Rabu, 18 Februari 2009

Ibu Kambing selepas beranak.

Salam sejahtera ketemu lagi...

Hah lega nampaknya.... kambing pun dah beranak dan mulalah tambahan keluarga dalam kandang ni....

Bila bermain dengan anak kambing ni tentu seronok sebab comel dengan telatahnya.

Tapi jangan lupa juga dengan kesihatan ibu kambing yang perlu dijaga.

2 minggu lepas beranak ibu kambing tadi eloklah di suntik dengan Vitamin ADE3C/ADE Fortex 3-5ml, boleh didapati di farmasi haiwan atau di Lazuli, saya suka guna Lazuli sebab semua ubat mereka ada dan mereka juga menyediakan khidmat oleh Doktor Haiwan yang khusus untuk menjawab pemasalah penternak. Bukan saya pemilik atau pekerja Lazuli.



Vitamin ADE3C/ADE



Pemiliknya pun saya tak kenal, kalau dia baca ni bolehlah belanja saya pekena teh tarik...kah...kah...

Ok pastikan ubat tersebut di suntik setiap 2 minggu sekali. Suntikan perlu diberi bawah kulit.

Kemudian diberikan ubat Minerasol 3ml setiap 1 bulan sekali. Ini pun disuntik bawah kulit jugak.

Harga ubat Vit ADE3C/ADE Fortex = RM36 untuk 100ml. Untuk Minerasol pula = RM36 untuk 100ml.

Kos ubat memang berpatutan. Pemberian multivitamin ni bukan apa untuk memastikan kecergasan dan kesihatan ibu terjamin supaya boleh bunting dan beranak lagi. Jika ibu kambing sihat ia boleh memberi anak yang sihat dan cergas kepada penternak.

Jika ini tidak diambil peduli maka susah juga penternak nak dapat anak kambing yang banyak dan sihat serta cergas.

Pada masa ini ibu perlu diberikan makanan yang banyak dan berzat, dapatkan juga pallet untuk ibu menambah tenaganya. Makanan yang cukup akan memberi tenaga serta memberi susu yang banyak untuk anak kambing membesar.

Rumput amat sesuai diberikan kerana mengandungi protein yang banyak. Ibu kambing perlu diberi 0.5 kg dan ditambah kepada 0.8 hingga 1 kg untuk seekor pada tiap-tiap hari.

Bagaiman sekarang? Mudah kan nak jadi penternak kambing jika kita tahu cara dan belajar kaedahnya.


Pada minggu depan saya akan berkongsi tentang penjagaan anak kambing pula.

======================================================
Ebook, RahsiaKambing.com rahsia penternakkan yang perlu dimiliki oleh semua orang. Lengkap untuk mereka yang ingin mengetahui dunia penternakkan.
======================================================

Isnin, 9 Februari 2009

Kambing dah beranak

Salam sejahtera,

Semuanya ok kan....

Kali ni nak cerita apabila kambing beranak. Macam biasa kita perhatikan ibu kambing tersebut. Tengok kalau-kalau air ketubannya dah pecah. Bila dah pecah kita akan nampak kaki dan kepala anak kambing akan keluar dengan perlahan-lahan. Tapi jika tiada pergerakkan atau kesukaran anak kambing tersebut, jadi tindakan anda adalah untuk menjadi bidan.

Basuh kedua-dua tangan anda bersih, kemudian lumurkan dengan minyak kelapa, jika tak ada memadai dengan melumur dengan sabun basuh pingan mangkuk jenis cecair supaya mudah untuk anda seluk kedalam ruang peranakkan ibu kambing tersebut.

Seluk sebelah tangan dan mula raba untuk dapatkan kaki depan atau belakang. Pastikan anda dapat kedua-dua belah kaki tersebut dan mula tarik perlahan-lahan.

Ada juga sesetengah anak hanya dapat keluar kaki depan tapi kepalanya sangkut maka masukkan semula kakinya dan cari kepalanya dan tarik kepala dan kakinya perlahan-lahan.

Apabila anak dah dilahirkan pastikan ibu jilat lendir dibahagian hidungnya. Jika ibu tak jilat pastikan anda membersihkan sedikit dibahagian hidungnya supaya anak kambing tadi tak lemas.

