Rabu, 30 Julai 2008

Insuran Ternakan?

Salam sejahtera,
Hah! Pelik ya tajuk pada kali ni.... tapi cubalah baca dan fikirkan bersama mungkin inilah yang dinantikan oleh para penternak.
Persatuan Insurans Kebangsaan (NIAM) memperkenalkan produk insurans baru iaitu insurans khas untuk penternak komersial tempatan yang dinamakan Tani Malaysia.

Tani Malaysia akan dimulakan perkhidmatannya pada September depan dan ia dijayakan oleh sebuah konsortium yang dianggotai 10 ejen insurans dan takaful.

Syarikat-syarikat yang terlibat dalam konsortium tersebut adalah Tani Management (M) Sdn. Bhd., Malaysia Reinsurance Berhad., Labuan Reinsurance
(L) Ltd., Malaysia Reinsurance Berhad dan MUI Continental Insurance Berhad.

Turut serta ialah Oriental Capital Assurance Berhad, Progressive Insurance Berhad, RHB Insurance Berhad, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. dan Uni Asia General Insurans Berhad.

Presidennya, Koh Heng Kong berkata, produk tersebut adalah satu permulaan yang baik kerana berjaya menarik minat 10 ejen insurans tempatan dan takaful.

Produk tersebut, menurut beliau, mampu memberi faedah kepada penternak komersial yang selama ini berhadapan dengan pelbagai risiko bencana dan kemalangan.

''Produk ini memberi perlindungan sepenuhnya kepada para penternak yang mengalami kerugian akibat kerosakan tanaman dan ternakan.

''Ia sesuai dengan keadaan iklim di negara ini yang tidak menentu termasuk kejadian seperti kebakaran, tanah runtuh dan banjir,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

NIAM pernah mencadangkan usul projek perintis seperti Tani Malaysia pada
2002 yang sepatutnya ditaja oleh kerajaan iaitu Skim Insurans Kekurangan Hasil Padi, namun, skim itu tidak diluluskan.

Sehingga kini, NIAM mempunyai 32 ahli berdaftar termasuk 15 syarikat insurans am, lima syarikat insurans komposit, empat syarikat insurans nyawa, empat syarikat takaful dan empat lagi merupakan syarikat diinsurankan semula.

Heng Kong menambah, sebelum memikirkan produk Tani Malaysia, NIAM sudah menjalankan kajian dan penyelidikan selama enam tahun dengan mengambil pengalaman-pengalaman lalu.

Katanya, selepas membuat persediaan selama dua tahun, pihaknya bersedia untuk melancarkan produk berkenaan.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depan NIAM, Heng Kong menambah, pihaknya mahu memperluaskan perlindungan insurans kepada sektor ternakan ayam, itik dan akuakultur.
Selangkah menjadi jutawan

Isnin, 28 Julai 2008

Rumput Napier Taiwan Kaya Protein

Salam sejahtera,

Apa khabar? Diharapkan semua pelawat blog ini berada didalam keadaan sihat-sihat aje.
Pada hari Khamis 24 July 2008, saya ada terbaca rencana tentang En. Mustafa Ahmad dari Kg. Senawar, Kuala Kangsar beliau telah menanam pelbagai rumput napier di sekitar kawasan seluas 4 hektarsejak hampir 4 tahun yang lalu di pinggir Sungai Perak di kampung beliau.

Beliau mendapati rumput napier Taiwan merupakan rumput yang menjadi pilihan ternakan tidak kira lembu atau pun kambing malah rumput ini juga amat digemari oleh binatang lain seperti rusa.
Dari rencana ini apa yang menarik, rupanya rumput napier ini walaupun berasal dari Taiwan tapi telah diselidik mutunya oleh saintis Thailand.

Rumput napier Taiwan ini memiliki protein sebanyak 13% hingga 14% berbanding rumput napier tempatan yang hanya mengandungi 10% sahaja proteinnya. Ini dinyatakan oleh hasil kajian makmal Mardi.



