Selasa, 4 Mac 2008

Gambar Kandang

Seperti yang saya janjikan dulu yang saya akan sertakan wajah kandang Fasa II keseluruhannya. Tapi janganlah gelak ya....maklumlah penternak yang berangan nak jadi jutawan tapi belum lagi...jejaknya dah nampak usaha kena dipertingkatkan untuk kearah jutawan.



Apa macam ok tak? Hah sekarang kandang dah besar cuma nak tambah kambing lagi tapi kena tunggu dulu, dana tak cukup.

Kandang kali ni bolehlah masukkan 50 ke 80 ekor kambing....jadilah untuk Kandang Fasa kedua ni.....

Teringat cakap bos dulu...kita bila nak berniaga, modal tak banyak kenalah mula dengan kecil-kecil dulu. Kalau dah tak ada duit berniagalah cara orang miskin.
Pada masa tu saya pun kurang faham tanyalah dengan bos tu niaga orang miskin macam mana? Dia pun cerita, kalau niaga orang miskin kalau boleh gunakan sumber percuma yang ada, maksudnya disini kawal kos, jangan asyik nak belanja beli macam-macam untungnya belum tentu lagi. Jadi saya pun terfikir niaga orang miskin ni macam orang buka meja tepi jalan tak yah sewa kedai atau warong, dah jimat.

Jadi kengkawan yang lain bila nak mula? Kalau start sekarang InsyaAllah mungkin dah bertambah kambing.

Jangan bertangguh.

Selangkah menjadi jutawan

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kandang fasa II tu berapa kos nya...
Saya dalam proses utk membeli karya sedara tu. Menarik la.

Cuma nak tahu, possible tak kalau ternak kambing ni sebagai Part Time / Side Income. Atau kena berhenti kerja jugak???

Orait. Wassalam

P/S: Tgh berusaha utk jadi penternak ketam nipah