Sabtu, 18 Ogos 2007

Kandang Episod 2

Hah....
Seperti yang dijanjikan inilah antara gambar-gambar kandang milik saya (kecik aje….) dan rakan saya, jaraknya selang sebuah rumah aje…
Inilah kandang saya
Dua minggu lepas saya sempat balik kampung, lepak ngan jiran saya sembang pasal kematian ank kambing dia….dia kata anak kambing tu mungkin tak cukup bulan…baka boer kacuk kampung…sayangnya…tapi dah tak ada rezeki.

Kandang jiran saya.
Setakat ni dia dah ada lebih 20 ekor tapi semuanya masih kecil dan dara lagi.

Tapi bagi penternak ini merupakan lumrah, ada kalanya dapat anak tak sampai beberapa hari mati…ada tengah bunting pun mati. Tapi ini Semua ujian….bagi kesabaran kita untuk bergelar penternak dan pengusaha. “Bukan senang nak jadi senang”.

Disini juga saya nak kongsi beberapa tips untuk membina kandang. Saya akui saya bukanlah pakar membina kandang atau penternak yang berjaya tapi dari pemerhatian, perkongsian ilmu bersama rakan-rakan, kajian di laman web dan juga pengalaman saya rasa elok kita kongsi tentang tips untuk membina kandang.

1. Kayu Second hand @ terpakai.

- Kedai yang menjual. Survey harga
- Orang yang nak jual rumah, dengan cara ni pun boleh dapat kurangkan
kos kandang.
- Tapak industri/ kaws. perumahan, yang ini kalau rajin bertanya dengan
tauke projek dapatlah....

2. Upah tukang buat kandang.

- Tanya orang-orang yang dah menggunakan perkhidmatan mereka,
dapatkan pandangan mereka.
- Pergi tengok kandang yang pernah mereka buat.
- Bayar secara beransur@ progress fees, bukan apa ramai jugak kengkawan
mengadu tetang tukang buat kandang ni...bila dah dapat duit mula buat
hal...tapi tak semua macam tu...

3. Buat bilik untuk kambing. Bagi persediaan dan pengasingan kambing yang nak melahirkan dan kambing yang bermasalah.

4. Pastikan juga bekalan air bersih mudah didapati...kalau nak senang
buatlah paip air ke kandang...saya hampir habis RM500 untuk sambung
paip dan elekrik...bekalan elektrik bukannya apa mudah kalau ada apa-
apa hal tengah malam.
5. Sapukan minyak enjin terpakai yang dicampurkan dengan diesel dilantai
dan tiang ini bertujuan untuk mengelakkan kambing mengigit kayu
berkenaan. (Terima kasih kepada cikgu Halim dan isteri yang bagi tips
ni.)

Setakat ni dulu buat kali ni ....akan datang kita kongsi lagi tetang pembinaan kandang.
So...jangan tunggu lagi mulalah buat kandang....takkan nak tunggu arkitek luluskan plan kot...he...he
Selangkah menjadi jutawan.....

Ladang Kuala Nerang

Saya tertariki dengan artikel dalam The Star hari ni tetang kegigihan Datin Razmah Kassim dan suami Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Bukan setakat ladang ternakan kambing aje, buah naga (dragon fruit) serta cendawan....kalau ada peluang nak jugak pergi tengok.
Datin Razmah juga telah dianugerahkan Penternak dan Peladang Jaya 2000 peringkat Negeri.

Mereka ni dah pernah duduk Amerika hampir 15 tahun, lepas tu balik Malaysia terus buat projek ni kot....

Tapi saya tertarik dengan ketekunan mereka sebab 12 tahun do buat kerja ni....bukan satu jangka masa yang singkat untuk kita bejaya...

Harap saya boleh success juga satu hari nanti...

Untuk berita lanjut tentang pasangan ni bolehlah layari di sini http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2007/8/16/north/18473791&sec=north

Selasa, 7 Ogos 2007

Kandang Kambing

Fuhhh, kini kita masuk bab bincang tentang membina kandang...

Ramai yang berpendapat nak bina kandang memakan belanja yang besar. Memang betul kalau besar kandangnya besarlah duitnya...he...he...

Ibu kata ada juga orang yang membina kandang kambing tanpa dirancang dengan teliti akhirnya...kandang siap kambing tak masuk lagi....sebab modal dah habis buat kandang.

Pertama apabila kita bincang bab membina kandang kita kena rancang dengan teliti walaupun kambing hanya 2 hingga 10 ekor...perlu dirancang. Fikirkan terlebih dahulu berapa ekor yang perlu anda bela atau ternak.