Kemuadian biarkan saja, jangan sentuh anak kambing baru lahir dikhuatiri ibu tak nak dekat dengan anak kerana ada bau lain pada anak kambing tersebut.

Sesudah kelahiran pastikan juga anak kambing tersebut mendapatkan susu ibu pertama yang mengandungi kolestrum dalam tempoh 72 jam atau 3 hari kalau tidak anak ini akan mati.

Susu awal ibu ni amat penting memberi tenaga dan ketahan badan anak kambing tersebut. Macam susu ibu jugaklah.

Semuanya dah ok pastikan anda sembur iodin pada tali pusat anak kambing. Pada masa ini uri mungkin dah jatuh dan bolehlah tanam. Kadang-kadang ia mengambil masa 1 hari juga untuk uri jatuh, kalau kambing dah makan tak apa.

Pada masa ini bersihkan kandang sekali lagi dan bersihkan kawasan peranakkan ibu kambing supaya tiada kuman atau ulat yang hinggap oleh kerana bau darah.

Ada juga ibu kambing yang mengeluarkan macam tali pusat yang tergantung. Awas jangan tarik, sebaliknya ambil batu yang sedang-sedang beratnya ikat tali tersebut dan biar ia tercabut dengan sendir, takut tali pusat itu masih ada urinya dan jika ditarik takut uri tinggal dalam dan ini akan menyebabkan kematian ibu kambing nanti.

Tali pusat yang tergantung tadi, perlu di sembur dengan iodin untuk mengelakkan daripada serangan kuman.

Ok segalanya dah selesai kalau anak yang keluar lebih dari 2 maka susu bantuan perlu diberikan selepas mendapat susu ibu yang pertama.

Mamimune boleh diberi 1 pam sekali sahaja. Dan diberikan tiap-tiap hari sekali kepada anak-anak yang masih lemah.

Mamimune ni harga di Lazuli Sdn Bhd lebih kurang RM35 sebotol. 1 Botol ada 200ml.

Seekor anak kambing perlukan 1 pam sahaja, 1pam = 2ml jadi 1 botol boleh diberi kepada 100 ekor anak kambing untuk sekali pam.

Cuma jika anak kambing yang bermasalah aje diberi lebih daripada 1 hari. Taklah mahal sangat. Harap Lazuli Sdn. Bhd. tak naikkan hargalah... he...he.

Penjagaan anak tak remeh sangat cuma pastikan anak kambing dengan ibu dan anak tak boleh keluar kekandang lain takut terpijak dengan kambing lain.

Pada seterusnya tentang penjagaan ibu selepas beranak dan ubat yang diperlukan.


Jumpa lagi.....

Jumaat, 6 Februari 2009

Kursus Ternakkan Kambing

Salam sejahtera,

Ni saja nak mencelah kat Edisi Khas tentang kursus ternakkan kambing yang akan diadakan oleh mentor saya Cikgu Halim di Bukit Payung, Alor Gajah, Melaka 20 meter dari susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah.

Berikut maklumat tentang kursus tersebut:-

Tarikh : 14 - 15 Februari 2009 (2 hari)

Masa : 8.30 pagi - 6 petang

Kepada mereka yang berhajat nak jadi penternak tu eloklah pergi, kalau datang luar dari Melaka jangan risau kat situ pun ada Homestay kadarnya pun murah.

Gi kursus ni tak rugi, banyak boleh diajar. Hah... hari kedua paling seronok dapat buat praktikal, bermain dengan kambing, suntik kambing, buat makanan kambing sendiri dengan menggunakan fomular Cikgu Halim yang sememengnya tak kedekut ilmu. Walaupun dah hampir 2 tahun saya gi kursus dia tapi sampai sekarang dia masih membantu.

Bab makan pun best jugak, sebab waktu ni merasalah lauk pauk kampung.
Bab bayaran kalau tak silap saya hanya RM200 sahaja. Hah mana nak dapat gi kursus, ada makan, minum untuk 2 hari belajar suntik kambing lagi Kos cuma RM200, Fuhhh murah tu.

Biasanya diakhir kursus Cikgu Halim ada menjemput mereka yang dah berjaya dalam bidang pertanian dan ternakkan, masa saya dulu ada brother ni berjaya buat ladang mangga.

