Sabtu, 31 Januari 2009

Ibu Kambing Bunting

Salam Sejahtera,

Memang seronok bila dengar kambing dah bunting. Ya lah apa tak seronoknya kandang kita akan bertambah anggota keluarganya.

Biasanya bila kambing telah dikahwinkan dengan jantan, maka kambing tu pun akan bunting. Tempoh purata dianggarkan adalah selama 145 ke 150 hari atau lebih kurang 4 ke 5 bulan.

Jadi kambing ni boleh beranak hampir 3 kali setahun dan 50% kembar 2, ada yang beranak sekali empat ekor, itu rezekilah.

Ibu yang bunting ni elok diasingkan dengan kambing lain especilly kambing betina yang lain sebab ada diantara mereka yang jelous.

Kalau boleh berilah makanan yang secukupnya sebab kambing ni makan untuk anak dalam kandungan sekali. Pastikan air minuman bersih. Berikan multivitamin untuk menguatkan tenaga ibu kambing.

Bagi mereka yang mengamalkan sistem lepas dalam kawasan, saya nasihatkan pantau kambing yang bunting ni apabila dilepaskan dipadang yang luas kerana pada ketika inilah adakalanya kambing lain cuba menanduk atau berlaga sesama mereka.

Ini pengalaman saya apabila kambing bunting cuba ditanduk kambing jantan, jadi waktu lepas ke kawasan lapang saya tambat kambing jantan ni supaya tidak begitu bebas sangat.

Sesekali kambing bunting ni kena juga lepas di kawasan lapang untuk senaman, jadi senanglah nanti bila nak beranak. Ya! macam manusia juga kena jalan banyak-banyak supaya mudah bersalin nanti.

Pemeriksaan dengan kaedah rabaan juga perlu dibuat terhadap kambing yang bunting ni supaya kita dapat kesan dengan cepat jika berlakunya sebarang penyakit yang berkaitan dengan kulit dan lain-lain.

Ohh ya terlupa juga nak cerita, kaedah pengasingan juga membantu kita mengenal pasti jika kambing tadi mengalamai cirit birit atau terdapat cacing dalam perutnya, kebiasaannya ini jarang berlaku. Tapi pengawasan penting untuk mencegah dari berlaku.

Begitulah pengawasan dan penjagaan kambing bunting. Untuk maklumat tentang ubat atau multivitamin anda dinasihatkan menghubungi Pegawai perubatan Jabatan Haiwan Daerah untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang perkara tersebut.

Pencegahan adalah lebih baik dari mengubati.

Minggu depan persediaan untuk ibu kambing beranak.

Jumpa lagi

=====================================================
RahsiaKambing.com
Ebook Panduan Penternakkan yang lengkap dan dipenuhi dengan
gambar-gambar yang menarik. Dapatkan hari ini.
=====================================================

Isnin, 26 Januari 2009

Edisi Khas Penternak Kambing

Salam sejahtera semuanya.

Macamana dengan kedatangan tahun baru ni? Kepada merak yang dah mula berkecimpung dalam dunia penternakkan saya ucapkan tahniah! Pada yang masih nak kumpul modal tu, kumpullah cepat-cepat kalau dah niat baik akan ada imbuhannya.

Pada mereka yang masih ragu-ragu, dapatkan buku Rahsia Kambing supaya hilang keraguan dan dapat penetapan diri.

Pejam celik dah hampir 1 tahun 6 bulan, saya menceburkan diri dalam dunia penternakkan kambing ni, setakat ni dah ada 27 ekor kambing. Tanpa pinjaman atau subsidi semuanya hasil usaha sendiri dan galakkan keluarga.

Kalau tak ada apa-apa halangan target tahun ni untuk dapat 50 ekor kambing mungkin akan tercapai. Doalah sesama ya...

Pada edisi khas ni saya akan banyakkan berkongsi pengalaman tetang kambing bunting, beranak serta penjagaan anak yang baru lahir.

Kepada mereka yang berminat nak dapat info percuma ni hantarlah email kepada saya dengan tajuk Edisi Khas Kambing di faridsulaiman@gmail.com ingat jangan spam, ke email saya pulak, saya ingin menolong....jadi janganlah salah guna email saya.

Edisi khas ni saya akan menceritakan pengalaman tentang penjagaan ibu kambing yang bunting, selepas beranak dan penjagaan anak. Saya harap ini salah satu cara saya dapat membantu mereka yang mahu berjinak-jinak dengan dunia penternakkan.

Jangan lupa hantar email anda.

Jumpa lagi.....

Isnin, 19 Januari 2009

Menternak boleh jadi JUTAWAN SEGERA

JUTAWAN SEGERA !

Ya, siapa nak jadi jutawan mulalah menternak tak kiralah kambing ke, lembu ke, kerbau ke, ayam ke....macam-macam lagi.

Tapi kalau bab yang SEGERA tu saya ada keraguan sikit.

Semua orang nak jadi JUTAWAN SEGERA.... yalah siapa tak nak bergelar jutawan segera. Tapi sebenarnya tak semua orang bernasib baik, contoh mereka yang boleh menjadi JUTAWAN SEGERA.

1. Apabil tanah dibeli oleh Syarikat Swasta.
2. Apabila no ekor naik
3. Pelaburan kewangan mendapat pulangan
4. Pengasas Syarikat Jualan Langsung
5. Pengasas Perisian Komputer
6. Pewaris Harta yang ditinggalkan.


