Rabu, 30 Januari 2008

Menternak Kambing Secara Perkongsian

Pada tulisan saya yang lalu saya ada nyatakan tentang kelebihan dan kekurangan rakan kongsi didalam penternakan kambing ni…

Sebenarnya taklah teruk sangat kalau ada rakan kongsi ni tapi taklah gagal jika tak ada rakan kongsi yang penting kesungguhan kita untuk berjaya.

Bila disebut rakan kongsi ada beberapa perkara yang berlegar di fikiran saya antaranya :

Modal, hah bab ni penting sbab bila melibatkan RM anda perlu berhati-hati dan membuat perancangan kewangan dengan lebih teliti bersama rakan kongsi anda.
Pendapat & Idea
Yang ini bila ada 2 orang boehlah berkongsi pendapat dan boleh memberi idea bila ada masalah yang dihadapi taklah berat sangat kepala bila fikirkan sensorang.
Pemasaran
Kalau ada rakan kongsi bolehlah sama-sama membina rangkaian pemasaran. Kalau sorang kenalah usaha lebih untuk cari sendiri
Keuntungan
Hah bila bab ni Semua orang nak duit…tapi kepada sesiapa yang berkongsi tu…keuntungan kenalah kongsi jugak.
Pertelingkahan
Yang ini tak dapat nak dielakkan selisih atau salah faham adalah perkara biasa dalam perkongsian, yang penting mesti ikhlas dan tulus diantara satu sama lain.

Sebenarnya taklah teruk sangat bila kita ada rakan kongsi tapi jika anda dah ada matlamat dan kesunguhan untuk memulakan jangan berlengah lagi kuatkan semangat teruskan…mula menternak, bak kata mereka yang dah berjaya buatlah dari kecil dan akhir dengan besar. Tapi kalau dah ada rakan yang kamcing gila dan sepakat jangan toleh belakang lagi teruskan, mulalah buat kandang, selagi kandang tak buat, impian akan tingal impian sahaja.

Semoga maju jaya pada tahun 2008 ni, kita doalah sama-sama.

Selangkah menjadi jutawan

Khamis, 17 Januari 2008

Bina Kandang Kambing Fasa II

Lama dah tak tulis blog ni, sebuk sikit nak besarkan kandang. Yalah bila kita dah ada matlamat dan ada modal sikit bolehlah tambahkan projek penternakan kita.

Kawasan cadangan untuk membina kadang fasa II

Nampaknya projek saya ni mengikut jadual yang telah ditetapkan. Berkat doa dan bantuan ibu, isteri dan Semua anggota keluarga jadi saya dah mulakan projek membesarkan kandang kambing.

Lepas ni kambing taklah sesak sangat. Dah ada 15 ekor didalam kandang 15’ X 20’ nampak sesak sikit dan tak berapa selesa.

Kos beli kayu (campur 2nd hand dan baru) dah mencecah RM3,000 lebih tanpa bantuan mana-mana jabatan atau bank, duit yang disimpan dan bantuan ibu yang membuatkan kandang fasa 2 ni dibina.


Kayu-kayan yang akan digunakan untuk projek membina kandang fasa II

Anak sulung saya berposing kat belakangnya kayu-kayan untuk projek kandang fasa II

Bukanlah taknak meminjam tapi banyak sangat songehnya, kena buat tulah kena isi borang nilah lepas tu kena jumpa orang nil ah jumpa orang tu lah, orang ni cuti lah ahhh macam-macam. Eloklah buat apa yang ada . Tapi macam mana pun saya nak ucapkan terima kasih kat Jabatan Haiwan Alor Gajah yang banyak membantu walaupun projek ciput…

Ok….cerita pembinaan kandang Kedua ni…bila kandang dah naik adalah jugak suara-suara yang nak joint, dulu ajak joint mungkin tak berapa yakin dengan kebolehan saya agaknya, tapi kini Alhamdullilah ada jugak yang bertanyak nak joint venture atau jadi rakan kongsi.

Oklah lain catitan saya akan ceritakan kebaikan dan keburukan bila kita buat perkongsian.



Selangkah menjadi jutawan

Rabu, 2 Januari 2008

Ternak Kambing guna Pasir Sungai.

Pada 31 Disember 2007, sehari sebelum tahun baru, saya terbaca satu artikel dari Berita Harian, yang berkaitan dengan penternakkan kambing.

Apa yang uniknya, kambing ini diternak tanpa menggunakan lantai kayu tetapi menggunakan tanah yang diletakkan dengan pasir sungai. Ia tampak bersih dan terurus berbanding penggunaan kandang biasa.
Usaha ini dimajukan oleh Pertubuhan Perladangan Kawasan (PPK) Tampin. Walaupun masih diperingkat percubaan tetapi dah boleh digunakan untuk sistem baru ini.

Ia memerlukan penggunaan pasir sungai dan perlu ditukar setiap 3 bulan sekali.

Usaha mereka ini perlu diberikan satu pujian kerana berani memberi pembaharuan dalam dunia penternakan walaupun ada yang memberi pelbagai pendapat bila dinyatakan tetang sistem yang mereka gunakan. Tapi yang penting semangat PKK Tampin dan sistem mereka gunakan memberi nafas baru.

Harap penternak lain dapat menyalurkan idea baru untuk kemajuan semua. Semoga maju jaya dan Selamat Tahun Baru.

Untuk membaca artikel berkenaan ada boleh sila klik disini:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/EdisiWilayah/20071231091952/Article/


Selangkah menjadi jutawan