Kepada mereka yang berhajat sila hubungi Cikgu Halim terus di talian 013 6560995, tempat terhad siapa cepat dia dapat.

Selamat berkursus.


========================================
Panduan Asas penternakkan yang perlu dimiliki
www.RahsiaKambing.com
========================================

Persediaan Ibu Kambing Beranak.

Saat yang dinantikan telah tiba, selama hampir 4 bulan lebih ditunggu, saat beranak kambing kita akan memberi kegembiraan kepada pemiliknya.

Sebelum kambing tadi beranak, persediaan berikut perlu dibuat

1. Bersihkan kandang untuk mengelakkan dari kekotoran dan semut.

2. Sediakan guni sabut terpakai untuk dialas pada ruangan kandang ibu itu
sebelum ibu kambing beranak. Ia bertujuan untuk mengelakkan kaki anak
termasuk pada celah lantai yang jarang.

3. Sediakan kain yang bersih, tujuan untuk lap lendir pada hidung anak
kambing yang baru lahir jika ibu kambing tak jilat. Sediakan ubat iodine
jenis sembur untuk di sembuh pada tali pusat anak kambing dari dijangkiti
kuman.

4. Jika boleh beli juga mamimune, merupakan susu tambahan anak kambing
jika terdapat lebih dari satu ekor yang keluar nanti. Pengalaman saya apabila
ibu kambing saiz biasa bila melahirkan empat ekor anak dan susu ibu tak
cukup. Seekor anaknya mati sebab tak cukup susu. Fuhhh sebak jugak, yalah
dianugerahkan 4 ekor tapi tak dapat nak jaga semuanya....sedih rasanya.

Ok nampaknya semuanya dah sedia, kena tengok juga ibu kambing. Jika dia dah mula mencakar-cakar lantai, dibahagian buntutnya dah mula menunjukkan kemerah-merahan, dia dah mula duduk aje, so standby ajelah untuk beranak bila-bila masa. Kalau boleh kurangkanlah aktiviti keluar, duduk aje rumah untuk memastikan bila kambing beranak anda ada.

Saya bersyukur juga bila saya keluar kadang-kadang jiran Abang Zali, turut membantu.

Jadi masa untuk menunggu untuk beranak....

Jumpa lagi minggu depan apabila kambing beranak........bab ni yang best ni.

Rabu, 4 Februari 2009

Kesihatan Anak Kambing

Salam Sejahtera,

Nampaknya ibu kambing dah pun sihat. Pada minggu ini saya nak kongsi bab penjagaan anak kambing selepas beranak.

Seperti terdahulu susu awal ibu perlu diberikan kepada anak kambing, adakalanya anak kambing susah nak menyusu. So kalau boleh suakan mulut anak ke punting ibunya dan perahkan sikit susu tersebut.

Kalau anak kambing dah boleh menyusu dengan senang maka takyah risau lagi.

Ada kalanya terdapat tinja/ tahi pada anak kambing yang keluar warna kekuningan dan pekat serta melekat pada buntut kambing, jangan panik, dulu saya pun panik juga.... itu adalah tahi dari makanan yang dimakan semasa didalam perut ibunya, ini perkara biasa dan mengambil masa 2 hingga 5 hari.

Cara untuk bersihkan tinja yang melekat tu mudah aje, ambil kain buruk dengan air suam basuhkan perlahan-lahan sehingga tinja tersebut jatuh dengan sendirinya.

Untuk tempoh 1 hingga 2 bulan biarkan anak dapatkan susu ibu, mana yang lemah tu bolehlah diberikan mamimune untuk memastikan anak kambing itu tegap dan sihat.

Pada usia 3 bulan lebih anak kambing tersebut bolehlah diberi makanan untuk anak kambing berbentuk pallet. Makanan ni mahal sikit, seeloknya beri pada anaknya sahaja, kalau bagi pada ibu memang sukalah si ibu nanti sekejap aje habis.

Pada usia 3 bulan dan keatas bolehlah cuba-cuba asingkan anak dengan ibunya.

Begitulah proses penjagaan anak kambing. Penjagaan ini penting untuk memastikan tumbesaran tidak terbantut.

Semoga berjaya.
Powered By Blogger