Jumaat, 26 Disember 2008

Tambah Pendapatan

Kebelakangan ni, ramai orang mula dah terasakan ledakkan ekonomi yang tidak menentu, kilang-kilang dah mula kurangkan orang. Mana yang dulu ada overtime dah start di catu, ada juga yang dimansuhkan terus overtime. Memang dah keadaan dunia sekarang ni mengalami krisis ekonomi yang amat besar.

Ramai yang mula mengambil langkah lebih berhati-hati bila berbelanja. Termasuk saya juga. Sebagai penternak kita kena bijak juga nak berbelanja. Langkah pertama yang telah saya buat adalah menanam rumput napier. Kini perbelanjaan makanan kambing saya dapat dijimatkan.

Langkah saya kedua, adalah menjual rumput. Setelah membeli mesin potong rumput saya pun buat jualan secara kecil-kecilan untuk rumput yang telah dipotong seguni dengan berat 20kg saya jual dengan harga RM9, oklah ada sambutan jugak.

Langkah ketiga, dengan adanya mesin potong rumput ada juga rakan-rakan yang menternak kambing dan kebanyakan mereka ni ada tanam rumput, cuma mereka tak ada mesin potong rumput jadi saya ambil kesempatan ini memberi khidmat potong rumput, setiap satu guni penuh caj nya RM3, lepas duit elektrik ngan air untuk kandang jadilah.

Langkah keempat, ini saya baru nak buat sementara nak memenuhi masa lapang dan dah ada kemudahan internet ni saya cadang nak tambah pendapatan dengan join satu program MLM yang baru diperkenalkan.

Ahhhh saya tau ramai yang tidak suka dengan MLM, tapi di Amerika perniagaan inilah yang memberi peluang mereka yang berusaha untuk berjaya menjadi jutawan.

Tadi baru aja telefon kementerian pengguna di Kementerin Dalam Negeri untuk semak kedudukan syarikat tersebut.
Sekarang ni banyak yang menipu jadi kita kena bijak sebelum tertipu, setakat maklumat yang diterima company ni memang sah, dan menjalankan proses MLM dengan betul.

Itulah diantara perkara-perkara yang saya lakukan untuk tambah pendapatan. Masa kita pun tak terbuang begitu saja.

Saya rasa anda juga ada cadangan untuk tambah pendapatan bolehlah kita kongsikan bersama diruangan comment.

Selamat maju jaya.

Khamis, 25 Disember 2008

Mesin Rumput untuk Kambing

Akhirnya jumpa jugaklah mesin rumput untuk kambing, selama ni cari jugak masa expo MAHA lalu tapi kos yang agak tinggi cecah hingga RM3600, jadi niat tu saya tangguhkan dulu.




Kini saya sudah miliki sebuah mesin potong rumput yang amat berpatutan dan buatan tempatan. Harganya kurang dari RM3000. Mudah digunakan, menggunakan motor buatan China.




Dengan adanya mesin rumput ni, kerja-kerja memotong rumput hanya mengambil masa 5 minit saja untuk 20 kg rumput.




Kalau dulu potong rumput pakai secara manual amat memenatkan, mengambil masa 2 jam untuk dapatkan 30 kg. Kini ada mesin ni legalah sikit. Secara tak sengaja bila dah ada mesin ni ada pulak orang cari untuk beli rumput.



Jual jugaklah dengan harga RM19 untuk 40 kg rumput. Saya jual memang timbang, oleh kerana rumput terhad jadi saya jual cuma 80kg seminggu.


Bukanlah niat saya untuk jual rumput, keutamaan saya untuk ternakkan saya dulu kalau ada lebihan baru saya jual pada orang lain.



Selasa, 23 Disember 2008

Rezeki Hujung Tahun 2008

Pada 2 minggu sudah, saya menerima berita yang amat mengembirakan dimana kambing saya telah selamat melahirkan anak dengan 5 ekor sekali gus. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan dalam menternak kambing kini sudah mula terasa bahang kejayaan.

Ramai yang terkejut termasuk juga mentor saya Cikgu Halim juga terkejut dan tumpang gembira dengan berita tersebut.
Pada hujung minggu yang lalu baru kesempatan pulang ke kampung untuk melihat sendiri anak-anak kambing tersebut, tapi dukacita anak kambing tersebut tinggal 4 ekor aje, sebab yang sekor tu dah mati mungkin tak cukup susu, tambahan pula badannya agak kecil dari yang lain.

Walaupun mati seekor tapi digantikan pulak sekor dengan kelahiran baru dari induk kambing lain. Jadi ibu saya tumpangkan seekor anak kambing tadi dengan ibu yang ada anak sekor tersebut.

Kepuasan dan keseronokkan terpancar dari wajah ibu saya serta penjaga ternakkan saya Abang Awang yang telah sama-sama berusaha dengan sabar untuk menjayakan projek ini tanpa pinjaman atau bantuan kewangan dari mana-mana pihak. Maklumlah projek kecil tak ada siapa pun yang pandang, tunggulah kalau dah ada 200 hingga 500 ekor barulah dia orang nak tengok.
Begitulah adat dunia penternakkan.

Bersama ni adalah gambar-gambar yang boleh di kongsi bersama.
Untuk menjadi penternak, dapatkan ebook panduan penternakkan kambing hari ini.






Khamis, 18 Disember 2008

Kebersihan Kandang Kambing

Dah hampir sebulan tak menulis dalam blog ni, maklumlah sibuk sikit dengan urusan harian, tambahan line internet tak begitu bagus pada kebelakangan ni.

Semalam sempat gi Syarikat Lazuli Sdn. Bhd jumpa dengan Dr. Suwaibatul Aslamiah Abas.... hah...susah sebut, tapi lebih mesra panggil dia Dr. Su aje.
Tujuan pergi tu nak dapatkan khidmat nasihat tentang ubat-ubat untuk kambing saya.

Yang menariknya Dr. Su ni memang amat membantu, macam-macam info yang diberikan cuma masa tak mengizinkan sebab ramai yang datang jumpa dia pada masa tu.

Apa yang paling penting yang saya nak kongsikan dengan penternak yang lain adalah tentang kebersihan kamdang.

Kadang kala ada yang terlepas pandang perkara ini. Kandang merupakan tempat yang amat penting untuk kambing. Kandang yang bersih akan mewujudkan kambing yang sihat dan cergas.

3 Perkara perlu anda buat untuk memastikan kandang bersih, iaitu:-

1. Sapu kandang kambing setiap 2 hari. Kalau rajin tiap-tiap hari lagi bagus.

2. Hari ke 4 atau ke 5, cuci kandang tersebut dengan menggunakan cecair
pembersihan yang sesui. Saya baru beli semalam harganya taklah mahal
sangat.

3. Kenal pasti juga kambing yang mempunyai tinja yang pelic sepeti cair,
warna lain dari biasa dan cacing. Boleh nampak kalau kita bersihkan
kandang.

Tambah Dr. Su lagi kalau, kandang bersih kambing akan jadi sihat dan cergas, bila kambing sihat dan cergas akan mengurangkan penyakit, bila penyakit kambing dah kurang akan mengurangkan juga kos-kos perubatan.

Jadi pastikan persekitaran kandang sentiasa bersih. Barulah kambing sihat cergas dan bermutu.

Tahukah anda kos untuk menjaga kebersihan kandang?

Email saya di faridsulaiman@gmail.com

Sekian.