Perkara diatas adalah mereka yang mungkin menjadi JUTAWAN SEGERA. Apa yang menarik minat saya beberapa hari lalu apabila membaca akhbar Uusan Malaysia tentang seorang yang kena tipu dengan salah sebuh Syarikat yang menjalankan sistem kontrak penternakkan.

Dengan bermodalkan RM15,000 anda boleh memiliki 100 ekor lebu. WOW! Tawaran yang amat menakjubkan. Yang lagi bestnya tu ia di sokong oleh Medec. Lagilah bertambah yakin orang.

Tapi hakikatnya lepas bagi RM15,000, sehingga pelanggan tersebut membuat laporan polis beliau masih tak nampak lembunya walaupun seekor.

Apa yang menjadi pengajaran dari cerita ini, ada syarikat yang mengambil kesempatan dari keghairahan untuk menjana pendapatan tambahan dari penternakkan. Tapi mereka mempergunakan orang yang benar-benar mencari pendapatan tambahan.

Kita perlu mengkaji terlebih dahulu untuk memastikan syarikat yang menawarkan perkara sebegini wujud. Semak mana ladangnya, semak dengan kengkawan pernah tak mereka jumpa projek ni. Siapa pemiliknya. Semak pendaftaran syarikatnya.

Sebab jika tersalah melabur, silap-silap leburlah wang kita.

Sebenarnya tiada yang mudah untuk menjadi JUTAWAN dalam dunia penternakkan, cuma kena kerja kuat, bersungguh dan berdoa. Mentor saya yang memiliki 4 ekor kambing dan kini dah ada 1000 ekor kambing kalau di kalikan dengan RM600 setiap seekor beliau dah ada RM600,000 dah hampir jutawan dah. Tapi bukan sehari dua untuk mencapai angka tersebut, beliau mengambil masa 7 tahun untuk berjaya.

Bagi pandangan saya untuk melabur kita kenalah cari asas yang sebenar dan kalau boleh buatlah sendiri walaupun 2 ekor kita bermula pasti segala usaha akan mendatangkan hasilnya.

KEARAH JUTAWAN PENTERNAK KAMBING.

Selamat Menjadi Jutawan.

Jumaat, 2 Januari 2009

Extra Income

Pada 2 hari yang lalu, terjumpa rakan sekampung yang lama tak jumpa, sambil pergi minum kat warong mamak sambil tu rancak jugaklah bercerita.

Rupanya rakan saya ni baru aje ditawarkan VSS, ya...lah walaupun dapat duit pampasan, tapi duit kalau di guna tiap-tiap hari lama-lama habis juga. Jadi member saya ni mulalah nak buat apa yang patut untuk menampung kos perbelanjaan hariannya.

Dari situ macam-mcamlah yang difikirkan, saya rasa anda pun tahu apa yang dia nak buat bukan?

Berniaga.

Saya bukanlah tak setuju cuma saya nyatakan pada beliau, berniaga ni banyak risikonya lagi pun kena fikirkan apa yang nak di niagakan. Sekarang semua orang dah mula berjimat cermat dan tak nak boros berbelanja.

Terlintas pulak cerita, masa mula-mula saya nak buat projek ternakkan dulu, dia pernah cakap pada saya, kerja dah bagus gaji pun dah ok buatapalah nak susah-susah nak ternak kambing. Simpan ajelah kat bank duit tu. Tapi matlamat saya lain ternak kambing untuk dapat Extra income dan juga persediaan untuk hari tua saya bila dah pencen. Kalau masa dah umur 56 baru nak buat saya rasa tak larat.

Kawan saya mula teringat apa yang pernah kami sembangkan dulu, kalaulah dia ikut cara saya mungkin kambing dia pun dah banyak. Tapi perkara dah lepas.... dia pun terkejut juga bila tahu bilangan kambing saya dah mencecah 27 ekor, dan 2 ekor telah saya jualkan dengan harga RM650 dan RM900.

Kalau dapat VSS dan dah ada ternakkan kambing boleh jugak aku balik kampung bela kambing... ini baru nak start...bila pulak nak dapat hasinya.

Apa yang boleh saya kongsi kat sini, walaupun kita dah ada kerja tetap dan selesa tapi kita perlu persiapkan diri dengan kemungkinan yang akan berlaku. Jika saya masih bertangguh untuk memulakan projek ternakkan saya, mungkin hingga kini pun saya tak mulakan.

Sokongan dari orang sekeliling kita juga amat diperlukan terutama ibu bapa, isteri dan anak-anak kerana ia akan melibatkan pengorbanan mereka, adakala kita cuma bercuti dikampung untuk menjaga ternakkan kita, sedangkan rakan-rakan mereka pergi bercuti ke Langkawai atau bercanda di tepi pantai.

Apa pun langkah pertama adalah terus mulakan projek anda secara kecil-kecilan dahulu dari situ baru kita rancang untuk membesarkan projek kita.


Kepada mereka yang diberhentikan kerja, jangan putus asa, ini bukan penamat riwayat hidup kita, masih banya perkara yang boleh dilakukan untuk terus hidup, cekalkan hati kuatkan semangat dan sentiasa berdoa.


Selamat maju jaya hendaknya.