En. Mustafa juga menjual benih napier dari keratan tunasnya sebanyak RM1.60 setiap kilogram. Beliau bercadang untuk menghasilkan pallet berasaskan daipada rumput napier serta sagu, hasil daripada pallet napier ini boleh dijual dengan hargaRM0.35 sekilogram berbanding pallet sawit yang dijual pada harga RM0.55.



Walaubagaimanapun saya amat kagum dengan En. Mustafa dengan usaha beliau untuk membantu para penternak lain bagi mengurangkan kos makanan ternakan yang kian meningkat kini. Sama-samalah kita berdoa semoga beliau memperolehi kejayaan.








Selangkah menjadi jutawan

Jumaat, 25 Julai 2008

Cacing

Salam sejahtera,

Apa macam hari ni adakah lebih baik dari semalam? Ya! sudah tentu hari ini akan lebih CEMERLANG dari semalam....
Wah dah macam Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pulak ya.....

Hari ni saya nak cerita satu penternakkan yang boleh dibuat secara sampingan jika anda penternak Lembu atau Kambing.
Lain dan tak bukan adalah ternakan cacing.....



Tengok aje gambar kat atas tu dah geli geleman kan??

Tapi apa yang menariknya cacing ni untuk penternak kambing macam saya?

Cacing merupakan haiwan yang mempunyai 2 alat kelamin macam kunsa jugalah. Ia boleh membiak seganda setiap bulan. Cacing boleh menghasilkan baja vamicompos....lebih kuranglah ejaannya. Tinja atau tahi cacing memberi hasil baja yang amat berkualiti tinggi. Lebih menariknya cacing ini memerlukan makanan daripada tinja atau tahi kambing dan lembu yang dicampur dengan habuk papan.

Hah, saya dah nampak riak kegembiraan dari muka anda sekelian. Dengan ada nya ternakan cacing ni harga tahi kambing menjadi lebih berhargalah....

Untuk proses makanan cacing yang berasaskan tahi kambing, caranya adalah dengan mengeringkan dulu tahi kambing tu selama 3 hingga 4 hari kemudian gaulkan dengan habuk papan yang telah direndam selama 1 minggu. Campurannya adalah 30% tahi kambing dan 70% habuk papan dan di gaulkan bersama.....

Nah dah siap makanan untuk ternakan cacing, harga makanan yang telah siap diproses ni berharga RM1.50 sekilo. Nampak memang sikit tapi kena ingat 1kg cacing memerlukan makanan sebanyak 1kg untuk sehari (anggaran) So cuba kita lihat kiraan, sekiranya seorang pelanggan anda menternak 1kg cacing

1kg cacing x 1kg makanan(yang telah dicampur) x 30 hari (sebulan)

= 1kg cacing x RM1.50 harga makanan x 30 hari

= RM45.00 sebulan

RM45, itu untuk tempoh sebulan bagi seorang penernak yang menternak 1kg cacing, macam mana jika ada 10 orang penternak cacing yang menternak 2kg cacing setiap seorang?

RM45(makan untuk 1 bulan untuk 1 kg cacing) x 10 orang x 2 kg

= RM900.00 sebulan hasil jualan makanan cacing yang berasaskan tinja atau tahi kambing....wah dah dapat xtra income.

Siapa kata tahi kambing tak laku??

Kepada bakal penternak jangan tunggu lagi mulalah projek ternakan kambing hari ini juga.

Kepada penternak, belajar dengan lebih lanjut untuk buat makan cacing.

Maklumat tambahan;

Rakan saya akan mengadakan satu kursus tentang ternakan cacing, maklumat lanjut sila ke link sini

Rebutlah peluang dan ruang yang ada untuk memperolehi pendapatan tambahan daripada ternakan kambing anda supaya boleh menampung kos-kos yang lain.

Perlu bijak untuk mencari dan mengintai peluang yang ada.

