Keratan akhbar Utusan Malaysia, Jumaat, 8 Feb 2008
Apa yang menariknya tentang rencana ni adalah maklumat tentang bekalan ternakan tempatan sehingga kini hanya diparas 8% sahaja. Hah bayangkanlah hanya banyak itu sahaja yang ada kat Malaysia ni mana perginya 92%? dah tentulah di import dari luar. Masih ragu-ragu untuk mencari pasaran?
Dalam rencana itu juga menteri asas tani telah mengumumkan bahawa negera telah membelanjakan lebih RM3 billion untuk mengimport daging lembu dan kambing pada tahun 2007. Apakah petanda ini? dah tentulah duit kita banyak keluar bukan.
Bagi memastikan bekalan daging kambing di Malaysia mencukupi kita perlu memiliki 793,037 ekor kambing dan biri-biri pada tahun 2010 wah banyak tu. Bagi penternak yang memiliki 10 ke 20 ekor kambing di kategorikan sebagai penternak kampung, 200 hingga 500 ekor adalah penternak di kategori pertengahan. Jadi kategori kampung ni selalunya akan mengalamai masalah pemasaran kambing mereka. Hanya sekadar memenuhi permintaan disesebuah kampung atau mukim, ini perlukan perubahan, supaya kategori kampung ini boleh melonjak ke ketagori sederhana.Walaubagaimanapun usaha kerajaan bagi merancakkan industri ini perlu dipuji kerana telah membuka mata dan minda masyarakat untuk menggunakan tanah pertanian sepenuhnya. Kat kampung saya pun dah kurang tanah terbiar, paling tidak pun mereka dah start tanam rumput ternakan yang boleh dijual kepada penternak kambing dan lembu, oleh kerana kos pallet yang agak tinggi.
Para penternak dan bakal penternak jaga pandang belakang lagi.... kuatkan semangat dan berusahalah bersungguh-sungguh anda pasti berjaya kerana masih banyak lagi peluang yang ada.
Selangkah menjadi jutawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan