Selasa, 21 Julai 2009

Ubat Ternakkan Kambing

Salam sejahtera,

Masalah mendapatkan ubat-ubatan yang sesuai amat sukar terutama jika kita menternak dikawasan luar bandar.

Memang saya tak nafikan, kalau tak, takkan mentor saya akan datang ke KL untuk mendapatkan bekalan ubat yang sesuai. Mahal tak apa janji berkualiti itu yang penting.

Beberapa hari lalu ada seorang pelanggan Ebook Rahsia Kambing saya yang telefon dari Terengganu min ta nasihat tentang kambing yang kena puru, saya nyatakan kambing yang terkena puru kena asingkan dan disapukan dengan iodin dan disuntik bawah kulit dengan ubat Sulphadimidine.

Dia kata amat sukar nak cari ubar tersebut, jadi dia minta saya belikan pada mulanya agak keberatan tapi saya bantu juga harganya RM27 tambah pos jadi RMRM35 jadi dia bayar saya RM40, katanya RM5 upah saya..... he....he saya cuma menolong saya bukan Ah Long....he he...
tapi saya rasa puas jugak sebab dah dapat membantu sahabat penternak kambing lain untuk memajukan perniagaan bersama.

Kita perlu menanam sifat ini jangan tamak dan hapuskan sifat hasad dengki, jadilah penternak dan perniaga yang mulia hatinya InsyaAllah ada imbuhan yang akan menanti...

Sehingga ketemu lagi....

1 ulasan:

cdeebiz berkata...

Air Kitosan untuk tumbesaran ternakan & tanaman lebih cepat besar & kualiti, testimoni di http://airkitosan.blogspot.com/2009/08/cerita-kitosan-di-youtube.html

Powered By Blogger