Selamat mencuba.

Selangkah menjadi Jutawan

Khamis, 24 Julai 2008

Mentor Jutawan

Salam sejahtera,

Kali ni saya nak menceritakan perkara yang agak lari dari topik biasa kita tentang kambing.

Hari ni saya nak ceritakan tentang satu produk ebook yang perlu dimiliki oleh semua orang tidak kira apa pekerjaan dan dari mana punca pendapatan kita yang pastinya kita mempunyai cita-cita untuk berjaya dan menjadi seorang jutawan.....tipulah kalau tak ada orang yang beranggan nak jadi jutawan.

Mungkin ada yang kurang mengenali Dr. Irfan Khairi pakar internet dan menjadi jutawan seawal usia 20an lagi.
Beliau telah berpeluang menjadi pengacara rancangan Radio 24, program itu banyak bual bicara dengan mereka yang telah bergelar jutawan. Hasil daripada temubual tersebut maka lahirlah Ebook ini, memuatkan transkripsi temuramah bersama-sama 8 orang jutawan. Iaitu, Dr. Irfan Khairi, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah hah... siapa tak kenal dia ni kan? Sebut nama aje saya ingat anda dah membayangkan rupanya, Azizi Ali jutawan hartanah dan penulis buku pengurusan kewangan dan hartanah, Chef Li (Dato’ Dr Rusly) penulis Jutawan Senyap, Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM), Billi Lim, Dato’ Hussamuddin, dan juga Abang Abu (seorang usahawan dari singapura).

Saya baru aje order buku ni masih menunggu untuk mendapatkan buku ini, tak sabar rasanya nak membaca buku yang amat berkualiti.
Saya dapatkan komen dari beberapa rakan yang telah memiliki ebook ini rata-rata menyatakan satu kerugian bagi saya jika tidak membaca ebook ini.

Dan tidak ada sesuatu yang mustahil untuk menjadi JUTAWAN.
Bagi mereka yang masih ragu-ragu dan tertanya-tanya bagaimanakah Dr. Irfan Khairi boleh menjadi seorang jutawan? Dapatkanlah ebook ini dan baca. Insyallah.. anda akan tahu..
Harga ebook ini RM40 sahaja. Saya kira ianya berbaloi untuk mendapatkan ilmu & pengalaman dari 8 orang jutawan.. diulangi.. “JUTAWAN”!..
Bagi yang masih belum memilikinya.. usah berlengah lagi, dapatkannya sekarang!

Rabu, 23 Julai 2008

Kandang Kambing Guna Pasir

Salam sejahtera semuanya,

Harap anda berada dalam keadaan sihat. Beberapa hari yang lalu ada pelanggan Rahsia Kambing.Com bertanyakan kepada saya tentang ternakan kambing yang di ternak didalam kandang yang berlantaikan pasir. Senang cerita dia tak ada lantai cuma ada bumbung, pagar keliling dan pasir sebagai lantai.

Cerita ini telah saya kongsikan dahulu apabila terdapat kumpulan yang menternak menggunakan pasir sungai. Kalau dah lupa klik disini.

Tapi apa yang saya nak kongsikan disini, saya ingin mendapatkan pandangan dari pakar, Alhamdulillah saya dapat pandangan dari Doktor Abdul Rashid Baba, Pengarah Mardi Kluang.

Beliau memberi padangan tentang cara ternakan ini antaranya:

1. Konsep ternakan menggunakan pasir boleh digunakan untuk
ternakan yang berskala kecil diantara 10 ke 20 ekor ternakan
sahaja.

2. Pasir hendaklah selalu dibersihkan untuk menggelakkan penyakit
cacing, kuku dan lain-lain yang berpunca daripada kebersihan
yang tidak dijaga.

