Ahad, 23 Mac 2008

Bekas Banduan Penternak Berjaya

Keratan Utusan Malaysia

Tertarik dengan berita Utusan Malaysia pada 20 Mac 2008, seorang bekas banduan, En. Hamzah Ahmad telah menunjukkan kesungguhannya untuk mengubah nasibnya menjadi insan yang bertanggungjawab.

Beliau telah mengubah kehidupannya dengan menceburkan diri dalam pertanian. Berkat usaha yang bersungguh beliau kini memiliki ternakan kambing sebanyak 150 ekor hasil usaha beliau sendiri. Disamping mengambil upah menebang pokok getah, pokok hutan dan mengusahakan kedai runcit untuk menampung kos makanan ternakan kambing. Usaha beliau bukan sekelip mata malah telah mengambil masa hampir 10 tahun untuk berjaya seperti hari ini.

Apa yang menjadi persamaannya dengan semua penternak baru adalah untuk mendapatkan pinjaman dari pihak-pihak tertentu bagi menampung kos ternakan kambing yang kian menigkat, walaupun beliau telah memperolehi pendapatah tetap hasil dari ternakan tersebut tapi masih tidak daat menyakinkan institusi yang berkenaan untuk memberikan pinjaman dan sebagainya.
Semagat beliau harus menjadi contoh belia-belia negara untuk terus maju dalam hidup ini walaupun pada mula akan melalui pelbagai kepayahan.

Semoga saudara Ahmad Hamzah berjaya dalam pertanian ini dan menjadi usahawan tani yang di segani.
Untuk membaca keseluruhan artikel berkaitan sila klik disini


Selangkah menjadi jutawan.

Tiada ulasan:

Powered By Blogger