah terbiar di kampung untuk sewa tanah mereka dan tanam rumput. Masih diperingkat perbincangan, harap-harap menjadilah projek ni, kalau dapat sewa projek pembajakan, pagar dan tanam rumput akan disegerakan, rancang juga untuk membeli mesin pemotong rumput.

Tentang kambing ternakkan yang ingin dijual masih menerima kunjungan penternak yang lain yang sedang mencari baka penjantan yang sesuai.



Inilah gambar baka kambing kacukan tu....






Selangkah menjadi jutawan

Jumaat, 31 Oktober 2008

Kambing untuk Dijual






Salam sejahtera,






Pada 7 ke 8 bulan yang lalu beberapa orang rakan saya telah menceburi diri dalam bidang ternakan kambing.






Tapi yang uniknya ternakkan beliau agak unik dimana mereka ada kambing tapi tak ada kandang dan mereka kerja makan gaji macam biasa, kambingnya diuruskan oleh orang lain.






Hah...sekarang ni memang macam-macam boleh jadi, cara mereka ni dah ramai orang buat, dimana anda boleh tumpang kepada mereka yang ada kandang dan menyediakan perkhidmatan penjagaan termasuk ubat yang berkaitan ternakkan, cuma anda perlu beli kambing dan membayar upah penjagaan dengan hanya RM1.00 sehari untuk seekor...






Ia RM1.00 aje sehari, saya pinggil kaedah ni sebagai kaedah perkhidmatan sewaan kandang.






Yang lebih menariknya rakan-rakan saya ni, mereka menternak tak sampai 1 tahun tapi dah dapat anak kambing 3 ekor dengan mula menternak hanya 5 ekor dan kebetulan masa beli induk tu ada yang dah bunting....wah hebatnya....




Kambing untuk dijual

Jadi dipendekkan cerita rakan-rakan saya ingin menjual kambingnya yang berusia 6 bulan dengan harga yang amat berpatutan.

Berikut adalah biodata anak-anak kambing tersebut:

1. 3 ekor kambing jantan

2. Usia: 6 bulan
3. Ibu Jenis Boer

4. Bapaknya Jenis Jamnapari

Harga yang menarik yang rakan tawarkan adalah RM500 seekor...wah harga yang agak murah bukan. Ohh Lokasinya dekat Batang Berjuntai, Kuala Selangor.
Tauke ni (kawan saya) namanya, Dazaly (o133461979), Mazuan dan Hafiz (0173623654) jadi kalau anda berminat nak pergi tengok anak kambing bolehlah hubungi mereka ni, diaorang boleh bawak anda dari KL ke Kuala Selangor.

Bersama ni mereka sertakan gambar anak-anak kambing tersebut....comelnya...









Selangah menjadi jutawan

Khamis, 9 Oktober 2008

Selamat Hari Raya

Salam Sejahtera,

"Selamat Hari Raya"


Dikesempatan ini saya dan keluarga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Macam mana dengan raya anda, tentu seronok? Saya dan keluarga macam biasalah beraya di Melaka dan Kuala Lumpur.



Ramai juga saudara mara yang datang, sambil beraya sempat juga jengah kandang kambing saya pada hari raya lalu.

Dalam diam tak diam bilangan kambing saya telah genap 20 ekor, pada bulan puasa yang lalu beranak lagi 2 ekor kambing, sekor betina dan sekor jantan.



Ada juga beberapa pelanggan ebook saya Rahsia Kambing yang telah memulakan projek ternak kambing dan telah mula berkembang. Alhamdulillah.




Promosi Jualan Raya

Sempena hari raya ini juga saya ada membuat promosi untuk menjual seekor kambing jantan berusia 1 tahun 3 bulan, baka ini elok untuk dijadikan penjantan. Berat kambing kacukan kampung Jamnapari dianggarkan 68kg. Harga pasaran dianggarkan RM1200 hingga RM1300.

Inilah baka Penjantan kacuk

Hariz seronok main dengan Kajal (nama kambing tu...)

Hah...tengok dia dengan Hariz diatas tentu dah boleh agak besar kambing ni kan...


Untuk pelawat blog ini anda boleh membeli dengan harga RM950 sahaja (tidak termasuk transport)





Kalau sesiapa yang berhajat bolehlah hubungi saya di 0133643101.





"Selamat Hari Raya"





Selangkah menjadi jutawan

Powered By Blogger