3. Cara ini tidak begitu digalakkan memandangkan keadaan cuaca di
negara kita yang adakalanya hujan boleh menyebabkan takungan
air pada pasir nanti. Di negara barat mereka menternak dikawasan
yang amat luas dan keadaan cuaca yang amat kering di kawasan-
kawasan tertentu adalah sesuai untuk menternak dengan
menggunakan pasir, malah mereka menggunakan batang oat dan
barli sebagai alas pada tanah itu tadi. Kerana mereka mempunyai
ladang oat dan barli yang amat luas.

4. Memandangkan tinja kambing amat berharga kini, cara ternakan
menggunakan pasir tidak begitu praktikal untuk mendapatkan
tinja kambing tersebut.

Walaubagaimana cara ini boleh digunakan jika nada boleh mendapatkan pasir dengan harga yang amat murah atau dengan percuma.

Terima kasih juga En. Noor dari Kelantan, pelanggan saya yang bertanyakan soalan ini dan apa yang menariknya beliau telah memulakan ternakan dengan mendapatkan panduan dari ebook saya. Saya sedang menunggu projek ternakkan kandang menggunakan pasir beliau. Mengikut apa yang dirancangkan agak tesusun dan menarik minat saya InsyaAllah bila siap projek beliau saya akan ke Kelantan untuk tengok sendiri dengan lebih dekat dan saya akan kongsikan bersama anda.

Selangkah menjadi jutawan

Isnin, 14 Julai 2008

Boer Brown Head DOEs

Salam sejahtera semua,

Lama jugak tak mencurah idea di blog ni maklumlah sibuk dengan projek baru....hah nanti saya ceritakan projek baru saya. Tapi kali ni saya nak cerita tentang kawan saya Jo.... masih ingat tak kawan saya yang bagi vitamin B Complex Amway pada kambingnya.... hah ...ingatkan kalau sesiapa yang terlepas baca boleh klik disini

Jo, ada berita baik untuk anda semua, dia ada 20 ekor baka kambing Boer Brown Head DOEs dengan harga yang AMAT BERPATUTAN, iaitu
RM 950. YA! tak percaya boleh telefon dia sekarang dan tanya.... itu pun kalau ada lagilah no telefon dia 019-6677001 saya difahamkan berat kambing tersebut melebihi 35kg. Penghantaran juga disediakan untuk Lembah Klang sehingga Johor sahaja, sebelah Pantai Timur dan Utara minta maaflah kena tanggung atau ambil sendiri di KL kot.....

Apa-apa hal pun telefonlah Jo tu cepat kalau lambat nanti melepas harga baik ni susah nak dapat......

Sekian dulu.

Selangkah menjadi jutawan

Rabu, 2 Julai 2008

Lawatan ke Kandang Rahsia Kambing.com

Salam sejahtera semua,

Lama jugak tak update blog ni, sibuk sikit dengan kandang dan juga lawatan pelanggan RahsiaKambing.com pada 28 Jun 2008 tempoh hari. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun peserta yang datang cuma 2 orang, mungkin pelanggan lain ada program lain pada tarikh berkenaan.

En. Khusairy dari Melaka dan En. Masruh dari Kajang telah hadir pada sesi lawatan kandang pada kali ini.

Selain dari itu sahabat baik saya, saudara Suhaimy @ Shuth turut turun padang, tengok sendiri sesi lawatan tersebut. Banyak juga info yang dapat kami kongsi bersama. Sesi berkenaan telah bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari.

Selain kandang saya, kami juga turut melawat kandang rakan-rakan saya yang agak besar, supaya pelawat dapat melihat dan idea untuk menjadi penternak dan serius dalam bidang ternakan ini.

Sayang seribu kali sayang..... segala rakaman video oleh Shuth tak menjadi sebab tapenya rosak.... so kali ni tak dapatlah kongsi gambar-gambar untuk dipaparkan diblog ni. InsyaAllah mungkin pada lawatan lain akan datang.

Cadangan lawatan akan datang adalah pada 26 Julai 2008. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Sekian

Selangkah menjadi jutawan