Saya memulakan dengan 6 ekor kambing 1 jantan baka Jamnapari dan 5 kambing betina baka kampung.
Dengan bilangan 6 ekor itu saya telah membina kandang berukuran 15 x 20 kaki. Dengan dua ruang iaitu 10x10 kaki dan 5 kaki sebagai laluan.

Dengan kadar keluasan kandang ini ia boleh memuatkan 20 ekor kambing...tapi agak padat jugaklah.
Tapi bila bilangan kambing dah bertambah barulah boleh besarkan kandang. Yang penting matlamat untuk menjadi penternak dah pun bermula.

Keduanya tempat kandang itu dibina. Perlu diberikan perhatian, sebaik-baiknya biarlah berdekatan dengan rumah (maksud saya jika ada apa-apa hal bolehlah pergi jenguk). Jika dekat rumah maka lain-lain kemudahan seperti bekalan air, elektrik, tempat menyimpan dan lain-lain lagi yang telah tersedia.

Ketiganya tentang keselamatan kandang maksud saya bukanlah kena ada CCTV atau pak guard pulak. Kandang anda perlu berada di zon selamat daripada binatang berbisa seperti ular dan tidak dilupakan manusia...(pencurilah) tak semua fikir perkara ini tapi kena ambil perhatian juga, jangan ambil mudah.

Petang tadi saya dapat berita jiran saya yang sama-sama menternak, kambingnya dah beranak 2 ekor tapi disebabkan jiran saya tu tak tinggal di situ so di pendekkan cerita...kambing tersebut telah beranak tengah malam bila jiran saya datang keesokan harinya 2 ekor anak kambing tu dah pun mati mungkin disebabkan terpijak atau lemas saya turut bersimpati. Sekurang-kurangnya ia merupakan satu pengalaman bagi dia dan saya.

Akan datang saya akan sambung tentang bina kandang kambing dengan kos yang murah...jiran saya telah membina kandang 20 x 50 kaki dengan kos dibawah RM10,000 (tidak termasuk upah) Huh? macam mana?? Pada akan datang juga saya akan tunjukkan kandang saya yang comel...untuk permulaan.

Selangkah menjadi jutawan.....

Isnin, 6 Ogos 2007

Kogsi Pengalaman

Ramai yang telah menceburkan diri dibidang pertanian dan penternakan sejak akhir ini. Memang pulangannya amat lumayan dan ada juga yang telah bergelar jutawan tani.

Ramai juga yang telah menerokai dunia pertanian dan penternakan ini dan tak semua yang berjaya, hanya mereka yang bersungguh-sungguh yang akan berjaya itu memang lumrah.

Saya terpanggil dengan tulisan blog-blog rakan yang lain. Bercerita, berkongsi pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang di ceburi secara tidak langsung memberi galakan dan cabaran kepada mereka yang masih berbelah bagi untuk berbudi kepada tanah (termasuklah menternak). Walaupun sesetengahnya masih baru dan belum boleh bergelar jutawan tetapi langkah kearah jutawan telah dimulakan.....

Saya pun ada cita-cita nak jadi jutawan, tapi perancangan perlu dilaksanakan dengan teliti.

Disini saya ingin bercerita dan berkongsi pengalaman saya dalam penternakan kambing, yang sering menjadi tumpuan pada masa kini.

Pada mulanya saya kurang yakin dengan kemampuan diri untuk menjadi penternak.

" Nak berenti kerja? Jangan....fikir habis-habis dulu..."

" Kau nak bela kambing....dah ramai buat kat mana kau nak jual nanti?"

"Siapa yang nak jaga? Kau kat KL....ada masa ke?"

Memang inilah yang menjadi penghalang utama jika minda kita di halang dengan perkara yang negetive, tanpa mencba terlebih dahulu.

Bulan Mac 2007, saya beranikan diri menghadiri kursus (bayar sendiri) di Bukit Payong, Alor Gajah, Melaka yang di anjurkan oleh Cikgu Halim Ab Jalil bersama isterinya. Mereka bermula dari 4 ekor dengan hanya menggunakan reban ayam sebagai kandang dan hingga mempunyai 500 ekor dan yang terkini mereka merancang untuk menternak 1,000 ekor kambing kandang dah mula bina kini dalam proses nak masukkan kambing.(fuhhh kalau cerita pasal permulaan Cikgu Halim ni mungkin tak cukup...nanti saya ceritakan bila dah dapat kebenaran...he...he)

Bulan Mac telah berlalu, begitu juga bulan April, Mei dan Jun tapi langkah pertama masih tak nampak lagi....akhirnya...dengan berkat doa ibu, isteri serta kaum keluarga 16 Jun 2007 bermulalah Cerita Penternak.

Langkah pertama.... kandang oh kandang......

Saya akan ceritakan tentang bina kandang pada cerita akan datang.....ok


Selangkah menjadi jutawan.....

Powered By Blogger